" Jadi? Kau memang mahu pulang ke Seoul?" tanya Lixin beberapa hari selepas temu janji mereka di kafe hari itu. Kris hanya menarik nafas yang dalam, mengiyakan pertanyaan. Lixin tersenyum.
" Dah beritahu yang lain?"
Tiada jawapan. Lixin kembali menghela nafas kecewa.
" Kevin, you have to tell them whether you like it or not," yakin Lixin.
Kris hanya memandang kosong tiket penerbangan yang baru sahaja dicetak. Bersediakah aku melihat Sehun sekali lagi?
*^*^*
" Sudah dua tahun, Suho," Kyungsoo membuka bicara.
" Sudah dua tahun Sehun kekal sebegitu. Memang tiada penawar lagi ke?"
" Kyungsoo, kau bukannya tidak tahu. Sehun bukannya mengalami penyakit. Dia bukannya perlukan ubat,"
" Jadi? Dia perlukan apa?" Tanya Chen setelah mengesan sedikit sebanyak bara Kyungsoo yang tertahan dalam diri. Suho hanya menggigit bibir, tidak memberi sebarang jawapan. Kai yang kekal senyap dari tadi terus diam cuba untuk memikirkan solusi yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Seolah-olah dapat mengesan ketegangan situasi, Seoeon mendekati Kyungsoo meminta untuk didukung. Kyungsoo mengangkat Seoeon sebelum tiba-tiba dipeluk anak kecil itu erat. Lebih ajaib, tangan Seoeon menepuk-nepuk belakang Kyungsoo menenangkannya. Mata Kyungsoo digenangi air mata.
" Pakcik Fanfan,"
Nama panggilan Kris diungkit Seoeon. Suho mendengar dengan jelas butir perkataan yang diucapkan, namun kurang faham apa yang dimaksudkan.
Tidak sehingga saat telefon bimbit Chen berdering.
Chen menyeluk sakunya bagi mengeluarkan telefon bimbit yang memecahkan kesunyian suasana itu.
Nombor tidak Dikenali
Chen menyentuh skrin sesentuhnya mengangkat panggilan itu. Dengan sedikit teragak-agak, dia mendekatkan telefon bimbit itu ke telinganya.
Keadaan kekal senyap di hujung talian. Suho, Kyungsoo, Kai dan Jira memandang Chen. Belum sempat Chen bersuara, si pemanggil terlebih dahulu memulakan bicara.
" Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. KA395. Isnin jam 5. Aku tunggu,"
Dan terus panggilan itu terputus.
Chen memandang seketika Seoeon. Bagaimana ia boleh terjadi? Chen memandang mereka kembali. Merenung ke mata Kyungsoo, Chen mengangguk sedikit kepalanya.
Kris akan kembali.
*^*^*
" Ligatnya kau berkemas!" Rungut Lay saat mengikat beg plastik yang dipenuhi sampah kertas. Pada hari itu, Kris memanggil Lay ke rumah untuk membantunya membersihkan rumah buat kali terakhir, Lay masih tidak lagi mengetahui sebab kenapa. Kris ketika itu sudah pun meletakkan bagasinya di muka pintu. Dia harus ke lapangan terbang dalam beberapa jam sahaja lagi.
" Oh? Mengapa kau letakkan bagasi itu di situ? Kau ada mahu pergi mana-mana ke?" Soal Lay ingin tahu. Mengalih topik, Kris dingin berjalan ke dapur sebelum membuka peti ais. Lay mendecit sinis. " Dasar putera Ais,"
" Senyap sahaja dan masakkan aku pasta. Kau tidak lapar ke?"
" Sejak bila kau mahukan pasta aku?"
" Masakkan banyak, ya. Aku mungkin lapar lagi,"
" Pedas atau-"
" Bolognese,"
**
Lay ralit merenung bingkai gambar di sebelah kanan lengan meja makan tinggi itu. Gambar yang diambil semasa mereka masih lagi bergelar pelajar sekolah tinggi bersama Jira tidak pernah pudar walau ditelan tempoh yang lama. Sayang, mendiang Luhan ketika itu masih koma di hospital. Jika tidak, pasti gambar itu terasa lengkap dibingkaikan.
Kris sedar akan renungan Lay itu. Dia berdehem menyedarkan Lay semula ke realiti. Kris meneguk air yang diminum sebelum meneruskan aktiviti makannya. Umpama tiada perasaan, Kris lantas bersuara.
" Aku akan pulang ke Korea hari ini,"
Terjatuh garpu Lay mengenai pinggan seramik itu. Berlagak biasa, Kris terus memakan pasta itu dengan berselera. " Tutup mulut kau tu, nanti lalat masuk, baru kau tahu,"
" Kau mahu pulang hari ini?"
" Pasta kau ni terlalu pedas lah,"
" Kau tak beritahu aku pun!"
" Tambahlah lada sikit bagi seimbang,"
" Kau menetap di situ ke?"
" Nasib baik ada daging,"
" Wu Yifan!-"
" Aku sendiri serabut, okey?"
Lay tergelak sinis tidak percaya. Memandang kembali Kris yang berlagak biasa, Lay bertanya semula kepada Kris.
" Kenapa?"
" Sebab tinggal di sini bosan. Sekurang-kurangnya di Seoul aku boleh-"
" Kenapa kau serabut?"
Kris terpaku tidak memberi jawapan.
" Aku mahu ikut sekali," tutur Lay tegas. Kris mulai menyumpah seranah diri sendiri. Dengan nada memerintah, Kris melarang.
" Tidak boleh,"
" Aku tidak kira-"
" Mahukah kau tinggalkan perniagaan kau?" Tanya Kris pula. Lay tersenyap, cuba memikirkan jawapan sendiri.
" Sudah dua tahun, Yixing. Dua tahun kau dan Minseok menunggu saat ini. Menunggu kafé kau menjadi center of attention. Kau nak tinggalkan semua itu semata-mata nak ikut aku?"
" Aku akan kembali ke China bila-"
" Aku menetap di situ, Lay,"
" Jadi apa bezanya nanti?"
" Kau sendiri tahu keadaan Sehun, bukan? Kau mahu ke tinggalkan Korea saat kau melihat Sehun dengan mata sendiri?" Kris soal kepada Lay, meninggalkan lelaki itu dalam monolog sendiri. Kris mengelap mulutnya dengan napkin setelah menghabiskan pasta dan segera ke muka pintu menarik bagasi. Dia memakai kot panjang yang tergantung di dalam almari berdekatan dan mencapai mafelanya.
" Aku tinggalkan rumah ini kepada kau. Pandai-pandailah kau jaga rumah ini. Kunci pun kau tahu di mana ia tergantung bukan?"
" Aku akan bawa Brownie bersama aku, jadi tidak perlu lah kau risau bagaimana mahu menjaganya,"
" Jangan lupa cuci pinggan, kau selalu sahaja lupa,"
" Aku akan tinggalkan kereta aku di lapangan terbang. Gunakanlah untuk kegunaan kau, kunci penduanya aku telah kepilkan sekali dengan kunci rumah. Suruhlah Minseok bawa kau ke sana atau kau naik sahajalah teksi,"
" Bila kau dah benar-benar stabil dengan perniagaan kau, barulah kau dan Minseok datang menjenguk,ya?" Kata Kris buat kali terakhir sebelum menutup pintu rumah dan menghidupkan enjin kereta, memandu kereta model Ferrari merah itu menuju ke lapangan terbang.
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...