" Terlalu besar,"
" Terlalu terang,"
" Nipislah,"
" Tak tebal sangatkah-"
Kesemuanya tidak mengikut kehendak Kris semata-mata ingin mencari baju sejuk terbaik buat Sehun.
Ya, baju sejuk.
Sehun menjadi semakin keliru. Bagaimana mereka akan dapat cari baju sejuk yang sesuai sebelum kedai itu tutup?
•-•
Loceng pintu berbunyi. Sehun berlari-lari anak ingin membuka pintu. Tidak sabar untuk dia bertemu semula Seoeon dan Seojun sebelum dia mengikuti Kris ke Beijing buat sementara waktu. Kata Kris, Sehun pasti akan menyukainya. Alasan ingin kekal bersama Kris juga mepengaruhi keputusan Sehun.
Pintu dibuka, menampakkan kelibat Jira dan kembar dua itu. Senyuman tertampal pada muka Sehun, jelas gembira dengan kehadiran mereka.
Melihat dari sebalik dinding, Kris turut gembira melihat keceriaan yang jelas pada muka Sehun itu. Ya, Sehun sepatutnya kekal gembira seperti ini agar dapat pulih seperti sediakala.
•-•
" Jadi, awak dengan Joonmyeon, sudah berbaikkah?" Tanya Jira. Ketika itu, Sehun dan pasangan kembar dua itu lena beradu di dalam kamar Kris kerana kepenatan berenang bersama di laman belakang rumah.
Kris hanya mampu menampal riak wajah pasrah.
" Kami tidak bergaduh pun, jadi mengapa pula awak tanya sebegitu?"
" Kris.."
" Satu hari, Jira, Joonmyeon pasti akan faham niat saya. Dia akan tersenyum gembira. Lagipun, saya bukannya melakukan semua ini untuk kepentingan diri," jelas Kris pendek. Kedua-dua mereka kemudian kekal senyap, hanya menghirup sedikit teh barli yang Jira telah bawa dan panaskan dari rumah sebentar tadi.
Masing-masing terlalu asyik dalam fikiran mereka. Mengapakah ianya terjadi? Apakah ia akan membuahkan hasil? Apa yang sebenarnya akan terjadi? Apakah ia menjadi suatu petunjuk? Atau sekadar pengajaran buat mereka?
Yang pasti, jawapan sebenar tidak lagi sejernih air suling.
•-•
Di manakah aku sekarang?
Berpakaian serba putih, Sehun mendapati dirinya melalui laluan yang begitu hijau dan lebat rumputnya. Terasa serba tidak kena. Amat asing.
Kris.
Segera matanya tercari-cari kehadiran jejaka itu. Peluh mulai membasahi diri. Dia berasa takut.
Serta-merta laluan berumput tadi bertukar menjadi lecak berlumpur yang menjijikkan. Kaki Sehun terbenam dalam lapisan lumpur yang sedikit dalam, melumpuhkan gerakannya. Hujan pula turun beransur lebat, membasahi diri. Dia semakin takut. Entah bagaimana ia terjadi, titisan hujan lebat tadi tiba-tiba sahaja berkumpul dan membentuk kolam. Paras air naik secara mendadak dan Sehun masih tidak dapat bergerak. Ia mencapai paras dada, lantas berasa sesak nafas.
Kelibat Kris perlahan-lahan memunculkan diri. Jejaka itu berlari sepantasnya cuba menyelamatkan Sehun. Sangka dia, Kris akan dapat menariknya keluar. Lelaki yang diharapkan itu sudah pun menghulurkan tangan ingin membantu.
Sedikit sahaja lagi sebelum jari mereka bertemu...
Sebelum pandangannya dikaburkan dengan pancutan darah.
Tiba-tiba Kris rebah. Dipanah dari arah yang tidak pasti.
Sehun ingin menjerit. Namun suaranya tersekat. Seolah-olah orang yang bisu.
Kris!
" Sehun? Sehun! Bangun!"
Cemas Kris dibuatnya saat melihat Sehun berpeluh dengan banyak, terperangkap dalam mimpi ngeri. Sudah puas dia cuba bangunkan Sehun namun gagal.
Mata Sehun terbuka dengan seluas-luasnya, cuba menangkap kembali rentak pernafasan normal. Matanya kemudian terpaku ke arah Kris yang masih cuba menenangkan dirinya itu. Lantas, didakapnya Kris dengan erat dan cemas. Perlahan-lahan, dia menangis membasahi baju tidur Kris. Laksana budak kecil lagaknya itu.
Ditepuk-tepuk pula belakang Sehun dengan lembut. Jemari Kris lembut mengusap setiap helaian rambut perang tua Sehun itu. Apa sahaja yang dia mimpikan?
" Kris jangan tinggalkan Hun. Hun takut. Hun keseorangan. Kris jangan tinggalkan Hun, ya?" Itu sahajalah ayat yang terpacul keluar dari mulut Sehun, masih teresak-esak dalam tangisan sendiri.
" Mulai malam ini Kris tidur dengan Hun. Mahu?" Tanya Kris lembut. Lantas dia dapat merasakan lelaki dalam dakapannya menganggukkan kepala.
Aku takkan tinggalkan kau, Sehun. Tidak sekali-kali.
YOU ARE READING
[ M ] Return Home : Book II
RomanceA sequel of Our 25ths •~• Dua tahun sudah berlalu sejak Luhan pergi. Ada yang mengecapi bahagia, ada juga yang menderita. Malahan ada yang cuba untuk meneruskan hidup. Terlalu rapat bersama Luhan sepanjang dia hidup, Sehun tidak dapat menerima haki...