Bab 4

90 12 3
                                    

Amryan menyusun segala kertas-kertas kerjanya itu.

Fuh! Hari yang memenatkan. Mujurlah mesyuarat antara ketua department tidak begitu lama.

"Mairah dengar, abang tak jadi buangnya si Fya tu. Betul ke?" tanya Mairah sebaik sahaja semua orang meninggalkan bilik mesyuarat. Hanya dia dan juga Amryan sahaja berada di bilik tersebut.

Terhenti kerja Amryan ketika itu.

"Dari mana Mairah tahu?"

"Ya ampun abang! Cerita ni dah kecoh satu The Syedes tau. Takkan la abang tak tahu? Mairah yang tak ada dekat The Syedes seminggu pun boleh tahu. Abang yang ada dekat The Syedes, takkan la tak tahu?"

Amryan termenung seketika. Ya! Cerita yang dia tidak jadi buang Lufya Qaseh itu sudah kecoh satu syarikat.

Dan hari ini Mairah tanya dia cerita hangat seminggu yang lepas?

Sebut pasal cerita hangat ni, sudah seminggu juga la Amryan tidak nampak batang hidungnya si Lufya Qaseh semenjak isu panas ni keluar.

Tak jadi untuk membuang orang pun boleh dijadikan isu hangat?

Amryan tak faham sungguh la!

"Abang! Mairah tanya ni. Betul ke?"

"Aah. Betul la tu." jawab Amryan. Dia bangkit dari dudukkannya itu.

Mairah pula membuntuti langkah Amryan.

"Tak sangka pula abang rendahkan ego untuk tidak buang pelatih. Bagus juga kak Luna cuci otak abang tu."

Mata dibulatkan. Ouhh! Nak perli dia ke sekarang ni?

"Eh! apa-apa ajelah." kata Amryan.

"Abang dengar majlis makan malam keluarga The Syedes hujung minggu ni. Betul ke?" Amryan sengaja menukar topik perbualan mereka.

"Betullah tu." Punat lif ditekan.

"Tapi, bukan ke suami Mairah tak ada masa tu?"

"Aah. Kak Luna yang ada. Sekali nak tetapkan tarikh fashion  show untuk The Syedes."

"Abang, lepas ni nak ke mana?" sambung Mairah lagi.

"Abang Am nak ke bilik kerja abang la. Waktu rehat abang sekarang ni. Mairah pula?"

"Ada perjumpaan dengan bahagian designer untuk bincangkan fashion show nanti. Ouhh ye, lupa nak beritahu abang. Bahagian department Mairah, salah seorang yang join meeting nanti ialah Fya tau. Lufya Qaseh." kata Mairah sebelum dia meloloskan dirinya ke dalam lif dan juga pintu lif tersebut tertutup rapat tanpa sempat Amryan menahannya.

Mendengar sahaja ada nama Lufya Qaseh, wanita gila itu terus Amryan menekan laju butang lif itu.

Haih! Cepat pula tu Mairah pergi.

Tapi kan Amryan..

Apasal kau nak sibuk pasal Lufya Qaseh, wanita gila tu pula?

Ah! Apa-apa ajelah. Abaikan wanita gila tu.

Sekarang ni masa untuk kau merehatkan fikiran dan tenaga kau sahaja, duhai Amryan.









Lufya berlari anak untuk ke department of designer. Kenapalah kak Mairah memberitahunya last minit akan perjumpaan tersebut? Dan dia juga terlibat sama? Kenapalah kak Mairah tak ambil pelatih yang lain sahaja?

Semenjak kes Cik Qis, model terkenal tu, Kak Mairah lebih mempercayainya untuk melakarkan rekaan baharu untuk The Syedes.

Mujurlah ketika kak Mairah memaklumkan hal tersebut dia sudah selesai membuang hajat. Kalau tidak, memang terbantut lah hajat yang dia ingin buangkan itu.

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now