Bab 14

101 10 8
                                    

Kepala ditoleh saat mendengar pintu diketuk dari luar.

"Awal Mairah sampai hari ni?" tanya Amryan dengan senyuman manis dia lemparkan pada Humairah yang sedang menghampirinya itu.

"Haah." Pintu wad ditutup sebaik sahaja dia masuk dan menghampiri Amryan.

"Mana Mrs dengan kak Yan?"

"Kak Luna tengah buat majlis penutupan dekat fashion show tu. Kak Yan pun sama. Mairah je yang saja-saja nak datang melawat abang dengan awal. Malaslah Mairah. Tak best kalau abang tak ada dekat mana-mana event." panjang lebar Humairah menerangkannya. Punggungnya dihenyakkan di atas kerusi empuk yang berada di sisi katil hospital.

"Eh! Apa ni? Siapa yang bagi?" tanya Amryan sebaik sahaja matanya ternampak akan satu beg kertas yang berada dipegangan Humairah sebaik sahaja gadis itu meletakkannya diatas tilam yang sedang dia diduduki itu.

"Tak tahu la. Ni pun kak Yan yang suruh Mairah bagi dekat abang Am. Mairah pun tak tahu apa isik dalam tu. Abang tengok la."

Tangan membuka beg kertas tersebut. Dahinya berkerut saat melihat isi yang berada di dalam beg kertas tersebut.

Suit?

Makin berkerut dahi Amryan saat melihat suit tersebut kerana dia amat mengenali rekaan suit tersebut.

Takkan la Lufya Qaseh betul-betul buat? Bukan ke dirinya dah memberitahu si gadis itu bahawasanya dia akan menempah di mana-mana butik yang ternama? Tak pun ambil saja rekaan limited edition dekat The Syedes tu.

Tiba-tiba saja bibirnya melorek senyuman kecil. Rajin sangat la awak ni, Lufya Qaseh. Cantik! Kemas saja jahitan pada suit ni. Siapa yang jadi suami awak, memang betul-betul beruntung.

Sebut pasal Lufya Qaseh. Gadis tu tak pernah melawatnya di hospital sewaktu dia ditahan. Walaupun satu hari saja, Amryan tidak pernah melihat batang hidung si gadis yang bernama Lufya Qaseh.

Ish! Apa kau ni Amryan? Sudah-sudah la tu. Dia tu hanya pelatih je. Kepalanya digeleng-gelengkan untuk mengusir satu perasaan halus yang muncul di dalam dirinya.

"Abang Am ni okayh ke tak?" tegur Humairah tatkala dia dari tadi melihat Amryan dok tergeleng-geleng kepala.

Seperti terkejut dengan teguran Humairah, terpinga-pinga muka Amryan ketika namanya tiba-tiba saja dipanggil oleh wanita itu.

'Apa?' tanya Amryan dengan isyarat wajahnya itu.

"Tak ada la. Mairah tanya. Abang ni, okayh ke tidak? Yelah. Kepala tu dok tergeleng je dari tadi. Dengan muka macam menunggukan seseorang datang." tebak Humairah.

Diam. Amryan diam tidak membalas. Sebaliknya, dia biarkan saja ayat Humairah itu dengan menghirup air kopi yang baru di bancuh olehnya sebelum kehadiran wanita itu.

"Abang tunggu Lufya datang ke?" tersembur keluar air kopi yang Amryan minum saat itu.

"Abang!!!" cepat-cepat Humairah menepuk perlahan belakang tubuh Amryan. "Minum tu slow-slow la." panik suaranya saat itu.

Dia ada salah cakap ke?

Tisu yang berada diatas meja yang berada di hadapannya itu ditarik. Mulutnya dikesat.

"Mana suami Mairah?" Amryan cuba mengalihkan topik perbualan antara dia dan juga Humairah.

"Ohh..Macam la abang tak tahu suami Mairah tu dia punya sibuk mengalahkan perdana menteri. Takkan la abang tak tahu? Ni pun Mairah baru balik hantar suami Mairah dari airport lepas hadiri fashion show tadi." jawab Mairah dengan panjang lebar. Tin biskut yang berada disisi katil itu dicapai lalu dibukanya. Sekeping biskut diambil dan disuakan ke dalam mulutnya.

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now