Bab9

81 12 0
                                    

Lufya mengusutkan lagi rambutnya. Macam penagih dadah rambutnya pada hari ni. Gila banyak perempuan mulut longkang tu tinggalkan kerja. Perempuan tu makan gaji buta ke sebelum ni? Ke dengki dengannya sebab dapat tahu yang dia akan gantikan tempat perempuan mulut longkang tu? Dah la dia tak sempat untuk keluar lunch pada hari ni.

Ish! Benci betullah! Mulalah seribu satu carutan yang ingin Lufya keluarkan pada hari ini.

Perutnya dipegang. Ditampar-tampar perlahan perutnya. Sabar ye perutku sayang. Nanti dah siap kerja-kerja ni, kita cari makanan ye sayang?

Segera disiapkan kerjanya. Hampir dua jam Lufya berperang dengan kertas-kertas kerja di atas meja itu. Hmm rindu pula nak berlatih di bahagian kak Mairah. Kerjanya tak ada la seberat dan sesibuk ni.

Padanlah dengan muka kau Fya. Itu la. Sibuk sangat nak jadi pembantu peribadi bakal imam. Ha! amik kau! Inilah makannya!

Lufya mengerutkan dahinya tatkala ada sepasang tangan menghulurkan sesuatu padanya. Terus dia mengangkat kepalanya dari terus memandang kertas-kertas kerja untuk melihat gerangan tangan tersebut.

Ish! Tangan siapa pula yang sibuk nak halang aku buat kerja ni?!

Tersenyum Lufya tatkala melihat empunya tangan tersebut.

"Eh! bakal imam!" cepat-cepat Lufya bangun. Dengan senyuman paling ayu dia tayangkan kepada Amryan.

"Dah banyak kutuk pembantu peribadi saya yang sedang digantung kerja?" tanya Amryan.

Lufya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia dengar ke yang aku tu kutuk perempuan mulut longkang? Eh! Tapi, apa salahnya kalau dia tahu kan?

"Ye la. Pembantu peribadi bakal imam ni tak buat kerja ke sebelum ni? Gila banyak dia tinggalkan kerja untuk saya. Naik penat saya dibuatnya." adu Lufya.

Kepalanya digelengkan saat mendengar aduan yang Lufya berikan itu. Macam budak-budak ajelah.

"Disebabkan kerja dia ni la saya tak lunch tau bakal imam. Kasihanilah saya." sambung Lufya lagi dengan terwujudnya muncungan itik sedepa pada bibirnya.

"Kalau awak nak tahu. Inilah kerja-kerja harian saya. Si Sya tu hari-hari buat. Tak pernah pun merungut. Awak baru satu hari ambil alih tugas dia, dah merungut." kata Amryan tenang.

"Ouhh! Jadi bakal imam sukalah yang kakak mulut longkang tu jadi pembantu peribadi bakal imam?! Eeeeeee!! Bencilah macam ni!" kata Lufya dengan dengusan. Kakinya dihentak-hentakkan di atas lantai tanda protes.

"Hmm..Lebih kurang macam tu la. Sebab tu saya tak buang dia kerja. Saya gantung kerja dia je." jawab Amryan yang hampir tergelak dengan perilaku Lufya.

"Bakal imam!!!" Lufya mencemikkan bibirnya. Nak menangis dibuatnya.

"Apa? Betullah saya cakap. Sya tu kerja dia memang tiptop! Sebab tu saya puji dia."

Nangis si Lufya Amryan kerjakan. "Sob...sob...Tak nak kawan." meleleh air mata Lufya. Hingusnya yang terkeluar daripada hidung itu disedutnya.

Amryan menggeleng kepalanya. Haih..Lufya Qaseh. Lufya Qaseh.

Amryan mendekatkan dirinya pada Lufya. Lalu, dia menyentuh rambut Lufya yang kusut-masai itu.

"Eh..nak buat apa ni?" tanya Lufya dengan sisa tangisan itu.

"Nak jadi pembantu peribadi saya, mestilah kemas orangnya. Kalau serabai macam ni, larilah client-client saya." jawab Amryan. Ikatan rambut Lufya dikemaskan. Dia juga mengelipkan satu pin rambut di hujung kepala gadis itu.

Selepas itu, sehelai napkin dikeluarkan oleh Amryan pada sakunya itu dan air mata serta air hingus yang terkeluar dari hidung gadis itu dikesatnya.

"Nak jadi pembantu peribadi saya mestilah ada hati yang cukup kental. Tak boleh nangis-nangis. Saya baru je puji si Sya tu sikit, dah nangis. Pelik betullah saya dekat awak ni Lufya." sambung Amryan lagi.

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now