Dress merah yang dijahitnya itu disarungkan pada tubuh.
Cantik! Pandai kau Fya! Siapalah yang ajar kau buat semua ni ye Fya?
"Mimi! Kau ada nampak anting-anting bintang aku tak?" tanya Lufya dengan jeritan kecil.
Maklumlah, rakannya itu sedang membersihkan diri setelah separuh hari training.
"Cubalah kau check dalam laci meja kau tu!" laung Mimi kembali.
Laci meja dibukanya.Lufya mengambil earrings nya itu. Kemudian, dipakainya.
"Lambat lagi ke Mimi?" tanya Lufya sambil memasang kasut pembelian abahnya itu.
Abah is the best!
Macam tahu-tahu je kita perlukan kasut baru.
"Kau pergilah dulu! Aku nak memerut ni." laung Mimi dari arah bilik mandi.
"Kalau macam tu, aku tunggu kau dekat dewan tau! Aku copkan tempat untuk kau." Lufya sudah membuka pintu biliknya itu. Dia perlu pergi awal. Takut nanti tak dapat tempat duduk pula. Dalam pada masa yang sama, Lufya takut tempat duduknya itu tidak boleh untuk dia skodeng bakal imamnya nanti.Kau kena betulkan niat Lufya. Kang, tak makan kau malam ni.
Hehehe..
Majlis pada malam ini sungguh meriah dengan pakaian yang dipakai oleh para staff dan juga pihak atasan di syarikat The Syedes.
"Weh, Fya! Lawanya kau malam ni. Baju buat ke?" tegur seseorang sebaik sahaja Lufya masuk ke dalam dewan makan.
"Kau apa kurangnya." balas Lufya.
"Eh, jom la! Kau buat apa lagi? Jom cari tempat duduk." seseorang tersebut memeluk tangan Lufya agar gadis itu mengikut langkahnya.
Lufya hanya akur sahaja.
"Tadi, aku ada nampak kau punya idola."
Lufya mengerutkan dahinya. Tang bila pula mamat ni tahu idola aku siapa? Ni tak lain tak bukan, kerja pembawangan Mimi la ni.
Ish! Mimi ni.
"Kau nampak dia ke Mir?" tanya Lufya Sambil matanya meliar di segenap dewan makan.
Mir. Atau nama sebenar Mirdad. Kawan baru aka merangkap crushnya Mimi baru-baru ni. Mimi la yang beritahunya bahawa rakannya itu mempunyai perasaan terhadap lelaki yang bernama Mirdad ini.
But, not bad la taste Mimi. Pandai kawan aku cari crush. Baguslah Mimi dah move on dari ex-boyfriend. Kalau tidak, tiap-tiap malam menangis aje memanjang.
"Of course la aku tahu idola kau siapa. Mimi yang beritahu aku. Ouhh ye! By the way, aku tak nampak pun Mimi. Biasanya korang berdua melekat macam belangkas. Di mana ada kau, sudah sepastinya ada Mimi di situ." lelaki yang bernama Mirdad itu menarik salah satu kerusi untuk Lufya duduk.
"Thanks." ucap Lufya.
"Mimi memerut dekat dorm. Sekejap lagi sampai la dia tu." Lufya melabuhkan punggungnya. Begitu juga dengan Mirdad.
Lufya mendekatkan tubuhnya dengan Mirdad. "Sebenarnya, kau suka kawan aku tu kan?" tebak Lufya separa berbisik.
Mirdad menelan liurnya. Dia berdehem sesaat. "Err..Mana ada.." jawab Mirdad. Bebola matanya bergerak-gerak. Seperti jawapan yang diberikan itu tidak jujur.
Kemudian, Lufya menjarakkan sedikit tubuhnya. Dia menampar-nampar lembut belakang tubuh Mirdad.
"Don't worry. Aku bagi greenlight." Lufya mengenyitkan mata kanannya.
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romans[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...