Bab 10

99 11 1
                                    

"Lufya Qaseh." panggil Amryan.

Lufya memusingkan tubuhnya. "Hmm?"

Amryan bangun dari dudukkannya itu. Dia berjalan menghampiri Lufya.

"Terima kasih." ucap Amryan sambil mengusap kepala Lufya sebelum dia kembali duduk.

Tersenyum-senyum Lufya dibuatnya apabila mengingati situasi tadi siang. Masih segar dalam ingatannya.

Ahh! Bakal imam! Membuatkan imannya berterabur sahaja!

"Weh. Dah la tu. Kau ajak aku keluar. Lepastu, dia pula yang berangan." Mimi menghampiri Lufya. Dia letakkan sekotak popcorn di atas meja yang sedang Lufya duduki itu.

"Cepatlah. Kau ada nak pergi mana-mana lagi tak? Kita ni tak boleh balik ke dorm selepas pukul sepuluh. Kalau tak matilah kita kena buang dari buat penglatihan di The Syedes." sambung Mimi lagi. Jam di pergelangan tangan dikerlingnya. Lagi satu jam lagi tepat pukul sepuluh malam.

Lufya! Kau memang buat kerja gila sekarang ni! Menyesal pula dia mengikut idea gila si Lufya ini!

"Sabar la. Malam masih muda. Lepas ni kita pergi bandar jom? Pergi Fun Fair. Baru syok!" jawab Lufya sambil mengunyah popcorn serta menyedut air pepsi yang berada di hadapannya itu.

Membulat matanya Mimi saat mendengar perancangan Lufya tu.

"Alah Fya. Kita balik dorm jelah terus. Nanti kalau pointer kerja kena potong. Habislah kita." kedengaran agak cemas suara Mimi ketika berkata.

"Ala. Relax la Mimi. Aku akan jamin, sebelum pukul sepuluh kita balik The Syedes. Jangan bimbang." Lufya menepuk-nepuk perlahan tapak tangannya Mimi. Dia menenangkan rakannya itu.

Haih, gelabah bukan main. Gelabah-gelabah ni nak pergi mana?

Mahu tak mahu, Mimi terpaksa ikut idea jahat dan kehendak Lufya sehingga mereka lewat tiba di dorm.




"Aku dah cakap tadi, terus balik. Terus balik." bisik Mimi.

"Ala. Aku terlupa nak tengok jam tadi. Seronok sangat sampai terlupa." bisik Lufya juga.

Mereka berdua berjalan berjengket-jengket agar tidak diketahuan oleh orang lain. Harap-harap boleh la masuk pintu pagar nanti.

"Dah. Mimi. Kau panjat pagar ni dulu. Cepat!" Arah Lufya. Dia menyuruh rakannya itu untuk memanjat pagar utama ruangan The Syedes tu. Mujurlah pagarnya itu mudah dipanjat. Kalau tidak, tak tahu la dia nak buat macam mana lagi.

Mimi turuti. Lepas sahaja Mimi memanjat pagar dan melepasinya, kini giliran Lufya pula untuk memanjatnya.

"Aku dah cakap tadi. Kita lepas punya." kata Lufya. Dia mengibas-ngibas bajunya kerana kotor dek memanjat pagar.

"Fya.." Mimi menyenggol tubuh rakannya.

"Sabar la. Aku nak bersihkan baju ni." kata Lufya. Dia masih lagi mengibas-ngibas bajunya.

Ni dah berapa tahun pintu pagar ni ek? Habis kotor baju aku. Nasib baiklah harini dia tidak memakai baju berwarna putih. Kalau tidak, penat dia nak menyental baju tu nanti.

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now