"Weh Fya. Aku peliklah. Apasal kau tak takut ek dengan idola kau tu? Aku tengok muka dia pun dah naik seram." Mee bandung yang dibelinya itu disuakan ke dalam mulut.
"Nak takut buat apa? Kalau aku takut, makin susah la aku nak dapatkan cinta dia. Haih. Kau ni kan." kata Lufya. Mulutnya dipenuhi dengan nasi ayam yang dibelinya di Kafeteria.
"Ye tak iye juga." Mimi bersetuju dengan ayat yang Lufya katakan itu.
"Habis tu, urusan fashion show tu how? Tak silap aku fashion show tu esok malam."
"Ini Lufya Qaseh la!" senyuman bangga dia tayangkan. Ada berbaur angkuh pada nadanya ketika itu. Lufya mendabik dadanya tanda dia berbangga terhadap dirinya itu.
Mimi mencebikkan bibirnya. "Cis! Berlagak!"
Terhambur tawa Lufya. "Tak ada la. Ni semua atas bantuan bakal imam serta pekerja yang lain. Tapi, mostly bakal imam la yang banyak membantu. Even dia sesibuk mana pun, pasti bakal imam akan ajar aku all about my training. Bakal imam akan ajar aku after office hours." terang Lufya yang masih lagi ada sisa tawanya itu.
Ya! Semua persediaan berkaitan dengan fashion show syarikat dan juga sebagai pembantu peribadi, Amryan la yang banyak menolongnya. Pagi, petang, siang dan malam pasti lelaki itu akan whatsapp-nya dengan menanyakan soalan tentang bantuan yang Lufya perlukan atau ada perkara yang dia tidak fahami. Bakal imam pasti akan mencarinya selepas waktu bekerja jikalau lelaki itu mempunyai jadual kerja yang padat.
Belum sempat Lufya ingin menanyakan pada mana-mana pihak atasan atau pihak yang berkaitan, lelaki itu sudah menjawab segala pertanyaan yang dia tidak fahami.
"Untunglah~. Eh! Tapi, biar betul kau tak pernah kena tengking ke, marah ke, herdik ke like pelatih-pelatih lain bagitau tu?" Tanya Mimi dengan kerutan pada dahinya. Dia berasa pelik.
Lufya menggelengkan kepalanya. "Tak. Kalau kau tahu, semua tu tak betul. Dia tak la sekejam apa yang pelatih-pelatih lain fikirkan. Aku tengok pelatih yang berada di bawah jabatan dia tu semua have fun je. Sumpah! Bukanlah aku nak puji sebab dia idola aku ke apa. Tapi, tu memang kenyataan.
Bakal imam siap tanya sorang-sorang pelatih if ada tak perkara yang mereka semua tu tak faham atau kurang jelas. Mungkin kau tengok muka dia dua puluh empat jam ketat, tanpa senyuman tu agaknya bakal imam tak mahu la pelatih-pelatih yang berlatih di The Syedes naik 'lemak'. Mungkin macam tu la aku rasa." jawab Lufya dengan penerangan yang panjang lebar. Bukan dia mahu memuji Amryan. Itu memang kenyataan. Pelatih yang berada di bawah jabatan bakal imam sahaja akan tahu sikap sebenar lelaki itu.
Huruf 'o' terbentuk pada mulut Mimi. "No wonder la dia dapat jawatan tu. Memang layak pun."
Lufya mengangguk laju tanda setuju dengan ayat yang Mimi katakan itu. Dan sebab itu jugalah dia meminati Faqih Amryan. Bukan sebab wajah lelaki itu. Tapi, kerana komitmen lelaki itu pada kerja. Sungguh dia tabik!
"Ni, lepas ni kau nak ke mana?"
"Aku kena ke dewan besar The Syedes. Nak settlekan semuanya. Dari model sehinggalah ke majlis penutupan. Ouhh ye, malam nanti kau tolong teman aku siapkan baju bakal imam ye?"
Mimi mengerutkan dahinya. "Lah? Encik Amryan tak tempah baju dia dekat mana-mana busana yang terkenal ke? Apasal kau pula yang buat baju dia?" tanya Mimi pelik.
Kepala digelengkan. "Aku yang rela hati nak buatkan baju untuk dia. Padahal bakal imam dah tegah aku untuk buat baju dia. Tapi, Lufya Qaseh kan? Macam lah kau tak kenal." Kunyahan makanannya itu disambung semula.
"Kau memang." Mata dijulingkan ke atas.
"Tengok la macam mana nanti." sambung Mimi lagi.
"Ala Mi.." belum sempat Lufya menghabiskan ayatnya itu, tiba-tiba telefonnya berdering.
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romantik[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...