Amryan membetulkan tali lehernya. Hari ni dia terpaksa memasuki ke kerja dengan awal kerana semalam Amryan telah memberikan denda kepada Lufya. Dia juga perlulah melibatkan diri dalam denda yang diberikan kepada Lufya itu.
Jam ditangan dikerling sebelum dia mencapai kasutnya yang berada di rak. Dipakai dengan kemas dan teliti. Sempat Amryan mencapai bekas makanan yang dia sediakan pada pukul lima pagi tadi.
Enam tiga puluh minit pagi. Adakah terlalu awal untuk dia bangun dan masuk ke pejabat?
Amryan hanya berjalan kaki sahaja kerana jarak di antara pejabatnya dan juga biliknya tidaklah terlalu jauh. Hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja.
Harap-harap budak Lufya tu dah bangun la. Tak terlambat sudah.
"Pagi pakcik!" tegur Amryan sewaktu dia melihat pengawal keselamatan sedang meronda-ronda kawasan bangunan.
"Pagi! Eh! Awal Am hari ni?"
"Aah pakcik. Ada kerja kena siapkan. Am pergi dulu." pamit Amryan.
"Kamu nak pakcik buka pintu besar atau pintu kecil je?" tanya pengawal keselamatan tersebut sambil berjalan beriringan dengan Amryan.
"Pintu kecil je la. Pintu besar tu tunggu pukul sepuluh baru pakcik buka." jawab Amryan. Lagipun memang The Syedes buka pukul sepuluh pagi. Takkan la awal benar nak buka pintu besar tu. Nanti, terkejut para pelanggan yang melalui kawasan ini.
"Terima kasih pakcik." ucap Amryan dengan senyuman manis dia berikan sebaik sahaja pengawal keselamatan itu telah membukakan pintu.
"Sama-sama."
Amryan memasuki bangunan The Syedes lalu, menapakkan kakinya ke lif. Kemudian, butang lif ditekan. Amryan menekan butang aras di mana dia bekerja sebaik sahaja memasuki lif tersebut. Hanya mengambil masa dalam beberapa saat sahaja untuk lif itu tiba di ruangan kerja Amryan. Setiap lampu di ruangan kerja itu terbuka secara automatik selepas sahaja Amryan keluar dari Lif.
Langkah Amryan terhenti pada suatu kawasan. Dia menggelengkan kepalanya saat melihat meja kerjanya Lufya.
Ya ampun. Ni meja ke sarang tebuan? Berselerak dengan kertas-kertas atas meja ni la.
Meja kerjanya Lufya, Amryan hampiri. Dia meletakkan bekas makanan yang dibawanya itu. Kemudian, kertas-kertas yang berselerak di atas meja itu dikemasnya.
Haih, busy sangat ke sampai meja pun berselerak dengan kertas-kertas kerja? Mengalahkan dirinya sahaja la.
Amryan tertawa kecil saat dia terpandangkan gambar lucu Lufya yang melekat di kawasan meja kerjanya wanita itu.
Tak pernah serius awak ni, Lufya Qaseh.
Seusai sahaja Amryan mengemaskan meja Lufya, bekas makanan yang dia letakkan tadi, diambilnya. Kemudian, Amryan menapakkan kakinya memasuki bilik kerjanya itu. Sebelum itu, sempat dia membuat panggilan kepada Lufya.
Harap-harap awak dah bangun la, Lufya Qaseh.
Lufya menutup kedua-dua telinganya dengan bantal tidurnya ini.
Hish! Bising betullah! Siapa pula yang mengacau ketenteramannya untuk tidur sekarang ini?
"Weh Fya! Bising la telefon kau tu. Angkatlah siapa yang telefon tu." marah Mimi dalam keadaan mamai.
Namun, ianya tidak didengari oleh Lufya.
Keluhan terlepas dari mulut Mimi saat Lufya tidak mendengar apa yang dia marahi itu. Serta, telefon pintarnya rakannya itu asyik berdering sahaja.
Dalam keadaan mamai juga, Mimi turun dari katilnya itu sambil kepalanya diselubungi dengan selimut tebal.
PAP!
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romance[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...