Bab 12

129 12 2
                                    

"Kalau awak ada apa-apa yang tak faham, boleh datang terus ye. Pintu saya ni selalu terbuka untuk pelatih-pelatih yang suka menanyakan soalan. Okayh Lufya Qaseh?"

Tersenyum-senyum Lufya tatkala mengingat kembali ayat tersebut.

"Lufya?" panggil Mairah. Namun, ianya tidak didengari oleh Lufya. Wanita itu masih lagi asyik dengan lamunannya itu.

Dagu ditongkatkan dengan lengannya. Senyuman angau terhias di bibir Lufya.

"Lufya?" panggil Mairah sekali lagi. Namun, ianya masih lagi tidak disahut oleh Lufya.

Amryan menggelengkan kepalanya sahaja. Dia berdehem kuat. "Lufya Qaseh!" panggil Amryan.

Panggilan Amryan itu mematikan lamunannya itu. Senyumannya mati. Dipandang sekeliling dengan terpinga-pinga.

'Jangan berangan.' Amryan memberikan isyarat wajah itu kepada Lufya.

Wajah disengetkan. Terkebil-kebil mata Lufya. Dia tidak faham dengan isyarat wajah yang Amryan berikan kepadanya.

'Kita tengah mesyuarat' kata Amryan melalui isyarat gerakkan bibirnya.

Terus dudukannya itu dibetulkan. Lufya merapikan pakaiannya itu. "Err..kak Mairah tanya apa tadi?" tanya Lufya sebaik sahaja dia sudah kembali fokus kepada mesyuarat mereka pada hari ini.

Humairah tertawa kecil. Begitu juga dengan Maryana dan Aluna. "Akak tanya tadi, boleh tak akak bagi tanggungjawab sepenuhnya dekat Fya untuk uruskan fashion show ni? Tak ada la..Sebab akak tengok Fya ni ada potensi dalam hal-hal fesyen." Humairah berbicara.

"Err..tapi kak..Fya masih lagi seorang pelatih. Bukan ke hal-hal ni biasanya dilarang untuk pelatih uruskan?" tanya Lufya.

Humairah mengukirkan senyuman. "Akak dah minta persetujuan dari Puan Sri. Jadi, Fya janganlah risau ye? Betul tak kak Luna?"

Aluna mengangguk tanda setuju. "Mama dah bagi kebenaran untuk kami bagi tanggungjawab ini kepada Fya. Lagipun, saya tengok Fya ni memang berbakat dalam menghasilkan rekaan pakaian. Kerja yang Fya lakukan semuanya tu pun agak berpuas hati. Tapi tulah.., ada orang dengki dekat Fya yang menyebabkan dia suka potong mata kerja Lufya." Matanya menjeling pada Amryan. Sengaja dia berkata begitu.

Pelik dia dibuatnya. Kerja yang Lufya Qaseh lakukan itu semuanya agak memuaskan. Tapi, mengapa entah Amryan sangat dengki sehinggakan mata kerja si Lufya itu tidak mencapai keputusan yang cemerlang.

Meletus tawa Maryana. "Sorry. Sorry semuanya." Maryana memohon maaf tatkala tersedar dari perilakunya itu. Bibirnya dikemam kerana menahan tawanya itu. Dia tidak mahu tawanya itu meletus kembali.

"Tapi..Fya tak la pandai sangat. Fya bukannya pro sangat." kata Lufya dengan merendah diri.

Bahu kiri Lufya disentuh. "Jangan risau. Ramai yang akan bantu Fya dalam menguruskannya. Kak Mairah, Kak Luna, Kak Yan dan abang Am akan bantu Fya. Kalau Fya perlukan apa-apa bantuan, jangan segan silu tanya kami. Okay?" Kata kak Mairah. Dia cuba memujuk Lufya agar bersetuju dalam memikul tanggungjawab dalam menguruskan fashion show untuk The Syedes.

"Kalau macam tu. Fya terpaksa la lakukannya. Kalau Fya tak mahu lakukannya, maknanya Fya tolak rezeki untuk menambah ilmu. Betul tak?"

Mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat masing-masing mengangguk setuju.

"Bila tarikh fashion show tu?" Amryan bersuara. Dia menyelit dalam perbincangan tersebut.

"Isnin ni." jawab Aluna ringkas.

Membulat matanya Lufya. Terkejut mendengar jawapan Aluna itu.

Isnin ni?

Maknanya lagi lima hari? Namun, segala persiapan untuk fashion show itu masih lagi tiada.

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now