"Kau okayh tak ni Fya? Kalau tak okayh, nanti aku cakap dengan kak Mairah yang hari ni kau demam." mug berisi air coklat panas itu diletakkan di hadapan Lufya.
Lufya mengambil mug tersebut lalu dihirupnya, sebelum dia mengangguk perlahan.
"Tapi, badan kau panas ni, Fya." Mimi meletakkan telapak tangannya pada dahi Lufya untuk memastikan suhu badan wanita itu.
"Aku okayh la. Aku tak nak la mata kerja aku berkurangan. Cukup lah hal semalam dah membuatkan aku hilang mata kerja." jawab Lufya. Dia menghabiskan air coklat itu sebelum dia menyarungkan kasut kerjanya itu pada kedua-dua belah kakinya.
"Aku pergi dulu, Mimi." pamit Lufya.
"Hmm..hati-hati."
Lantas, Mimi mengambil telefon pintarnya itu. Dia perlu menghantarkan pesanan kepada seseorang.
Weh, Fya demam. Tengok-tengokkan dia untuk aku ya.
Langkah Lufya diatur dengan lemah dan tidak bermaya saat dia tiba di jabatannya itu. Kotak tisu dikeluarkan dan diletakkam di atas meja. Entah bagaimana dia boleh demam pun, Lufya tak tahu. Agaknya sebab terkejut kena marah, barangkali?
"Lufya, nanti ikut akak pergi mesyuarat di luar ya." kata Mairah sewaktu dia lalu di kawasan meja kerjanya Lufya.
Lufya mengangguk lemah.
"Eh, Fya okayh ke tak ni? Akak tengok macam Fya tak sihat aje." tanya Mairah kerana dia pelik hari ini Lufya tidak bersemangat seperti hari yang sebelum ini.
"Demam sikit aje, kak." jawab Lufya ringkas.
"Eh! Kenapa tak berehat aje dekat dorm?"
"Fya tak nak mata kerja berkurangan. Nanti tak cantik result Fya. Cukuplah semalam encik Amryan rosakkan mata kerja Fya." sehelai tisu ditariknya untuk Lufya mengelap hidungnya yang berair.
"Sorry ye, kak Mairah." sambung Lufya lagi.
"Hmm tak apa la kalau macam tu yang Fya cakap. Fya jangan lupa tau petang ni ikut akak pergi mesyuarat dekat luar."
"Ke Fya nak akak gantikan dengan orang lain?" sambung Mairah lagi.
"Eh! Tak payah la kak. Fya okayh je. Sekejap lagi kebah la ni."
"Hmm yelah. Kalau tak larat noh, Fya boleh rehat dulu. Okayh?"
Lufya hanya mengangguk lemah sebelum Mairah meninggalkan meja kerjanya untuk memberikan ruang kepada Fya berehat.
Lufya pula orangnya lain sikit. Kalau dah datang ke kerja pastinya dia tidak akan duduk diam. Ada je kerjanya nak dibuat walaupun kepalanya sakit ketika ini. Namun, kepalanya semakin menjadi-jadi sakitnya. Matanya juga berpinar-pinar.
"Lufya!!!" sahutan namanya itu lama-kelamaan menjadi perlahan.
Lufya mengerutkan dahinya. Dia tersedar dari tidur sekejapnya itu tatkala telefon pintarnya berbunyi dengan bising sekali yang menandakan mesej masuk bertalu-talu melalui aplikasi whatsapp.
Telefon pintarnya dia ambil. Dia ingin melihat siapalah yang menghantar pesanan pada waktu begini.
Mimi bebyku sayang
Baca sahaja nama pengirim tu, membuatkan Lufya pelik.
Dah kenapa minah ni? Nak membawang ke? Macam tak boleh membawang dekat dorm je la.
Lufya gagahkan dirinya untuk membaca pesanan yang dihantar oleh rakannya itu.
Weh Fya! Kau nak tahu sesuatu tak?
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romance[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...