"Kau memang gila Fya! Nasib baik mata kerja aku tak kena potong. Kalau tak, memang aku menangis dekat bucu katil tahu tak?!" kata Mimi yang sibuk mengupas bawang merah itu.
"Halah kau ni. Relax la. Kau sendiri suruh aku tolong kan. Jadi, aku tolong lah." kata Lufya yang bersahaja.
"Aku suruh kau tolong designkan. Bukannya suruh kau hantar dekat encik Amryan sendiri. Kau ni kan." bebel Mimi.
"Kau tahu? Satu bangunan kecoh yang kau ni ponteng kerja tahu tak?" sambung Mimi lagi.
"Ala biarlah. Lagipun aku ada terserempak dengan kak Mairah ketua department aku tadi. Aku dah cakap dengan dia tadi." jawab Lufya sambil menumis bawang merah yang dikupas dan dipotong oleh Mimi sebentar tadi.
"Eh dah la. Daripada kau dok membebel dengan aku, lebih baik kau siapkan meja. Nak suruh kau tolong aku dekat dapur ni, bukannya kau pandai pon." Lufya cuba menghalau Mimi agar segera keluar dari dapur bilik sewa mereka. Kawan dia kalau membebel, sampai ke subuh esok pon tak akan habis. Ouhh ya lagi satu! Taik telinga pastinya akan cair.
Mimi sudah mencemikkan bibirnya itu. Perli nampak. Hesh!
"Kau ni. Mula la tu. Asal aku nak membebel, kau sibuk memotong. Dah la. Aku kemas meja dulu."
"Macam ni la aku sayang kau. Muah!" Lufya melayangkan flying kiss kepada rakannya itu.
"Ah! Sudah la kau." kata Mimi sebelum dia berlalu pergi.
Lufya kembali lagi tersenyum. Haish! Scene di mana dia terpeluk idolanya itu masih lagi segar di ingatan.
GOSH!
Kalau boleh rasa nak lagi je. Tapi, lupa harom! Apalah kau Fya.
Sedang Lufya asyik dengan lamunannya itu, tiba-tiba...
"LUFYA QASEH!!!" jerit Mimi.
Mendengar sahaja jeritan Mimi itu, terus Lufya tersedar dari lamunannya itu.
"Kau ni, bau hangit gila! Tutup api tu!!!!" arah Mimi.
Lufya seperti terpinga-pinga.
"Ha?"
Mimi menampar dahinya. Terus dia berjalan laju untuk menutup api dapur itu.
"Kau tengok! Habis bunyi penggera dekat dorm kita ni. Dah lekas keluar. Aku dah dengar bunyi bising dekat luar tu."
Amryan memandang Mimi dan juga Lufya silih berganti sambil menyilangkan tangannya ke dada persis sedang memarahi seseorang.
Mimi dan juga Lufya menekur memandang lantai. Tidak berani mereka berdua memandang Amryan itu. Matanya seperti mata helang. Seriau bila memandangnya.
"Awak tahu kan di dorm tak boleh memasak?"tanya Amryan dengan nada yang serius.
Mimi mengangguk laju. Lufya pula masih menekur lantai.
"Dah tu?! Takkan la tak faham-faham bahasa lagi?!" Amryan menampar meja dengan kuat.
"Saya tak nak tengok muka awak berdua lagi dekat The Syedes! Esok pagi saya nak awak berdua keluar dari dorm. Kosongkan dorm!" sambung Amryan lagi. Nafasnya sudah turun naik. Nasib satu bangunan The Syedes tidak rentung dan hangus dijilat api. Kalau tidak, tak tahu la nak jawab apa dekat Luth tu nanti.
Kepala Mimi terus memandang Amryan. Terkejut dia mendengar arahan yang baru sahaja keluar dari mulut Amryan.
Lufya mengangkat kepalanya. Lalu, dia memandang Mimi yang berada di sebelahnya itu. Kemudian, dia memandang Amryan yang berada di hadapannya itu.
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romansa[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...