Bab 2

116 13 6
                                    

Lufya pelik dengan semua orang pada hari ini. Dia menyenggolkan lengannya pada tubuh rakannya. "Mimi. Kenapa aku tengok semua orang hari ini macam kelam-kabut aje?" tanya Lufya dengan pelik.

"Eh! kau tak tahu ke?" tanya Mimi dengan biskut di tangannya.

Lufya menggeleng laju.

Mimi menampar dahinya. "Biar betul kau tak tahu, Fya?" gila betul. Berita sensasi pun tak tahu? Ouhh lupa. Rakannya itu sibuk dengan berita mengenai encik Amryan sahaja.

Lufya mengangguk laju.

"Ni. Model terkenal negara nak cuba guna design The Syedes. Masalah sekarang ni, dia nak design yang The Syedes tak pernah keluarkan. Kau gila ke? Lepastu dia nak design and baju tersebut siap dalam masa seminggu ni! Botak kepala aku Fya." Mimi sudah menggoncang-goncang lengan rakannya itu.

"Apa aku nak buat sekarang ni, Fya...Tadi, baru je model terkenal tu reject design aku. Nak nangis tahu tak." Hampir nangis Mimi dibuatnya saat rekaannya itu ditolak.

Lufya pula menepuk perlahan tapak tangan rakannya itu. "Kau relax je sekarang ni."

"Boleh aku tahu, dia nak konsep macam mana? Manalah tahu aku boleh tolong kau."

"Dia nak konsep Haute Couture. But, simple and havoc."

Lufya berfikir sekejap. "Aku rasa, macam aku boleh tolong. Bagi aku pensel dan juga kertas A4 sehelai. Aku cuba lakar jap."

Mimi menurut perintah. Dia menghulurkan sehelai kertas A4 dan juga sebatang pensel kepada Lufya. Dia tahu, rakannya itu pasti bisa membantunya.

Lufya memulakan kerjanya. Dia melukis apa yang perlu dia lukiskan. Janji, pelanggan itu berpuas hati.

Hampir tiga jam Lufya mengambil masa untuk menyiapkan tiga jenis design yang perlu dia berikan kepada model terkenal negara itu.

"Terima kasih Fya!" ucap Mimi sambil bertalu-talu mencium kedua-dua belah pipi Lufya.

"Dah. Dah. Sekarang ni pergi hantar dekat ketua department kau." arah Lufya sambil bersedia untuk menyambung semula kerja-kerjanya yang tergendala tadi.

"Okay. Aku nak hantar dekat encik Amryan la." Mimi dengan bangga dan tidak sabarnya untuk menunjukkan design yang dibuat oleh Lufya.

Dengar sahaja nama yang baru sahaja keluar dari bibir rakannya itu, auto terpusing tubuh Lufya. Tak jadi dia nak sambung kerjanya.

"Kau ni dah kenapa Fya?" Mimi pelik dengan sikap rakannya yang satu ni.

"Kau sebut nama siapa tadi?"

"Encik Amryan?"

"Di-dia ke yang bertanggungjawab dalam projek kau ni? Bukan ke ketua department kau, kak Yan?"

"Memang la ketua department aku kak Yan. Tapi, encik Amryan suruh semua budak-budak dekat department aku lakarkan satu design untuk model terkenal tu."

"Eh! Fya! Kau nak kemana?" tanya Mimi dengan kalut selepas sahaja Lufya merampas kertas-kertas yang dipegangnya itu.

"Aku nak jumpa bakal imam aku la!" laung Lufya dengan bangga.

Mimi pula sudah menelan liur. Mati aku! Fya, kau memang gila! Muka tembok betul lah! Cepat-cepat langkah Lufya dia kejari. Dia tidak boleh memberikan kebenaran untuk Lufya berjumpa dengan encik Amryan. Kalau tidak, masak dia. Habis hilang markah kerjanya!

Butang lif ditekannya. Dia perlu segera berjumpa dengan idola dia. Lantak pi la kalau kak Mairah yang ketua department dia tu marah. Apa yang penting? Idola lagi penting!

LUFYA AMRYAN: Love TraineesWhere stories live. Discover now