"Haihhh penat betul lah arini. Banyak pula pokok ibu beli." Gadis itu menggeliat kepenatan.
"Iqah tolong ibu masak kat dapur." Dengar sahaja ratu hatinya memanggil dia terus mengorak langkah pergi ke dapur.
"Ibu nak masak apa hari ni?"
"Ayam masak lemak je pastu buat air sirap." Ibunya ligat memotong segala bahan yang diperlukan tanpa melihat wajah anaknya itu. Dia sedikit kecewa.
"Kalau macam tu biar orang masak lah bu." Iqah memberi tawaran kepada ibunya. Dia mahu mengambil hati ibunya.
"Ha boleh jugak. Hati-hati." Ujar ibunya dan menuju keluar dari dapur.
"Ibu, ibu nak guna jintan manis ke tak ni?! Laungnya dari dapur.
"Tak kesah! Nak guna pun sedap, tak nak guna pun sedap je!" Balas ibunya yang sedang berehat di ruang tamu sambil membelek-belek majalah.
"Okay! Aku nak guna jintan lah. Pastu bagi nenek sikit. Mesti dia kata sedap! Memanglah aku yang masak en!?"
Riak betul kau Iqah.
Skip~
"Ha siap pun!"
"Ibu, dah siap! Nak makan ke?"
"Kejap lagi lah." Jawab ratu hatinya itu. Dia hanya mengangguk.
Sejak kebelakangan ini ibunya suka berdiam diri. Entah kenapa. Lagipun hubungan dia dengan ibu dan Ayahnya memang tak seperti keluarga yang lain. Bahagia tapi bukan untuk Iqah. Ayahnya pula? Haih tu pun satu hal jugak. Selalu keluar jumpa kawan. Busy. Tapi dia tidak mengesyak apa-apa tentang bapanya sebab dia tahu bapanya tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum-hakam agama.
"Ibu, jap lagi orang nak gi rumah nenek tau hantar lauk."
"Ha okay. Dah solat belum?" Soal ibunya. Dan sekali lagi dia tidak memandang wajah anaknya.
"Belum...nak solat lah ni." Iqah segera melangkah ke bilik air untuk mengambil air wudhuk.
Selama hidup Iqah ini dia sedaya upaya untuk merapatkan hubungannya dengan keluarga tetapi itu hanya sia-sia. Ibunya yang dingin. Apa saja yang Iqah buat semua salah dimatanya. Adik beradik yang buat salah dia juga yang jadi mangsa. Dia menjadi pelepas amarah ibunya.
Skip....
"Assalamualaikum! Nenek! Jip! Cucumu datang ni!!" Iqah memang manja dengan atuk dan neneknya sebab merekalah yang menjaga dia dari kecil hingga besar panjang.
"Waalaikummussalam! Kau dari mana?" Soalnya yang duduk di kerusi roda betul-betul dihadapan pintu masuk untuk menunggu kepulangan suaminya pulang tapi lain yang datang.
"Dari rumah lah. Nah kita ada masakkan nenek ayam masak lemak ni. Rasa sekali, sepuluh kali nenek nak tambah tau!" Dia menyalami tangan tua itu dengan penuh kasih.
"Elee kau! Mentang-mentang dah pandai masak! Kecoh!" Perli neneknya
"Alaaa nenek ni...huhhh...eh mana jip?"
"Keluar. Beli barang sikit." Iqah hanya mengangguk tanda faham.
"Nenek nak makan sekarang ke?"
"Ha boleh juga okay jom!" Iqah menolak kerusi roda milik neneknya itu ke arah dapur.
Iqah meletakkan bungkusan itu di atas meja dan mengambil pinggan untuk mengisi nasi.
Neneknya hanya melihat saja tindakan cucunya.
"Nah nek. Jap kita ambilkan nenek punya botol air." Dia menuju ke kamar tidur neneknya dan mengambil botol tersebut.
"Assalamualaikum. Nek andak! Ouh nek andak!"
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKO
RomanceSeorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya dia pula yang menjadi orang tengah. Sudahlah dia mempunyai banyak benda yang dipendam sampai terteka...