10

11.5K 668 38
                                    

MACAM BIASA LAH ENN SEBELUM BACA TU VOTE LAH DULU~ KALAU TAK NAK MALAM KORANG DIGANGGU OLEH AKU! HAHAHA! XDELAH.




"Pak Karim, berapa semua ni?" Soal Iqah sambil membuka zip dompetnya yang berwarna khaki.

"Semuanya RM43.60. 60 sen tu tak yah." Iqah menghulurkan wang yang diberitahu Pak Karim.

"Tak payah Pak Karim. Nanti Pak Karim rugi lah."

"Tak de maknanya rugi. Dapat pahala lagi tau. Eh ni. Nek Teh kamu nak masak apa? Macam special je."

"Ha'ah. Memang special pun. Nek Teh nak masak nasi kerabu."

"Erm patutlah. Nanti bagiklah Pak Karim sikit."

"Hehehehe.. insyaallah. Nanti saya hantar kan ye, Pak Karim?" Dia mengambil bungkusan plastik itu dan melangkah untuk pulang ke rumah. Pak Karim membuka surat khabar tapi sempat dia menggeleng kepala melihat telatah Iqah.

Iqah berjalan di sepanjang bahu jalan itu. Agak jauh juga kalau berjalan kaki kalau naik motor cepatlah sikit. Tak de lah jauh sangat.

Sedang elok Iqah berjalan tiba-tiba ada satu motor menghalang perjalanannya. Betul-betul depan dia.

"Hi adik manis. Jom naik dengan abang."

"Tak payah kot abang Syah. Rumah nenek dah dekat je tu." Iqah tersenyum kekok. Dia betul-betul dah jadi kekok dengan Syah.

"Alaa jomlah abang hantarkan. Lagipun abang nak hantar barang kat rumah nenek."

"Erm abang pergi je lah. Iqah nak jalan-jalan. Ambil angin." Syah mencebik.

"Panaslah. Jom naik cepat." Tiada pilihan. Iqah terpaksa naik juga motor itu. Serba salah jadinya.

Syah tersenyum puas.

___________________________________________

"KENAPA KAU BODOH SANGAT EH PEREMPUAN?! JANGAN SAMPAI AKU BUNUH KAU DUA ORANG!" Nial sudah naik berang dan mengacukan pistol.

"Kenapa kau culik kitorang pulak?! Kenapa bukan dia?!" Farisha memberanikan dirinya. Dia sudah tidak tahan.

"Kalau aku culik dia, she might hate me. Tapi kalau dia degil aku terpaksa culik dia sekali." Dia mencangkung dan memandang satu per satu mangsanya. Pandangan yang sangat menakutkan.

"Aku tanya lagi sekali. Syah tu suka dia ke tak?" Kali ini dia cuba mengawal nada suaranya.

"Aku tak tahulah!"

"HAHAHAHAHAHHAHAH! KORANG NI BODOH! TAHU TAK?! AKU TANYA SOALAN YANG SENANG JE PUN! KO MEMANG TAK SAYANG NYAWA KAN?! HAHAHAHAHHAHA!" Dua gadis itu saling memeluk tubuh mereka. Mereka menggigil ketakutan. Nial berdiri dan melangkah keluar dari bilik kurungan itu.

"Jayden! Nanti bagi dua orang ni makan!" Sempat dia memberi pesanan kepada pembantunya, Jayden. Dia bukan sahaja pembantu Nial tetapi dia juga merupakan saudara Nial. Sebab tu lah dia jadi PA Nial.

"I know you two scared of Nial, right?" Ujar Jayden. Dua gadis itu mengendahkan sahaja lelaki yang berbangsa Cina itu.

"And you." Jayden mengangkat wajah mulus Farisha menggunakan jari telunjuknya. Dia memberi Farisha sebuah senyuman sinis.

___________________________________________

Sampai sahaja Iqah di rumah, dia terus masuk ke dalam bilik. Dia sebenarnya malu nak berjumpa dengan Syah. Tak tahu macam mana nak hadap.

"Nek, Iqah tu nampak macam peliklah kebelakangan ni." Syah mendekati neneknya yang sedang memotong kacang panjang di atas meja.

"Entah. Bukan kamu ke yang buat dia jadi pelik?" Nek Teh menyoal Syah kembali.

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now