Tiba sahaja di perkarangan rumah agam milik Nial, Iqah terus masuk ke dalam rumah. Kepalanya sakit sangat. Tekaknya mula terasa loya. Pelik. Tiba-tiba hari ini dia rasa bagitu. Sebelum-sebelum ini, tiada pulak.
Masuk sahaja dia di dalam rumah itu, tempat pertama yang ditujunya ialah tandas yang berada di sebelah dapur.
Tombol pintu dipulas dengan kasar, lalu dia masuk ke dalam kamar mandi tersebut.
Paip dibuka dan dia membuang segala isi di dalam perutnya.
Setelah beberapa minit kemudian, dia keluar dengan wajah yang pucat lesi. Habis hilang tenaganya.
Sofa dituju. Bantal kecil itu dipeluk erat olehnya.
Tiba-tiba Nial datang ke arah Iqah dengan dulang yang berada di tangannya.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
"Minum ni. Lepas tu, makan ubat ni. Then, you rest." Iqah hanya mengendahkan sahaja percakapan Nial.
"Hey. I'm talking to you right now."
"Are you listening to me?" secara tiba-tiba Iqah menolak kasar lelaki itu ke tepi tangan kirinya manakala tangan kanannya menutup mulutnya untuk menahan sisa muntah yang hendak dimuntahkan.
Dengan pantasnya dia berjalan masuk ke dalam bilik air itu buat kedua kalinya.
Lelaki itu juga turut mengikuti langkah isterinya yang berada di dalam bilik air tersebut.
Tombol pintu itu cuba dipulas dan akhirnya terbuka luas pintu itu.
Iqah tidak menghiraukan kehadiran suaminya. Nial cuba mendekati Iqah yang berada di sinki untuk membuang segala isi yang berada di dalam perutnya.
"Are you okay?"
Disapu lembut belakang badan gadis itu.
"Arghhhh!" Jeritannya membuatkan Nial terkaku. Makin bimbang dia dengan keadaan Iqah.
Dia jerit bukan sebab Nial tapi sebab dia tengah tahan sakit yang amat di kepalanya. Rasa macam mahu pengsan sahaja rasanya.
"Hey.. you okay tak ni?"
"Jom pergi klinik." Gelengan sahaja yang menjadi jawapan untuk pernyataan Nial.
"Jom lah cepat."
"Tak nak. Tak payah."
"Nanti kalau jadi apa-apa, lagi susahlah."
"Sikit je. Dah lah. Saya nak rehat."
"Jangan degil, boleh tak?"
"Awak keluar. Saya nak buang air kecil. Cepat." Tanpa berkata banyak lagi, lelaki itu keluar meninggalkan Iqah di dalam bilik air tersebut.
___________________________________________
KEESOKAN HARINYA~
PETANG~
YOU ARE READING
BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKO
RomanceSeorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya dia pula yang menjadi orang tengah. Sudahlah dia mempunyai banyak benda yang dipendam sampai terteka...