MICAH | ESHANAA

9.6K 516 73
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




SUASANA sunyi dan sepi. Yang tinggal hanya jasad seorang Micah tanpa ada rohnya yang sudah melayang entah ke mana.

Beginilah kehidupannya. Kerja. Mengelamun. Makan kemudian kerja lagi. Dan lagi dan lagi.

Entahlah. Dia rasakan hidupnya terasa kosong tidak terisi. Air americano di tangan di sedut perlahan. Membasahkan tekak.

Hmmm.

Sudah hampir dua jam dia diam duduk di bangku ini. Dari petang tadi sehinggalah langit mula gelap dan matahari mula melabuhkan tirainya. Masih tiada niat pula untuk berganjak dari situ.

Sayup-sayup kedengaran bunyi alunan merdu dari arah kanannya. Terus terdiam dia.

Alunan suara itu tiba-tiba terasa indah kedengaran di telinganya. Rasanya bagai meresap masuk menyentuh sehingga ke tangkai hati.

Micah memejam mata. Pertama kali dia rasakan satu ketenangan yang indah. Sangat indah. Malah rasa kepuasan ini lebih indah daripada ketika dia meletak jawatan sebagai ketua pengarah syarikat perkapalan milik keluarga Angelo dan ketika dia berjaya membina syarikat seni binanya sendiri lapan bulan yang lalu.

Ketenangan ini...

Bukk!!!

Lamunan Micah terhenti. Terus dia memandang ke arah seorang budak lelaki yang dilanggar oleh seorang lelaki dengan pakaian besar di tubuhnya.

"Astaghfirullah. Sorry little boy. Sorry." Lelaki berpakaian besar dengan kain yang terlilit di kepalanya terus membantu mengutip duit-duit syiling yang terjatuh dari bekas di tangan budak itu.

Kening Micah terjongket sedikit. Nampaknya budak ini mesti budak hamba geng Perez.

"Ermm take this." Sekeping duit yang terlipat-lipat dihulurkan ke arah budak lelaki itu. Melihatkan warna pada not itu, budak tadi terus menggeleng kepala.

"Questo è troppo, signore." (This is too many, mister.) Ujar lelaki itu.

"Its okay. Sometimes, everything that i have actually not mine. And maybe it meant to be yours. Just take it." Ujar lelaki itu lagi.

"Thank you. May god bless you." Ujar budak lelaki tadi. Terpancar jelas wajah penuh kepuasan di wajahnya sehingga mengalir air mata jatuh ke pipi.

Diam. Lelaki tadi sudah berlari-lari anak ke tempat di mana masih berbunyi alunan suara indah tadi.

Budak lelaki itu pula sudah berjalan ke arah bertentangan.

Satu minit yang memberi makna.

Dimana seorang Micah menjadi saksi kepada bukti bahawa masih ada yang punya hati dan perasaan di bumi ini.

Oh Tuhan. Aku? Apakah aku yang sebenarnya?

Dan buat kali pertama, dia bagai percaya akan kewujudan sesuatu.

CERPEN: LITTLE LOVE STORYWhere stories live. Discover now