Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
EMIR menghempaskan tubuh di atas katil. Aduhai. Rindu betul dengan katil walaupun baru sepuluh jam tak jumpa.
Banggg!!!
Baru sahaja mahu terlelap, bunyi tembakan yang kuat kedengaran itu membuatkan Emir terus duduk dari perbaringan. Laju dia turun dari katil dan menyelak tingkap rumah.
Tajam mata Emir memandang lelaki yang melompat naik ke atas motorsikal berkuasa besar sebelum lagi seorang lelaki itu membawa motor menjauh pergi dari situ.
Emir menyelak lagi langsir tingkapnya. Membulat mata Emir melihat jiran barunya yang sudah terbaring di beranda rumahnya sendiri.
Tanpa berlengah, Emir ambil langkah laju turun ke bawah sambil tangan mengukuhkan lagi lipatan kain pelikatnya.
Takut duk lari nanti terlucut!
EMIR diam memandang mayat lelaki dengan kesan tembakan di dada yang mula ditutup dengan satu plastik hitam oleh pihak polis. Suasana perumahan ini jangan cakap. Riuh. Semua penduduknya mula memanjangkan leher mahu cari tahu tentang apa yang terjadi.
Lampu biru terang dari kereta polis juga membuatkan perumahan ini terasa hidup walaupun sudah pukul dua belas pagi.
Bunyi motosikal berkuasa tinggi yang terparkir di sebelah sana menarik minat Emir. Emir memandang lama penunggang motosikal yang sudah turun dari motor besar itu. Penunggang yang masih berhelmet itu mendekati pegawai polis yang berjaga di situ. Melihat gayanya mungkin dia ditahan. Tapi penunggang tadi terus angkat objek di tangan.
Terus berdiri tegak pegawai polis tadi. Lantas dia menarik tanda hitam kuning tadi ke atas. Memberi laluan untuk penunggang tadi.
Penunggang itu membuka topi keledarnya dan rambut panjang yang tadi tersembunyi di sebalik topi keledar tadi terus jatuh mengurai sehingga paras pinggang. Emir terus terkedu.
Itu?
Izyan Nisyara...
"Status?" Tanya suara itu.
Sah!
"He's a young man. Age 25. Name, Faris Akong. Dia disahkan meninggal dunia kerana peluru itu betul-betul tepat mengena jantungnya. And yes. He's an ex gangster." Lapor seorang pegawai polis lelaki pula seraya menanggalkan glove getah yang dipakainya.
Perempuan itu merapati mayat yang terbujur kaku tadi. Tangan naik menyelak sedikit lengan lelaki tadi. Tatu di lengan lelaki itu di amati.
"This is new." Gumam perempuan itu perlahan.
"Bukan Cobra?"
Perempuan itu menggeleng laju.
"Cobra dah pupus. Team Alpha dah kasi rata semua budak-budak cobra."
"Habistu. Budak abe bear ke?"
Perempuan itu geleng lagi.
"Look at this abstract. It is dragon." Ujar perempuan itu setelah meneliti tatu di lengan mayat tadi.