Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"MACAM mana tinggal di kondo saya? Okey?" Leo menyoal. Seraya itu punggungnya dilabuhkan di sebelah Xiandra.
Xiandra terkejut sesaat namun kemudian dia tersenyum jua.
"Okey. Best. Alhamdulillah. Terima kasih Leo."
Leo senyum. Dia suka melihat senyuman Xiandra. Manis. Suaranya pun lembut sahaja. Matanya bundar bersinar. Cantik.
Leo sudah gila.
Ya. Dia dah gila!
"Baguslah kalau macam tu."
"Oh sekejap. Nasib baik tak terlupa. Nah." Xiandra menghulurkan envelope putih. Agak tebal isinya.
Berkerut dahi Leo.
"Apa ni?"
"Duit sewa rumah. I can't stay at your home for free. Kenalah bayar. Kan?" Xiandra senyum.
Leo diam. Sampul surat itu dicapai lantas isinya dijenguk.
"Banyaknya?"
"Haruslah. Dah tiga bulan saya duduk kat kondo awak. Kondo mewah pula tu. Banyak cantik muka saya nak duduk free. Segan pula saya rasa. Tu yang saya bayar tu."
"Jumlahnya adalah dalam tiga ribu ringgit."
Leo terus angkat muka memandang wajah Xiandra. Bertaut keningnya.
"Are you sure miss Xiandra? Tiga ribu tu banyak tau. Awak pun belum bekerja. Just take it back. It's okay. Anggap sahaja kondo tu awak yang punya." Leo menghulurkan sampul surat itu ke arah Xiandra semula.
"Mana boleh macam tu."
"Kenapa tak boleh? Tak apa. Ambillah semula."
"Tapi..." Terdiam Xiandra saat lelaki itu menjungkitkan sebelah kening memandangnya. Terus dia diterpa rasa bersalah.
"Alah janganlah macam ni Leo. Saya rasa serba salah. Saya penat-penat keluarkan duit simpanan saya tu untuk bayar awak. Kalau fasal saya tak bekerja tu, awak tak perlu risau. Esok saya dah mula bekerja dah. Duit simpanan saya pun ada lagi. Awak terima je lah ya?" Pujuk Xiandra. Terkebil-kebil matanya yang sengaja dibulatkan itu.
Semoga Leo terima.
Leo senyum lucu. Comel.
"Okay. I'll take it as you wish." Leo senyum. Sampul surat berisi wang itu ditarik ke dada dan dimasukkan ke dalam kocek bahagian dalam jaket kulitnya.