FERHAD | NATASHA

11.7K 611 48
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







FERHAD tunduk merenung cincin emas yang sepi di tangannya. Mata hanya mampu memandang sepi Raja Anggerik yang semakin menjauh.

Dada Ferhad mula rasa berat.

Terus dia melangkah ke arah Raja Anggerik.

"Anggerik! Anggerik dengar dulu apa yang saya nak cakap ni!" Panggil Ferhad. Tapi Raja Anggerik terus memboloskan tubuh masuk ke dalam kereta.

Ferhad terus berlari dan cuba menghalang pintu kereta itu dari tertutup. Tapi Raja Anggerik lebih pantas menghempas kuat pintu kereta.

"Anggerik please listen to me! Jangan buat saya macam ni. It is not that i don't want to fight for you. It is just that i don't know how. I don't know how to fight. Please don't do this. Saya sayangkan awak Anggerik." Ferhad mengetuk tingkap kereta yang gelap itu. Dia tahu Anggerik ada di dalam dan mendengar kata-katanya.

"Anggerik please. I can't lose you." Suara Ferhad mula mengendur dan rapuh. Menunjukkan betapa hancurnya sekeping hati ini. Mata sudah berkaca.

"Four years. Four freaking years Anggerik. Please..." Ferhad tahu hubungannya dengan Raja Anggerik hanya dihiasi dengan pergaduhan dan pertelingkahan. Tapi sumpah dia terlalu mencintai Raja Anggerik. Takkan semudah itu kisah mereka terputus seperti ini.

Tapi hampa.

Pujuk rayunya langsung dibiar sepi. Kereta putih berkilat itu terus berlalu pergi meninggalkannya sendiri.

"Anggerik!" Ferhad terus jatuh terduduk di atas jalan tar itu. Suasana sepi jalan di atas bukit itu membuatkan rasa mahu meluah sakit di dada semakin membuak-buak.

Perlahan-lahan Ferhad tertunduk lesu. Terus dihamburkan segala tangisan jantannya.

Buat pertama kali dalam empat tahun ini, harapan benar-benar hancur berderai.

Ya Allah!

Ferhad meraup wajah.

Sakit rasa ini.

Sakit...

DAIYAN GHAZI diam memandang wajah lemah tidak berdaya Ferhad yang dari tadi duk tenggelam dalam lamunannya. Daiyan diam sahaja. Tahu ada sesuatu yang mengganggu Ferhad.

"Anggerik terima pinangan Zufar. Apa dah jadi?" Tanya Daiyan.

Ferhad terus tersenyum pedih. Sakit dadanya mendengar kata-kata Daiyan tadi.

Nampaknya Raja Anggerik benar-benar tekad.

"Saya ni orang biasa Tuan Raja. Saya tak ada duit. Saya tak ada pangkat. Keluarga saya tak gah seperti keluarga Tuan. Siapalah saya mahu menjadi sebahagian dari keluarga Tuan." Luah Ferhad perlahan. Sayu sahaja nada suaranya.

Daiyan mendengus kasar melihat Ferhad yang tersenyum paksa itu.

"Aku tahu ayahngah aku memandang seseorang itu pada pangkat dan keluarga. Tapi kau tak nak cuba lagi? Mana tahu ayahngah aku boleh terima."

CERPEN: LITTLE LOVE STORYWhere stories live. Discover now