12

1.1K 177 98
                                    

。°。°。°。°。°。°。°。°。°。°。°

mereka ketawa beramai-ramai. wintaro memuncungkan bibir apabila kata-kata mereka dipandang remeh oleh squad 23 yang lain.

sungchan yang sedang diurut kakinya oleh kun mengesat air mata dengan tawa yang tersisa. " s-shotaro kau biar betul! mana ada zombie dalam dunia ni! HAHAHAHAHA! "

winwin membulatkan mata. " betul! dia lari macam ni ha! " dia meniru cara lari si zombie yang dilihatnya tadi.

" entah-entah orang mabuk bang win cakap zombie! " sambung haechan lagi. mark pula menampar bahu johnny di sebelah sambil ketawa terbahak-bahak.

tiba-tiba ketukan kedengaran dengan kuat sekali. mereka yang tadi mentertawakan wintaro mematikan ketawa mereka sebaik sahaja pintu diketuk macam nak roboh.

doyoung lantas memeluk jungwoo di sebelah dan jungwoo memeluk taeil di sebelah dan taeil kekal cool tanpa memeluk sesiapa. walaupun dalam hatinya,taeil menyesal tak ikut pergi kencing dengan winwin tadi.

" s-siapa tu?! " soal kun lalu mengambil gunting misai milik jaehyun yang dijumpai di bawah katil dan diacukan ke pintu.

mereka berdiam diri menunggu balasan sehinggakan hanya bunyi kipas yang kedengaran.





" HUWA ABANG KUN! BUKAK PINTU NI ABANG! NI JENO DENGAN JAEMIN! "

" BUKAK PINTU WOI BUKAK! ADA ZOMBIE! "

mereka menarik nafas lega dan lucas memberanikan diri membukanya. ten dah warning itu mungkin bukan nomin dan zombie yang menyamar jadi dorang. tapi taeil cadangkan untuk dorang hempuk je zombie tu pakai buku teks matematik tingkatan 5 yang tebal bukan main.

lucas perlahan-lahan membuka pintu itu walaupun jeritan dari luar semakin galak kedengaran. jantungnya berdegup kencang sama dengan yuta dan yangyang yang tengah ready nak baling buku teks yang dicadangkan taeil tadi.

apabila pintu terbuka,mereka dapati ialah! jeno dan jaemin yang menangis tak berlagu memeluk lucas. lucas menghela nafas lega dan mengusap belakang mereka berdua.

yuta dan yangyang agak kecewa sebab memang dorang dah ready nak fight zombie tapi yang dorang dapat hanya dua budak berwajah penuh hingus.

winwin tersenyum malu dan mengusap telinga kirinya. " hehe sorry. bang win lupa hampa. " nomin menyedut hingus.

" paiti bang win! hampir-hampir jaemin nak terkencing dalam seluar tadi! " winwin dan shotaro segera mendapatkan mereka dan memimpin mereka ke member yang lain.

" sorry eh. "

" sudah la tu,macam sungchan cakap,mana ada zombie dalam dunia ni. dah-dah, jom tidur. dah pukul 1 pagi ni. " tegur taeyong dan menguap kecil. mereka mengangguk setuju.

mereka merapatkan tilam di atas lantai dan baring sebaris macam ikan sardin. ten yang berada di hujung sebelah kiri dan xiaojun di hujung sebelah kanan menutup lampu serentak.

" selamat malam squad 23! "

selepas berbual kecil buat beberapa minit,mereka tidur dengan nyenyaknya tanpa mengetahui zombie yang diperkatakan wintaro tadi ialah apek cina yang mabuk.

the end.

-

tepat pukul 7 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh,haechan datang ke dorm illichil membawa radio pak guard yang ditinggalkan di surau.

sebagai seorang yang nakal,haechan tidak melepaskan peluang untuk buka radio pak guard tersebut. sedang dia mencari siaran yang jelas,mark menegurnya.

" letak balik tempat dia nanti haechan. "

" okay ummi~ " katanya sambil lewa dan diselangi dengan lagu dangdut dan lagu zaman 70-an di mana mereka masih tak lahir ketika itu.

tiba-tiba bunyi siaran tersebut semakin jelas apabila diputar haechan. dan apa yang didengarinya amat mengejutkan.

" eh? "

" negara kita diisytiharkan darurat! saya ulang,darurat! pembawa wabak yang tak diketahui tiba-tiba muncul di sempadan thailand dua minggu lepas telah memasuki sempadan malaysia. kumpulan pembawa wabak ini berciri-ciri seperti berikut ; mata terbeliak hidung dan telinga berdarah serta gelojoh bukan main! perintah berkurung akan dikeluarkan pada pukul 8 malam nanti. diminta rakyat-rakyat terutamanya kawasan di negeri utara tidak keluar rumah dan kekal di tempat yang diduduki sekarang buat masa terdekat ini. sekian— "

dan siaran radio menjadi tak jelas semula. mereka masih lagi terkejut dan cuba menghadam setiap perkataan dari radio tersebut tadi.

" HAH,DARURAT? " kata ten dan doyoung serentak.

" CUMA KITA JE KAT SEKOLAH NI. MACAM MANA NI— " ucap jisung gelabah.

" INI SEMUA SALAH KAU. " chenle memandang tidak puas hati ke arah sungchan yang masih sedang memproses keadaan mereka sekarang.

" SEPATUTNYA AKU DAH ADA KAT BALI MENIKMATI PANTAI YANG CANTIK NIAN TAPI GARA-GARA KAU— " tambah chenle lagi. dia meluru ke arah sungchan yang masih rasa bersalah. mujurlah kun dan renjun menahan chenle yang nampak marah sekali.

" sabar semua sabar. ini bukan salah sesiapa. sekarang ni kita kena fikir macam mana nak keluar dari sekolah ni faham? " kata taeyong cuba menenangkan hati semua ahli squad 23.

" hei,rilek la. kita kan squad 23! the best among the best! we can do it! we can survive it! " johnny pula memberi kata semangat dan mengusap bahu sungchan perlahan. shotaro juga menghadiahkan senyuman buat rakan baiknya itu.

" makanan macam mana? nak delivery pun dah tak boleh ni sebab dah darurat! " soal xiaojun dan dipersetujui oleh 00600 yang lain. katanya kanak-kanak perlu makan dengan secukupnya.

mereka berfikir sejenak sebelum yangyang memetik jari dengan wajah yang ceria.

" kalau kena makan rumput,kita makan rumput! kalau kena makan ikan,kita makan ikan kolam kat taman sains! " ujarnya penuh bangga. dia memang dah lama perati ikan dalam kolam taman sains tu.

hendery menepuk bahu yangyang. " YANGYANG— "

yangyang mengangkat kening menunggu sambungan kata-kata hendery yang tergantung. " BIJAK EH KAU NI. OKAY CEPAT SIAPA NAK IKUT PANCING IKAN. " hendery tersenyum ceria sekali.

21 orang yang lain face palm beramai-ramai.

。°。°。°。°。°。°。°。°。°。°。°

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now