━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━
pagi itu,mesyuarat gempar tapi macam tak gempar sangat diadakan di tempat biasa iaitu dewan makan. mereka kini sedang bersantap enak nasi goreng cina yang dimasak chenle dan ditolongi ( sedikit ) oleh jisung.
selepas selesai makan,taeyong berdiri di depan semua orang di tempat tempoh hari dia berucap. fuh macam gaya abah tiap kali umum pkp ye.
di sebelahnya menempatkan senior-senior squad 23 yang mendada dengan penuh rasa kebanggaan dan sedikit berlagak.
taeil,johnny,yuta,ten,kun dan doyoung ada bersama-samanya di depan.
selesai memberikan salam,taeyong terus memberikan arahan yang dibacanya dari buku catatan senior paling nerd iaitu qayyum sepuluh.
" jaewinoren. korang ikut taeil cari racun serangga di stor kebun sekolah. "
" luhenxiaoyang. ikut doyoung cari makanan kat kantin. ambil seberapa banyak yang boleh. "
" jaesungletaro. ikut kun pergi bilik sakit. ambil semua first aid kit dan ubat-ubat. "
" yutensung dan aku,akan ikut johnny pergi bilik broadcast,warden dan bilik displin. " kata taeyong dan memandang ke arah squad 23 yang mengangguk faham.
matanya melirik ke arah mark yang merenung ke arah mereka dengan pandangan yang agak kecewa. dia juga ingin ikut serta,tapi dia tidak tega meninggalkan haechan yang masih lagi tidak sedar.
itu pun ditambah jungwoo yang terkena demam terkejut sejak malam semalam. dia kini terbaring di sebelah katil haechan. " takpe la mark. kau tolong jagakan haechan dan jungwoo. " yuta menepuk bahu mark,memberikan semangat ke arahnya. mark hanya tersenyum tawar dan mengangguk perlahan.
mereka semua bergerak mengikut ketua kumpulan masing-masing. kini tinggal mark yang menjaga dua orang rakannya itu.
dia kembali memandang ke arah haechan. " haechan. cepat la sedar. "
-
" aduh kat mana pula pak guard ni letak racun tu. " rungut renjun. jeno yang sedang memeriksa rak di sebelahnya menggeleng melihat telatah renjun yang cepat naik angin.
nasib comel kalau tak memang dah dihumbannya si renjun ni ke lubuk zombie sana.
" diam la jun. mulut ja lebih. tangan tak jalan sangat pun. " tegur winwin kepada si adiknya. selain kun,renjun juga merupakan sibling winwin. tapi yang ini memang sibling sejak azali la berbanding kun yang baru sahaja menjadi siblingnya selepas sahaja ayah mereka berkahwin dengan mama kun empat tahun lepas.
namun renjun terlebih dahulu memasuki sekolah tersebut pada tingkatan 1 manakala mereka pada tingkatan 4.
" haih mana la racun serangga ni? " ujar jaehyun pula. puas dia selongkar stor tersebut namun masih tidak ditemui.
" korang. " panggil taeil dan mereka berempat menoleh.
kelihatan taeil memegang sebakul racun serangga dengan wajah yang bangga. mereka tergamam dan menepuk tangan memuji kehebatan taeil mencari benda tersembunyi itu.
" jom balik kita dah jumpa- "
" nanti! "
renjun berdiri tegak bersama penyakar dan sabit rumput di kedua-dua tangannya. jeno juga menggalas mesin rumput berwarna oren dan minyak pelincir untuk mesin rumput.
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎
Science Fiction[ COMPLETED ] ❛ 23 pelajar lelaki sekolah menengah terperangkap di sekolah ketika zombie apocalypse melanda. ❜ [ ON-GOING ] ❛ 23 orang pelajar menjadi 23 orang pejuang dalam zombie apocalypse di dunia luar. ❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟏𝟎𝟏𝟐𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : sᴛᴀᴛᴜs...