22

1K 166 220
                                    

━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━

doyoung menunduk dengan wajah yang muram apabila dirinya diboo beramai-ramai. air matanya ditepis sebelum dapat disedari oleh si mereka 22 org yang lain. dia bangun dan berjalan ke sudut dorm dan menangisi kehidupannya di situ.

" now,what should we do? " soal yangyang.

" we do eat eat la. kenduri english apa ek? " kata hendery dan xiaojun cuba menggapai dictionary miliknya.

" ish kau ni baru je lepas makan. " kata jungwoo walaupun dalam hatinya dia juga memikirkan yang sama.

" okay semua. aku rasa kita kena ada plan untuk lindungi kawasan sekolah kita. " cadang taeil.

" macam mana? " tanya mark dengan penuh curious.

" firstly. kita kena singkirkan zombie yang ada kat padang tu. caranya— " ayat johnny tergantung di situ.


" kita terpaksa bunuh dia. "

mereka gasp beramai-ramai.

" b-biar betul? "

" kita masih bawah umur guys. "

" right. aku pun tak sanggup sebenarnya nak bunuh zombie tu. dorang pun makhluk hidup ciptaan tuhan. "

" sedangkan terpijak rama-rama pun win dah menangis sambil kuburkan rama-rama tu. apatah lagi zombie yang macam manusia. "

" um tak masuk penjara ke? "

johnny mengeluh.

dia meletakkan tangan di atas meja dan memandang tajam ke arah semua mata yang memandangnya.

" kita terpaksa membunuh. atau tak. kita yang dibunuh. "

dan kata putus dibuat walaupun squad 23 berberat hati bahawa mereka akan membunuh zombie itu pada pagi esok.

-

pagi itu,seramai 18 orang berjalan ke arah padang dengan wajah yang penuh kerisauan. kelihatan mereka nervous sekali. rifle berwarna hitam likat dibawa johnny yang menuju ke padang tanpa rasa gentar. di pinggangnya disangkut peluru-peluru sebagai back up jika ada zombie yang lebih dari sepatutnya.

di sebelahnya ten yang membetulkan cermin mata bulatnya sambil membawa spray racun serangga. ten memakai helmet yang dijumpainya di dalam bilik mummy rosmah semalam dan mask penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.

taeyong juga maju ke hadapan. dia memakai bandana di kepala dan diikat ala ala lanun paling handsome dalam dunia. ( boleh refer era make a wish ye )

dan orang terakhir yang berada di barisan hadapan ialah yusuf nakamoto. dia dalam diam tersenyum nakal sambil membawa pedang samurai yang disandarkan di bahu apabila berjalan dengan mafia-style. rambut panjangnya diikat ponytail kecil membuatkan dirinya kelihatan lebih kemas dan bersedia untuk bertindak.

jeno lucas chenle dan jaehyun ditugaskan berada di barisan belakang sekali. mereka bertiga termasuk chenle yang comel itu membawa alat mempertahankan diri.

jaehyun dan lucas masing masing membawa senjata api seperti pistol dan senapang patah. mereka juga sama-sama kelihatan berani seperti abang-abang senior barisan hadapan.

jeno setia dengan mesin rumputnya. dia smirk ke arah chenle yang memakai headphone dan menyelaraskan senapang yang dibawanya. sebagai seorang yang sejak kecil dilatih menembak,chenle amat mahir dalam aktiviti itu.

winwin, mark, haechan dan yangyang yang berada di sisi kumpulan itu pula menjadi archery. bukan kaleng kaleng ye dorang sempat lagi ' pinjam ' dari stor sukan. pemanah yang berempat itu menjaga kumpulan dari tepi.

kun,taeil,doyoung dan jungwoo mengetuai ahli yang berbaki di asrama. mereka menjadi ahli backup dan mengawasi perkarangan asrama. kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, mereka akan mengambil tindakan dengan rotan yang dipegang di tangan masing-masing.

yang lain hanya menjadi penonton siaran lansung johnny menembak zombie itu. jisung dan renjun dipaksa oleh hendery dan xiaojun untuk ikut menjadi cheerleaders johnny dan rakan-rakan mereka yang lain.

" nasib baik hampa tua setahun ja dari aku. kalau tak,memang tak la aku nak pegang pompom ni semua. " keluh si renjun sambil mengibaskan pompom berwarna biru tua di lehernya yang berpeluh. jisung masih lagi menyelidik pompom tersebut dengan penuh rasa kagum.

pestaim pegang katanya.

hendery dan xiaojun hanya menghiraukan si kecil renjun. mereka setia memberi semangat kepada semua frontliners di situ.

semakin mereka mendekat,semakin debaran terasa.

semakin mereka mendekat,semakin jelas susuk tubuh makhluk itu kelihatan.

sebaik sahaja berada 10 meter dari zombie itu ( sop ) mereka mula bersiap siaga. senapang masing-masing dilaraskan kerana senjata yang lain hanya berguna untuk jarak dekat.

tiba-tiba zombie yang paling dekat dengan mereka rebah ke bumi. dan diikuti oleh zombie-zombie yang lain. terjerit taeyong dengan penuh angelic.

selepas beberapa minit,7 zombie tersebut masih tertiarap di atas rumput.

" d-dah mati kot. " ujar jisung sambil memeluk bahu winwin di tepinya. winwin yang sebenarnya baru nak peluk bahu jisung tapi jisung terlebih dahulu memeluk bahunya maka cuba berlagak cool di hadapan adik juniornya itu. dia tidak mahu dilabel senior pengecut.

winwin berdehem. " ehem rasanya macam mati kering je. dah 3 hari 2 malam tak makan. " dia mengusha lagi zombie-zombie yang berbaring.

" weh apasal muka zombie tu macam— "

" budak kadet peluru?! "

budak kadet peluru ialah musuh abadi squad 23. mereka ialah pelajar dari sekolah menengah kebangsaan arau yang lebih 18 kilometer dari sekolah mereka. jauh benor dorang datang.

" eh si juon tu yang makan minah rupanya! " kata haechan dengan penuh rasa geram. dia memerhati sebelah wajah juon yang dikatakan itu.

wajahnya yang kalis dosa dan babyface itu kelihatan amat pure. dia sepertinya bukan zombie yang mengerikan yang pernah 00600 lihat dulu.

" d-dorang berubah muka bila siang? " kata yangyang membuat spekulasi. dia menggeleng perlahan.

johnny bersuara.

" aku tak sangka dorang manusia biasa. "

" mungkin dorang kena jangkitan zombie yang merebak tu. "

" itu la abah dah kata pakai mask,jaga sop. degil. "

" budak kadet peluru kan memang nakal. "

kalini xiaojun yang berdendam lama dengan si jimeng berjalan ke arahnya dengan pompom di tangan. wajahnya penuh dendam.

" disebabkan kau lah,aku dibuli sampai 3 tahun berturut-turut. " tutur xiaojun.

matanya berapi-rapi mengingatkan kisah lalu melihat muka jimeng yang bertompok darah.

" xiaojun tu kan? "

" dia kan yang cirit masa nyanyi lagu misha omar? "

" boo budak cirit! "

" memalukan nama sekolah je. "

xiaojun hanya sabar dengan kata-kata sinis yang dilemparkan. ini semua gara-gara jimeng. jimeng yang tersenyum manis memberikan air sirap berwarna oren yang difikirnya ingin menjalinkan persahabatan.

dia ingat lagi gara-gara jimeng,hendery dan yangyang juga dibuli apabila bersahabat dengannya.

dengan penuh rasa benci dia mengangkat senjata di tangan setinggi yang boleh.

" mati kau mati kau! " jeritnya geram dan memukul pompom di muka jimeng.

walaupun dia benci, jimeng masih lagi manusia dan rakan sebayanya. dia tidak mungkin mampu menyakiti jimeng.

dalam memukul jimeng untuk memuaskan hatinya yang luka,hendery tampil menyabarkannya.

" dah la jun. dia pun dah terima akibatnya. "

━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now