▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼
setelah selesai membelasah sungchan beramai-ramai,squad 23 kembali ke asrama bersama. kedengaran suara dan ketawa kecil dari mereka memecahkan kesunyian sekolah menengah lelaki arau yang sudah tidak berpenghuni.
" Allah. "
johnny mengucap. mereka yang berjalan di belakangnya pun gasp beramai-ramai. kelihatan pagar yang tadi terbuka luas telah ditutup dan dikunci rapat.
" PAGAR KUNCI! "
" MAKK CHEQ NAK BALIK! "
" WEH APA KITA NAK BUAT NI. "
" HUWAA BAJU ADA KAT DALAM ASRAMA MACAM MANA NI. "
" bertenang semua. apa kata kita tunggu. rasanya pak guard ni tengah bertukar syif. nanti pak guard datang kita suruh dia bukakan. " jungwoo menyuruh mereka bersabar dan bawa bertenang. mereka yang tengah berlari ke sana ke sini dengan muka gelabah biawak terpegun dengan kata-kata jungwoo.
" eh ye tak ye jugak. "
jungwoo berbangga apabila cadangannya disetujui oleh ahli squad 23 yang lain.
jungwoo atau nama sebenarnya mohammad adam wahu merupakan pelajar tingkatan 5 yang paling pelik dalam sekolah menengah lelaki arau. dia punya pelik tu,lagi pelik dari jaemin yang sepelik-pelik manusia.
tapi takpe dia comel kita biar je dia selesa dengan habitat dia.
jungwoo memegang jawatan pengawas koperasi sekolah dan pengerusi kelab pbsm. jungwoo yang selalu menjaga koperasi sekolah pada waktu rehat tidak mensia-siakan kesempatan yang ada untuk dia cilok snek-snek dan air kotak yang dijual di koperasi.
sambil dia jual sambil dia kunyah makanan yang ada. justeru,keuntungan dan jualan koperasi sekolah menengah lelaki arau merosot saban tahun.
cikgu nak marah tapi dia akan buat ayat sedih dengan permulaan ayatnya " hiks dulu mak saya dera saya uwu. saya dibiarkan kebulur selama saya darjah 3 uwu. sebabtu la sekarang saya tak boleh berhenti kawal nafsu tengok makanan uwu. cikgu tak kesian ke kat saya uwu? "
kalau la si mak jungwoo dengar ni mampus jungwoo kena sumpah jadi tanggang 2.0. apa pun cikgu hanya redhakan sahaja jungwoo ambil makanan kat koperasi dengan menarik elaun setiap tahunnya yang tak pernah jungwoo tahu dia ada elaun untuk jaga koperasi.
" bang jungwoo ni memang mastermind lah! "
" engko tu yang pikir pakai lutut. " bidas ten kepada renjun yang baru kelihatan teruja dengan idea genius jungwoo.
air muka renjun berubah secara drastik. lalu dia memalingkan muka ke arah ten yang smirk mengajak si kecil injun bergaduh.
" i'm sixteen years old! u fite me? "
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎
Science Fiction[ COMPLETED ] ❛ 23 pelajar lelaki sekolah menengah terperangkap di sekolah ketika zombie apocalypse melanda. ❜ [ ON-GOING ] ❛ 23 orang pelajar menjadi 23 orang pejuang dalam zombie apocalypse di dunia luar. ❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟏𝟎𝟏𝟐𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : sᴛᴀᴛᴜs...