08

1.3K 195 177
                                    

▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼

" eh apa korang buat kat sini? "

emir aldric bin thariq,lelaki berusia 16 tahun yang tak pernah lekang dengan prank dan idea gila-gila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


emir aldric bin thariq,lelaki berusia 16 tahun yang tak pernah lekang dengan prank dan idea gila-gila. walaupun perangai macam shyton sikit, yangyang ialah anak warden asrama di sekolah menengah lelaki arau.

yangyang memegang jawatan sebagai pembimbing rakan sebaya dan pengerusi kelab muzik sekolah. dia yang juga athlete lompat jauh dan lari pecut telah banyak mengharumkan nama sekolah dengan talentnya.

namun begitu,dia tetap saja seorang yang nakal ( hasil bimbingan haechan ). selalu kedengaran suara cg maimunah memarahinya dari bilik guru bergema ketika dia curi-curi petik cili dan ulam-ulam di taman sains. malah buah pelam yang masak ranum di belakang sekolah juga menjadi rezeki emir.

sekarang,sejak kolam taman sains di renovate,yangyang tengah keep an eye on ikan-ikan puyu dan koi di dalam kolam tersebut. setiap kali rehat dia akan renung ikan-ikan di kolam tu sambil sengih sengih jahat.

seram jugak la ikan tu tengok dia.

" kau tahu tak sekarang dah pukul berapa? " soal taeyong tegas.

yangyang menelan air liur dan mengelipkan matanya beberapa kali. dia memandang member squad mereka yang lain yang sama-sama berwajah serius.

alamak,masalah besar ni.

tangannya lekas menggoyangkan bahu haechan dan jaemin. jaemin mengeliat lalu bangun perlahan sambil menggosokkan matanya. " weh! bangun weh! " haechan mempunyai reaksi yang sama dengan yangyang tadi. " ish,asal kau ni? " soalnya malas.

" dah pukul 6 haechan! "

" HAH APA?! "

naufal bangun dari tidur dengan mata yang membulat. dia lekas memandang ke kiri dan ke kanan agak aneh melihat squadnya berkumpul mengelilingi mereka.

tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat sehinggakan dia terbaring semula ke atas lantai. haechan yang terkejut tercekik apabila lehernya yang dirangkul susah nak bernafas tambahan lagi tubuhnya ditindih makhluk bernama mark.

" haechan! mati-mati aku ingat kau dah kena ngap dengan biawak longkang sekolah. " teriak mark dengan air mata yang bergelinang. apa benda la si mark ni pikir sampai ke situ.

apa dia ingat biawak takde taste ke nak bedal orang yang perangai macam haechan?

" w-woi takleh napas ni woi! " kata haechan tersekat-sekat. apakah mungkin dia akan dijemput ilahi kerana ditindih mark. oh no,haechan masih bujang dia taknak mati sebelum kahwin. berontak hati kecil haechan.

mark yang baru perasan akan kesusahan yang dihadapi haechan bangun dan mengesat air matanya. dia menolong haechan bangun dan mengusap belakangnya yang terbatuk-batuk.

" kenapa korang ada kat sini lagi? tak balik ke? " soal jaemin pelik.

nazmi azman,seorang pelajar yang berdedikasi,bijaksana,sopan santun dan bakal pelajar contoh 2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

nazmi azman,seorang pelajar yang berdedikasi,bijaksana,sopan santun dan bakal pelajar contoh 2020. namun semua itu hanya lah dihadapan kamera dan guru-guru.

ingat lagi ketika majlis sambutan hari kemerdekaan berlansung,sewaktu semua orang selesai menyanyikan lagu negaraku,tiba-tiba lagu i can't stop me can't stop me uwo uwo dari kumpulan dua kali diputar.

semuanya gara-gara na jaemin.

selain itu,air yang diagih kepada atlet-atlet sekolah lain telah dicampur wasabi dan budu sehinggakan hampir semua atlet sekolah lain sakit perut sewaktu sekolah menengah lelaki arau menjadi tuan rumah hari sukan. makanya,banyak atlet sekolah menengah lelaki arau yang menang disebabkan atlet sekolah lain tarik diri.

walaupun jaemin dimarahi,dia tetap dipuji secara diam-diam oleh pengetua kerana berjaya menjadikan sekolah mereka sebagai johan tahun itu.

" EH TAK JADI OUTING KE? "

" KAU JANGAN. AKU DAH KEMAS BEG. "

" WEH DAH LAMBAT JOM BALIK. "

" korang tau tak sebab korang la kitaorang tak balik lagi! " marah doyoung sambil cuba disabarkan oleh jeno.

mereka bertiga yang baru berlari ke pintu menoleh dan menunding jari ke arah masing-masing dengan wajah tak percaya. " kami? kenapa pulak? " kata mereka serentak.

doyoung membuka langkah nak mencakar si muka tiga orang itu. haechan yang triggered pun cuba nak jalan ke arah doyoung. " pegang aku pegang! " kata haechan kepada jaemin dan yangyang.

manakala doyoung pula ditahan oleh johnny yang tergelak dan ten yang takut doyoung tercakar dia pulak.

" kitaorang cari korang nak dekat 3 jam tau. korang hilang tiba-tiba je. nangis renjun tadi. " taeil bersuara. sempat dia membabitkan si kecil renjun.

" eh apa injun pulak! "

jaemin tersoft hatinya walaupun kata-kata taeil tadi tipu belaka. yang nangisnya si chenle,tak boleh balik dari tadi. dia meluru ke arah renjun lalu pipi renjun dicubit geram.

 dia meluru ke arah renjun lalu pipi renjun dicubit geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" alolo takut nana hilang eh alolo ciannye dia. " coos jaemin,sempat bergelut dengan renjun yang cuba nak larikan diri dari dia.

" eh kitaorang dah bagitahu sungchan dengan shotaro dah tadi. " kata yangyang dengan mata yang bersinar kejujuran. haechan mengangguk.

" haah,time terserempak kat bilik mandi tadi dah bagitau nak buat sijil kem tahun lepas kat bilik kaunseling. "

lalu semua mata memandang ke arah dua budak yang berdiri di sudut bilik kaunseling. kelihatan sungchan membongkokkan diri menyorok di belakang shotaro. shotaro pula hanya terkebil-kebil tak faham.

" SUNGCHAN! "

" y-ya? " tergagap-gagap sungchan. dia berdehem lalu berdiri tegak sambil memegang bahu shotaro.

" ehem. s-sungchan terlupa. yangyang cakap tadi baru ingat.. " kata-katanya meleret habis di situ.

squad 23 hilang kata-kata. lalu kedengaran jaehyun menggepal penumbuknya.

taeyong menghela nafas. dia memeluk tubuh dan berjalan ke tepi,memberi laluan kepada ahli squad 23 menyerang si sungchan.

" okay uruskan dia. "

" MAKK AMPUNKAN SUNGCHAN MAK! "

▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now