17

997 155 152
                                    

✩。:*•.─────  ❁ ❁  ─────.•*:。✩

" eh itu kan si minah,kambing pak mat! "

mbekk!

haechan mendekati kambing putih yang berjalan ke arah mereka comel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

haechan mendekati kambing putih yang berjalan ke arah mereka comel. kambing tersebut mengembek lagi apabila haechan mengusap kepalanya. " minah! lama tak jumpa kau,sis! pekabo? "

renjun dan yangyang buat muka bosan kepada jaemin yang mula merasa lega. jaemin landing ke atas tanah dan tergelak kecil. " sorry la geng. aku terbawa-bawa nampak zombie haritu. "

renjun menggeleng lalu dia melihat semula ke arah haechan yang masih berbual dengan minah,si kambing pak mat kepunyaan kebun pisang itu. " dah beranak lima?! sampai hati kau tak jemput aku tengok anak kau! dahla,kita putus kawan! " rajuk haechan.

dan seperti memahaminya,kambing tersebut blah ke tempat yang dia datang tadi tanpa menghiraukan haechan yang memanggilnya. yangyang melambai ke arah kambing tersebut.

" bye minah,jalan elok-elok! "

mereka berempat memulakan perjalan selesai membaca bismillah. selepas melalui kebun pisang tersebut,baru lah mereka bertemu dengan jalan raya yang selalunya menjadi tempat pasar malam dibuka.

" eh sunyi betul jalan tu eh. kalau tak,dari sini dah dengar kereta motor lalu. " yangyang bersuara.

" nama pun lockdown kau ni halamak. "

" eh haah lah terlupa! "

mereka kini tiba di sebelah bahu jalan tersebut. haechan sebagai ketua berjalan terlebih dahulu dan memandang ke kiri dan ke kanan. yangyang yang mengekorinya di belakang pun sama.

jaemin memeluk tubuh. " tiba-tiba aku rasa meremang bila jalan sunyi macam ni. " renjun mengangguk setuju. selepas lebih beberapa minit berdiri merenung ke arah jalan yang sunyi dan berkabus,yangyang bersuara.

" weh jom la balik. takde apa pun yang menarik kat sini. " katanya dengan nada hampa.

mereka mengangguk setuju dan berjalan masuk semula ke dalam kebun pisang itu.

" aku laparlah. eh malam ni kau rasa abang kun yang masak ke abang doyoung? "

" bang doyoung kot. tengahari tadi kun dah masakkan. "

" tapi bang doyoung tu kedekut garam la. tawar! "

" kalau chenle masak nasi goreng cina dia pun sedap jugak. "

mereka berbual tentang menu yang akan dinikmati malam nanti dan berjalan sampai ke tembok.

kali ini mereka berempat panjat serentak dan duduk di atas tembok sambil memandang ke arah kebun pisang buat kali terakhir. jeno yang tengah tunggu di bawah pokok terpinga-pinga dengan kesenduan yang hadir.

sebelum mereka mendarat semula ke dalam kawasan sekolah,suara minah yang familiar kembali kedengaran membuatkan mereka menunggu minah muncul untuk mengucapkan selamat tinggal.

haechan tersenyum ceria. " minah!- "

zzap!

mereka berempat tergamam apabila muncul satu makhluk berwajah mengerikan dari kegelapan dan meragut kambing putih tersebut dalam sekelip mata.

minah mengembek bagaikan meminta tolong apabila bulu putihnya mula dikotori darah. makhluk tersebut mengeluarkan suara yang gelojoh dan meratah tubuh minah di hadapan mereka berempat.

mereka cuba untuk senyap seboleh yang mungkin sehinggakan bunyi angin pun boleh didengari. makhluk tersebut tiba-tiba menjerit dan kedengaran derapan kaki mendekatinya dan bangkai minah.

terbeliak mata mereka berempat apabila lebih tujuh ekor makhluk itu datang ke arah makhluk yang menjerit tadi. lalu mereka bersama-sama meratah minah.

renjun,jaemin dan yangyang cepat-cepat melompat ke dalam sekolah. " haechan! turun cepat! " ujar renjun sebaik sahaja dia tersedar yang haechan masih membeku di atas tembok.

haechan kembali tersedar dan dia terketar-ketar turun secara senyap-senyap. dan perkara terakhir yang dia lihat sebelum kakinya ditarik oleh yangyang di bawah ialah

makhluk-makhluk itu menoleh ke arahnya dengan wajah yang menyeringai.

✩。:*•.─────  ❁ ❁  ─────.•*:。✩

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now