" sorry la jun~ please please~ "
lelaki bertubuh sasa itu memujuk rayu rakannya yang terbaring lemah di atas katil. renjun menepis tangan jeno yang menyentuh bahunya lembut.
" taknak! kau jangan cakap dengan aku. mulai harini, kita putus kawan! " balasnya lalu memalingkan tubuh dari menghadap wajah jeno yang dibenci.
oh tuhan betapa ingin dia menumbuk jeno seperti mana jeno menumbuknya tadi. gegham je renjun.
perlahan jeno bergumam. " ala takkan sebab tu je kau nak putuskan persahabatan kita- "
kata-katanya itu didengari dengan jelas sekali oleh telinga lintah injun. dia yang tadi kelihatan nazak sekali bangun dengan mata yang membulat.
" SEBAB TU JE KAU CAKAP? GIGI AKU RONGAK TAU TAK. " marahnya dan menundingkan jari di gigi depannya yang elok terletak di atas bantal dia tidur tadi.
belum sempat jeno bersuara, jaemin datang memeluk renjun dengan wajah yang mengejek jeno.
" dahla injun, jangan kawan dengan jeno dah. injun dengan nana je. nana kan tak tumbuk injun. alololo siannya injun sayang nana ni. " pujuknya lalu mengelus-ngelus rambut yang paling kecil di antara mereka bertiga tanpa menghiraukan jeno yang cuba join abang doyoungnya menangis di sudut bilik.
dalam menangisi kehidupannya yang dipalau renjun dan jaemin serta diejek haechan ' buuu kesian takde kawan! ' , jeno mula mengingati peristiwa di mana kali pertama mereka berdua bertemu injun.
ehem ceritanya bermula di saat-
" papa nak kamu ambil alih syarikat papa! "
" tapi pa- "
" tak ade tapi-tapi! papa dah tua kerepot, tak bertenaga, tak waras dan macam macam tak lagi! jadi, kamu wajib ambil alih syarikat megah trading ini, faham?! "
" ha pa! minum ni! "
guluk-guluk!
si papa bertukar menjadi seorang pemuda yang hot.
" eh air apa ni? "
" ini lah jus nusantara! jus yang mengandungi 1001 herba yang berkualiti- "
eh bukan yang itu.
ceritanya bermula di saat mereka memasuki sekolah menengah lelaki arau ketika tingkatan 2.
ya, mereka itu ialah jeno dan jaemin.
walaupun nampak dua orang ni tak berapa rapat sangat, tapi mereka antara soulmate yang berjaya yang dikenal ramai di sekolah.
mana taknya, sejak azali, sejak dalam perut mak lagi dorang dah berkawan ( jaemin kata ) lalu mereka berbff dari tadika kemas sehinggalah upsr. dapat result pun sama 4A1D. cer teka D tu subjek apa? siapa betul jaemin bagi seghsi sekali.
lepastu masuk form 1 dorang berlainan sekolah. kemudian, ketika awal tahun tingkatan 2 mereka berpakat untuk pindah sekolah yang sama kerana saling merindui.
selalu orang cakap, ' kira duduk bawah ketiak mak je engkau ni. ' tapi sekarang kita cakap ' kira duduk bawah ketiak jeno je jaemin ni. '
namun perangai soulmate mereka berubah saat melihat si renjun yang menawan buat pertama kali di depan pagar yang ditutup rapat pada pukul 8.13 minit pagi.
" hampa ingat sekolah ni mak bapak hampa punya ka syok syok mai lewat. " leter si renjun yang ketika itu menjadi pengawas percubaan. nomin yang baru datang nak mendaftar pun terpaksa redha nama mereka diambil si pengawas cilik.
lalu datang seorang cikgu praktikal bernama cg manja yang datang pukul 8.15 pagi namun disambut baik dan mesra sekali oleh renjun.
" eh takpa cikgu. kesiannya cikgu panas panas, cikgu nak renjun tolong kipas ka? " soal renjun dengan gaya nak memikat. cis ada hati nak ngorat cikgu praktikal walaupun masih tingkatan dua.
tambah pulak cg manja memang cantik dan manja, renjun semakin naik daun sehingga melupakan nomin yang ternganga dengan ketidakadilan zafri seorang itu.
memang satu contoh yang berkesan untuk menggambarkan beauty privilege.
lalu mereka berdua si nomin mula merancang untuk mengenakan renjun yang biased dengan orang yang lawa. nomin memulakan plan mengenakan injun dengan menjadi pengawas percubaan bersama-sama.
diaorang pun membuli renjun dengan melemparkan segala tugas round bangunan, jaga pagar sekolah, bagi makan kucing pengetua dan jahit alas meja perpustakaan kepada si cilik renjun.
mulanya renjun bersabar dan hanya merelakan dirinya dibuli secara berterusan oleh nomin disebabkan yelah dorang dua, renjun satu. mana aci.
namun kesabaran renjun menipis saat mereka mula menggunakan sikat rambutnya tanpa mengaku.
terus pergaduhan disebabkan sikat terjadi secara besar-besaran dan pengetua hanya bersandar di kerusi batu dan menepuk tangan bangga dengan bakat renjun mencakar dua orang pelajar barunya itu.
selepas itu mereka bertiga dibuang dari menjadi pengawas percubaan. namun entah macam mana jaemin boleh tersangkut jadi pembimbing rakan sebaya.
kemudiannya, eh malas pulak nak cerita. ha lepastu dorang berbaik ketika detention bersama lepastu dorang pun rapat lepastu jaemin mula menyayangi renjun macam barbie doll lepastu jeno taknak kehilangan bff dan bff barunya lepastu jaemin taknak share renjun dengan jeno lepastu jaemin melancarkan perang dengan diam diam merebut renjun setiap kali jeno fite fite dengan renjun.
tamat-
" ALERT! ALERT! "
jeno yang terbuai dengan memori penuh suka dan duka itu tersedar sebaik sahaja jeritan penuh artistik milik xiaojun kedengaran di telinganya.
si penyambung legasi mariah carey itu kelihatan gelabah sekali, dia kini sedang berdiri di depan pintu sambil ditemani hendery.
" apahal ni bang dejun? " soal chenle yang tadi sedang wrestling si jisung sambil disorak haechan dan dirakam oleh mark.
mereka yang lain pun memberikan perhatian kepada xiaojun dan hendery yang termengah-mengah.
" EMERGENCY CALL! "
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎
Science Fiction[ COMPLETED ] ❛ 23 pelajar lelaki sekolah menengah terperangkap di sekolah ketika zombie apocalypse melanda. ❜ [ ON-GOING ] ❛ 23 orang pelajar menjadi 23 orang pejuang dalam zombie apocalypse di dunia luar. ❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟏𝟎𝟏𝟐𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : sᴛᴀᴛᴜs...