32

711 134 42
                                    

" NI SUNGCHAN ABANG SUNGCHAN! "

doyoung menepis tangan yang cuba menarik bahunya. dia terus berlari sambil memejamkan mata. bibirnya tak henti-henti menyebut nama Allah. ketakutannya menguasai diri.

selepas keberanian menjelma, doyoung dapat roast si zombie dengan begitu yakin. " KAU HAH JANGAN TIPU AKU! NAK MENYAMAR HAH JADI SUNGCHAN PULAK YE! " jeritnya termengah-mengah.

" BACAKAN RUQYAH JE DOYOUNG. BIAR TERBAKAR ZOMBIE TU. " ujar ten dari hadapan memberikan idea kepada si doyoung.

mungkinlah zombie tu boleh dibakar ye tak.

" bismillah—AAAA DIA PEGANG BAHU AKU LAGI! " teriak doyoung lagi dengan wajah menjijikkan. namun kalini dia tidak sempat menepis. doyoung terdorong ke belakang dan wajah hensem sungchan terpapar di hadapannya.

" ABANG NI SUNGCHAN! " hambur sungchan agak stress dengan si doyoung yang negatif. sampai hati bang iman nafiq tak cam suaranya yang merdu ni.

 sampai hati bang iman nafiq tak cam suaranya yang merdu ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" nasib baik. " doyoung meghembus nafas lega.

kelihatan ahli squad yang sepatutnya bergerak dan menaiki tangga di bahagian kiri blok sedang tersipu-sipu memandang mereka.

"KENAPA KORANG IKUT KITAORANG PULAK. "

" KITAORANG TAKUT. "

taeil menggeleng. nasib mereka telah pun tiba di hadapan bilik squad 23 yang rasmi sejak 1980 gitu. kun sebagai pemegang kunci bilik mereka cepat menggapai kunci yang diletakkan di bawah pasu sebelah pintu.

apabila mereka masuk ke dalam bilik kelab squad 23, kedengaran suara sseuka-sseuka bergema, menandakan zombie-zombie tersebut dah dekat.

" dorang makin dekat. macam mana ni? " soal winwin sambil memandang segenap bilik yang seminggu tidak dijejaki. bilik tersebut kekal sebagaimana mereka meninggalkannya hari jumaat yang lepas.

guruh dan petir berdentuman. hari beransur gelap membuatkan mereka bergelap di dalam bilik kerana mereka tidak dibenarkan membuka lampu kerana khawatir ia akan menarik perhatian zombie.

zombie-zombie tersebut diperhatikan jaewin melalui tingkap bilik mereka. kelihatan segerombolan besar zombie itu sedang memeriksa setiap kelas dan bilik di tingkat mereka.

renjun yang berhimpit di antara jisung dan chenle itu memberikan cadangan. " renjun tau! kita menyorok atas syiling! " katanya penuh yakin.

chenji yang mengapitnya merasakan ideanya boleh diguna pakai lalu mereka mengangguk setuju.

" tapi kotor— "

" KALAU ADA TIKUS MACAM MANA? " kata xiaojun merasa geli apabila membayangkan bangkai tikus memenuhi segenap syiling mereka.

kedengaran gasp dari orang-orang pembersih.

" ala tikus takpe lagi— KALAU ADA LIPAS TERBANG MACAM MANA? " ujar hendery dengan mata membulat.

kalini lebih ramai yang gasp dari tadi diketuai bang yuta yang sememangnya membenci serangga sejak azali.

" lipas terbang tu kecik je— KALAU ADA ULAR SAWA MACAM MANA? "

dan juara gasp beramai-ramai jatuh kepada yangyang liu anak mummy rosnah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

dan juara gasp beramai-ramai jatuh kepada yangyang liu anak mummy rosnah. namun kata-kata yangyang itu berjaya menimbulkan kegelisahan kepada anak-anak muda tersebut.

namun taeyong terpaksa membuat keputusan.

" nak tak nak, kita kena jugak panjat syiling dan menyorok kat situ sampai zombie tu blah sebab kat sini dah tak ada tempat menyorok. " tegas taeyong.

" ala korang lek-lek dah la. kalau ada ular, kita karate kid kan aje ular tu! " ujar lucas pula cuba memberikan semangat kepada rakan-rakannya yang berwajah pucat.

kerana mengenangkan zombie yang semakin mendekati, mereka terpaksa bersetuju.

" ha cepat susun meja tu! "

" ay ay kapten! "

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now