▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼
" bang taeyong! "
taeyong yang sedang melipat pakaian untuk dimasukkan ke dalam beg balik kampung tersentak sekaligus memandang ke arah pintu dorm. kelihatan seorang pelajar lelaki yang juga ahli squadnya termengah-mengah di pintu.
renjun ataupun nama penuhnya rizqi zafri merupakan adik kandung winwin,rizqi yusri. dia merupakan pelajar aliran sains bersama 5 orang lagi squad 23.
renjun juga seorang pengawas sekolah dan pengerusi kelab drama sekolah. renjun merupakan seorang pelakon teater kanak-kanak ketika usianya mencecah 12 tahun. apabila kanak-kanak seusia renjun membaca buku dan membuat revision untuk upsr,renjun pula menghafal skrip eomeonie eomeoni nya.
selain itu,beliau yang sesuai dengan peribahasa kecil-kecil cili padi juga mempunyai anger issue yang sangat teruk. hanya seorang sahaja yang mampu menyejukkan hati si kecil renjun tatkala dia melemparkan tantrum iaitu jeno.
jeno di belakangnya yang baru sahaja tiba juga sedang termengah-mengah. mukanya nampak risau sama juga dengan renjun.
ian haziq, remaja tinggi dan bertubuh sasa itu merupakan salah seorang rakan sekelas dan rakan baik renjun. dia merupakan ketua pemain ragbi sekolah. jeno juga menjadi salah seorang ahli kelab drama sebab dipujuk rayu oleh renjun.
tapi semua tu tak penting sekarang.
" korang kenapa ni? " soal doyoung yang sedang mengemas katilnya. tiba-tiba sahaja adik sepupunya dan juga renjun datang tanpa memberi salam dengan wajah yang tak dapat ditafsir.
" group 00600 hilang! "
-
berita itu menggemparkan satu squad. squad 23 dipanggil untuk berkumpul di dataran asrama manakala pelajar-pelajar yang lain beransur pulang ke rumah.
jungwoo melihat ke arah pelajar yang melambai kepadanya dan mengeluh perlahan. dia nak balik jugak! namun kehilangan group 00600 itu lebih penting tatkala ini. yuta disebelahnya dipeluk.
" uwu nak balik. "
" rilek jungwoo. aku pun nak balik. " kata yuta memahami si jungwoo. dia mengusap kepala jungwoo yang diletakkan di atas bahunya. sebelah lagi tangannya menepuk bahu mark.
mark hanya membalas senyuman simpati yuta dan kembali termenung. mark risau akan si wan naufal bin wan aziz yang sama-sama hilang dengan group 00600 yang lain.
" haih,mana la haechan ni pergi. " keluhnya.
muhammad mark taha bin abdullah lee merupakan penolong ketua pengawas dan mc bagi setiap majlis keraian di sekolah. sebagai seseorang yang jiwang dan suka ketawa tak tentu hala,mark merasa kehilangan apabila si haechan hilang entah ke mana.
haechan,wan naufal bin wan aziz merangkap childhood friendnya merupakan seorang pelajar yang agak nakal. berbanding mark,dia lebih aktif dalam kelab nasyid dan kuoir. surprisingly,haechan merangkul jawatan sebagai pembimbing rakan sebaya bersama jaemin dan yangyang.
haechan yang nakal selalu sahaja membuat masalah di sekolah walaupun kat kampung alimnya lebih alim dari pak imam. tak dapat dikira dengan jari berapa kali mark jumpa dia menyorok di tempat wuduk ketika kelas addmath cg aminah sedang berlansung.
dan tak dapat dikira dengan jari juga berapa kali haechan ajak 00600 fly ke pasar malam yang dibuka setiap hari rabu di sebelah sekolah.
mark selalu nasihatkan dia tapi dia cuma " yelah ummi. " perlinya kepada mark sebelum berlalu pergi.
" jumpa tak? " kun menyoal taeyong yang baru sahaja pulang dari mencari 00600 bersama jaehyun. taeyong menggeleng dan memeluk tubuh.
" pergi mana la budak budak ni. " gumam taeyong perlahan.
kemudian muncul pula taeil,jeno dan renjun yang juga berwajah kecewa. mereka sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberi taeil,jeno dan renjun.
" bang! " suara xiaojun terdengar dari kejauhan. dia melambai dari bilik kaunseling menyuruh mereka datang ke situ.
chenle dan jisung kelihatan berada di situ juga dengan sengihan. mereka yang berbaki di dataran asrama bergegas ke bilik kaunseling di tingkat tiga blok D sekolah.
sebaik sahaja mereka menghilangkan diri,asrama menjadi sunyi dan kedengaran motor kapcai milik pak guard mengaum lalu hilang lah ia selepas pagar ditutup rapat dan dikunci.
▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎
Science Fiction[ COMPLETED ] ❛ 23 pelajar lelaki sekolah menengah terperangkap di sekolah ketika zombie apocalypse melanda. ❜ [ ON-GOING ] ❛ 23 orang pelajar menjadi 23 orang pejuang dalam zombie apocalypse di dunia luar. ❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟏𝟎𝟏𝟐𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : sᴛᴀᴛᴜs...