the real survivors are
the ones who played
plant vs zombie
before.●・○・●・○・●・○・●・○・●
" mummy rosmah pergi jepun lama lagi ke? " soal chenle kepada yangyang yang sedang enak berbaring di sebelahnya. mummy rosmah ialah warden asrama dan juga merangkap mamanya yangyang.
mummy rosmah yang sepatutnya menjaga mereka dan memastikan mereka balik dengan selamat jumaat lepas telah dihantar secara paksaan oleh pengetua ke jepun pada pagi jumaat yang syahdu. katanya ada kursus cikgu cemerlang.
mummy rosmah yang berat hati nak tinggalkan anak-anak pelajar sekolah menengah lelaki arau tu dah berjanji akan balik dua minggu lagi. yangyang diberi tanggungjawab untuk pastikan semua pelajar balik sebelum pukul 6 namun lihat lah di mana yangyang sekarang sedang netflix and chill bersama member squad 23nya.
" ye kot. mama cakap balik lagi dua minggu. " jawab yangyang dengan mata yang masih fokus di skrin tablet yang ditinggalkan mamanya. tablet yang tak boleh dimasukkan kad sim itu hanya mempunyai beberapa video upin ipin,game pou,angry birds,where's my water dan plants vs zombie.
nak tak nak yangyang terpaksa layan je apa yang ada tatkala dia bosan.
" korang,meh makan. " group 00600 dan sungchenji yang dari tadi sedang bermalasan di dorm 00600 menoleh ke arah pintu apabila munculnya yang perkasa lagikan comel iaitu bang johan bin jaafar.
johan bin jaafar,dengar nama pun dah gerun. satu sekolah hormat kepada si johan yang menjadi atlet angkat berat sekolah sejak tingkatan 1 lagi. selain itu dia juga antara orang yang menyertai perlawanan tarik tali antara rumah sukan. setiap kali johnny join,semua orang dah tahu rumah sukan johnny yang akan menang tarik tali kali tu.
selain itu,johnny juga digeruni kerana kisah silamnya yang merupakan salah seorang pelajar gangster sekolah sewaktu ketika dahulu. cakaplah semua jenis jenayah sekolah yang ada,semua johnny pernah buat.
namun,ada si kecil ten yang sentiasa berada di sampingnya. walaupun berbeza saiz,ten merupakan orang pertama yang ubah johnny yang bengis menjadi johan yang sentiasa tersenyum sekarang. boleh dikatakan ten lah yang menjinakkan johnny.
ten,atau nama sebenarnya qayyum sepuluh bin haji rauf merupakan bukan sesiapa dalam hidup johnny sewaktu dia mula-mula masuk di tingkatan 2. hanya pelajar biasa yang bercermin mata bulat dan agak good looking disebabkan kacukan darah siam-melayunya,ten tidaklah begitu terkenal pada mulanya.
ten yang ketika itu baru memegang jawatan pengawas dah berani mengugut johnny yang bersaiz besar dua kali ganda darinya. ayat pertama yang ten katakan pada johnny,dia masih ingat sampai sekarang.
" aku percaya kau lebih dari ni. kau baik,kan bang johan? "
ten tak tahu,dia orang pertama yang percayakan johnny apabila semua orang benci kewujudan dia,kecewa dengan dia dan harap dia mati. jadi johnny bagi dia peluang untuk bukakan pintu hati johnny untuk berubah.
ten akan ikut semua yang johnny buat. johnny ponteng,dia ponteng. johnny curi speaker surau dia pun akan ikut sama. sehinggalah johnny masak dengan perangai dia. ada satu ketika,johnny tengah hisap rokok di tandas lelaki. pintu dibuka dan ten masuk lalu dia rampas rokok tu dan kepitkan di bibirnya.
dia sedut di hadapan johnny dengan wajah yang marah. johnny tahu dia marahkan johnny sebab ingkar janji yang dia akan stop merokok.
tiba-tiba,bila ten hembus asap rokok tu, dia terbatuk kuat dan tepuk dada berkali-kali. johnny mula panik bila nampak rakan karibnya macam tu. ten tersandar di dinding tandas dan keluarkan ubat asmanya dari dalam poket. selepas beberapa kali dia sedut,pernafasannya kembali teratur.
" bodoh! kenapa kau hisap benda tu kalau kau tau kau ada asma?! "
dan sejak haritu,johnny istighamah berhenti buat semua benda jahat tersebut sebab ten adalah salah satu kelemahan dia.
sepanjang ten rapat dengan johnny,dia hiraukan panggilan ' qayyum pengkhianat sekolah ' yang diejek oleh para pengawas yang lain. hanya disebabkan dia pengawas dan johnny samseng sekolah,mereka tak layak berkawan.
kes ni berlanjutan sehingga cikgu sanggup melucutkan jawatan ten dengan alasan ten bersubahat dengan johnny belasah ketua pengawas yang mulakan panggil ten dengan nama-nama yang pelik. tak ada yang membantah perlucutan jawatan ten kerana bagi mereka ten hanya merosakkan nama pengawas sekolah.
" kau tak sedih? "
" buat apa aku nak sedih selagi aku ada kau? "
selepas lebih dua tahun mereka berdua korbankan banyak benda,johnny berjaya jadi orang yang lebih baik dari dulu.
" cepat-cepat! bang taeyong panggil mesyuarat! " jeritan nyaring ten yang tiba-tiba muncul membuatkan group kanak-kanak tadi menutup telinga. mereka menggulingkan mata dan bangun menuju ke pintu.
" ish yelah yelah. "
" kecoh la bang ten ni. "
" APA?! " mereka semua berlari dengan ketawa apabila ten menjegilkan mata sambil mencekak pinggang.
" lari!! ada kucing miang mengamuk! "
ten menggeleng. walaupun luarannya ten nampak tenang, dia sebenarnya sedang berfikir strategi untuk balas dendam kepada budak-budak nakal tu.
johnny yang berada di sebelahnya hanya tersenyum. tangannya dihulurkan bak-bak putera menunggu tangannya disambut oleh si puteri.
" jom. "
ten menyambut huluran tangannya dan menggoyangkan tangan mereka bersama-sama.
" jom. "
●・○・●・○・●・○・●・○・●
p/s ; yall ni bukan cerita gay ye 😭 aku lebih fokuskan kepada friendship and not love love sebabtu cerita aku tak banyak watak heroin perempuan <3
YOU ARE READING
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎
Science Fiction[ COMPLETED ] ❛ 23 pelajar lelaki sekolah menengah terperangkap di sekolah ketika zombie apocalypse melanda. ❜ [ ON-GOING ] ❛ 23 orang pelajar menjadi 23 orang pejuang dalam zombie apocalypse di dunia luar. ❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟏𝟎𝟏𝟐𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : sᴛᴀᴛᴜs...