25

898 153 131
                                    

selesai membina tembok pertahanan itu selama 3 hari 2 malam ( over betul squad 23 ni sampai lama gitu ) mereka menunggu saatnya budak kalis peluru bertandang ke kubu pertahanan mereka.

kini kumpulan johnny yang masih dengan ahli kumpulan yang sama haritu dan ditambah si sungchan yang tinggi lampai menggalas senapang angin sedang berbual mesra.

" by the way,korang rasa bunyi sseuka sseuka tu kelakar tak? " soal johnny sambil ketawa kuat. mereka berpandangan antara satu sama lain dan mengangguk menahan ketawa.

" bunyi sseuka tu macam bunyi doyoung nak ngorat makcik kantin haritu je— "

" EHEM! " mereka menoleh ke arah doyoung yang berada di sebelah kun dan taeil. dia mengerling tajam ke arah mereka agar mereka menutup mulut dan tidak mengkelentongkan dia.

oh iman nafiq itu berusaha sepenuh jiwa dan raga untuk melupakan peristiwa tersebut.

peristiwa yang membuatkannya malu seumur hidup.

" semuanya RM 3.50. " kata makcik kantin bersahaja. makcik kantin yang baru itu berusia 19 tahun dan hanya menolong keluarganya yang menjadi perusaha kantin di sekolah menengah lelaki arau tersebut untuk mengisi masa lapang tatkala cuti sem.

doyoung yang sudah lama meminati kak ayu itu lantas cuba berlagak cool dan meraba poket seluarnya mencari dompet.

dia tersentak.

DOMPETNYA HILANG!

demi menjaga air mukanya yang berada di hadapan barisan pelajar-pelajar yang lain menunggu dia membuat aegyo.

" kak ayu. iman bayar nanti boleh tak? iman lupa bawa dompet la? boleh eh? sukka sukka? " katanya dengan wajah yang comel.

kak ayu yang garunk dan panas hati kerana dia ingatkan doyoung sengaja taknak bayar mengetuk kepala doyoung dengan senduk nasi.

" KEPALA HOTAK HANG! INGAT ORANG MASAK FREE KA! "

sejak itu doyoung tidak lagi membeli makanan di kantin. dia rela makan roti je kat koperasi.

taeyong menggeleng melihat doyoung yang termenung, sedang war flashback peristiwa yang memalukan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

taeyong menggeleng melihat doyoung yang termenung, sedang war flashback peristiwa yang memalukan itu. dia kemudiannya menoleh ke arah pak nujum yang fokus mengira sesuatu yang entah apa yang dikiranya.

pak nujum squad 23 yang masyhur iaitu nazmi azman menilik masa kemunculan musuh abadi echan yang satu itu.

" melalui pengiraan yang nana buat selepas fanboy dengan renjun yang comel itu,nana merasakan mereka akan tiba dalam masa 3. "

taeyong mengerutkan kening. 3 apa? 3 jam? 3 minit? lalu jaemin menyambung.

" 2. "

taeyong mula faham. dia lekas menyuruh barisan hadapan bersedia.

" 1. "

kumpulan johnny menghala senjata mereka ke arah kedengarannya bunyi tapak kaki dan sseuka sseuka menderu laju ke arah asrama.

sungchan yang bersama-sama berdiri di barisan hadapan di sebelah yuta tergamam apabila kelihatan lebih dari 4 orang yang dipercayai mereka budak kalis peluru.

" ALLAH! DEPA BAWAK GENG! " jerit lucas kuat memberikan signal kepada ahli squadnya yang lain.

taeyong membulatkan mata apabila zombie tersebut yang dipimpin oleh yunki muhd abu,sockjin bin adidas,harapan bin harapkan pagar,pagar makan padi dan juon kooki bin jebat. kira-kira 21 orang berlari pecut di belakang mereka berempat.

nampaknya. 3 hari 2 malam itu diisi kaum sseuka sseuka itu dengan latihan kardiovaskular sehinggakan mereka bisa lari begitu pantas.

johnny lekas melepaskan beberapa das tembakan. jaehyun dan yuta juga melakukan hal yang sama. lucas menggunakan machine gun yang diberi kepadanya tadi dengan penuh bergaya.

drttt drrttt drttt!

bunyi hujanan peluru kedengaran begitu meriah.

beberapa zombie yang terkena tembakan jatuh menyembah bumi. manakala 17 zombie yang lain amat tangkas mengelak dari peluru itu. mereka semakin hampir dan mendekati barisan hadapan.

taeil cepat memberikan arahan kepada barisan hadapan agar cepat masuk ke dalam surau. " BERUNDUR WOI BERUNDUR! " jeritnya penuh merdu.

taeyong mengiyakan kata-kata taeil itu lalu dia mengarahkan rakan-rakan yang giat melepaskan berdas-das tembakan itu untuk mengundurkan diri.

squad 23 berundur ke dalam surau yang telah dilapisi pelbagai jenis baja.

sangkaan mereka para zombie pimpinan budak kalis peluru itu tidak akan berjaya melepasi tembok pertahanan yang berlapis-lapis.







malangnya sangkaan mereka salah.

" SIAPA YANG CAKAP ZOMBIE BENCI BAJA WOI! "

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now