PROLOGUE

1.2K 28 0
                                    

"Kau nak pergi mana perempuan!!!Kau takkan terlepas dari aku!"

Hutan belukar habis di lalui,semak samun juga tak dapat menahan dirinya daripada mengejar gadis malang itu.Lelaki tak guna yang bergelar ayah kepada Miya Airyssa tidak akan berhenti selagi dia tidak mendapat apa yang diingininya

"Miya berhenti!!Kau takkan dapat lari dari aku lah!Sejauh mane kau lari,kau tetap akan balik kat aku jugak!"

Miya penat tapi dia tidak boleh berhenti disini saja.Hidupnya hancur setelah kematian ibunya dan setelah itu,Miya menjadi tempat ayahnya melempiaskan nafsu.Dia lemah..tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia mengalah.

Miya bersusah payah untuk cuba lari dari rumah kali ini.Walaupun sudah banyak kali dia mencuba untuk lari dari rumah tetapi dia sering tertangkap dengan ayahnya.Namun bukan hari ini,dia bertekad untuk hidup sendiri.Dia mahu mulakan hidup yang baru.


Kenapa hidup aku macam ni...ibu Miya penat ibu


Air mata Miya tidak henti-henti mengalir.Dia dah serik hidup dengan ayahnya.Penjudi,pemabuk malah seorang kaki pukul.Baginya,biarlah ibu pergi kerana sepanjang hayatnya,ibu sering dipukul ayah kerana tidak memberinya duit dan tidak melayannya di katil dengan kehendaknya.

"Miya sayang,tolong berhenti.Ayah janji ayah dah tak buat benda kotor tu lagi ye sayang."

Dia sudah tidak larat lagi untuk berlari.Kakinya mula rasa sakit-sakit akibat berlari tanpa memakai apa-apa alas pada kakinya.

"Ayah tipu!!Ayah tak sayang Miya lansung!!Ayah tak pernah fikir perasaan Miya!"

Miya menjerit sekuat hati di dalam hutan itu.Hatinya sakit.Dia takkan tertipu dengan kata-kata palsu ayahnya itu lagi.

Betullah kata peribahasa melayu,malang tidak berbau.Miya tanpa sengaja tersepak akar kayu yang agak besar menyebabkan dia jatuh tersembam.

"Arghh!!!!" Miya mengerang kesakitan.

"Haihh,aku dah kate kau tak boleh lari jauh,tapi kau DEGILL!!Kau tetap nak lari jugak."

"Ayah...lepaskan lah Miya.Miya nak hidup sendiri.Miya nak sekolah,nak ada kawan-kawan.Kenapa ayah kena jadi macam ni?Apa salah Miya?"

"HAHAHAHHAAHH!!" hutan tersebut dipenuhi dengan gelak tawa lelaki itu.

"Perlu ke aku jawab soalan mengarut kau tu,ha?..Hmmm...bila aku fikirkan balik,aku boleh lepaskan kau..tapi,lepas aku puaskan nafsu aku dulu HAHAHHAAAHA!!"

Sungguh tidak berhati perut.Miya semakin buntu,dia tidak mahu lagi dinodai ayahnya sendiri.

Semasa bergelut untuk melepaskan diri,Miya sempat mencapai sebuah batu yang besar dan menghentam kepala ayahnya.Darah mengalir dengan banyak menyebabkan Miya panik dan terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.

Setelah kejadian itu,bermula lah kisah baru,hidup seorang Miya Airyssa



ONE LAST TIMEWhere stories live. Discover now