Random mamak place
" Syaa kate dia dah slow talk dengan Irene."-Miya
" Ha lepastu lepastu??", El bertanya sambil menyedut air sirap ais milik Lisa. Lisa yang baru saja hendak mengambil minumannya itu menggelengkan kepala melihat teman wanitanya.
" Dia confess and then Irene accept dia.",jawab Miya ringkas sambil mengalihkan pandangannya semula ke telefon bimbit.
"Thats all??? What about sex?", tanya Lia tiba-tiba.
Lisa yang duduk berhadapannya meluku kepala Lia. Budak sorang ni memanglah.
" Itu jelah kau fikirkan? Orang straight memang macam ni eh?", Lia mengusap kepalanya sambil membuat muka sedih. El hanya tertawa melihat karenah mereka.
"HAHAHA lebih-lebih aku tak tahula. Setakat ni tu je yang Syaa bagitau aku. Dia kata dia tak dapat datang malam ni pun sebab bawak Irene pergi date so.." Miya mengangkat bahunya.
" Oh my god baby, our Syaa dah besar. I'm so proud of her.", kata El sambil memeluk Lisa.
Lisa hanya tersenyum sambil mengucup umbun-umbun El. Lia yang memerhati cuba buat-buat macam nak muntah. El tergelak kecil sebelum menjelirkan lidahnya kearah Lia.
Miya tersenyum dan mengelengkan kepala sebelum mengalihkan semula pandangannya ke telefon bimbitnya apabila ia tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima.
Lisa dari tadi memerhati kawannya yang sorang tu. Asyik main fon je dari tadi minah ni.
"Ehemm hmm. Kau ni Miya, dari tadi menghadap fon je. Makanan pun kau sentuh tak sentuh. Chat siapa? Makwe ke?"-Lisa
Semua orang mengalihkan pandangkan ke arah Miya, menunggu jawapan daripada tuan badan sendiri. Miya yang terkejut dengan soalan Lisa tadi terus menutup telefonnya.
" Apa merepek la korang ni. Aku chat ni, apetu. Allaahh yang duduk situ tu.",Miya tergagap nak menjawab soalan tadi. Memangnya lah budak Miya ni senang sangat gelabah.
El dan Lia dah ketawa besar melihat kawannya struggle nak explain benda yang simple tapi jadi rumit sebab si Miya tak tau macam mana nak terangkan.
" Okay okay chill Miya. It's a simple questions kid. Aku taknak tau lebih-lebih pun. Kau chat.... Iman eh? Yang tolong kau haritu?"-Lisa
"... haah. Eh macam mana kau tau? "-Miya
Lisa hanya menangkat bahu, menandakan dia hanya meneka tanpa syak apa-apa.
"Kau suka dia ke weh?", Lia tiba-tiba bertanya.
"Nahh, that's too early babe. Miya kena bawak dia jumpa kita dulu. I want to see her with my own eyes.", El berkata sebelum Miya sempat membuka mulut. Lia yang mendengar kata-kata sahabatnya itu hanya mengangguk betul.
"Okay it's not that I like her. Aku just rasa fun chat dengan dia. Lagi pun I think she's straight... kot. Haha. " Jawab, Miya acuh tak acuh.
Lisa menjuihkan bibirnya. "Bullshit. Astu kau nak koyak la bila dapat tau dia layan kau macam kawan biasa je? Don't fall for straight girl do Miya. Serious talk nanti kau angau lama, tapi macam bodoh la en sebab dia suka yang berloceng." Lia ketawa tebahak-bahak mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Lisa. El menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Don't listen to Lisa eh Miya. You can like whoever you want. I memang support you always. But jangan sampai sakitkan hati sendiri, okay? If you suka, you tell her. At least you know la, what she really feel about you." Lia berkata sambil menggenggam lembut tangan Miya.
" Thanks El. I really appreciate it. "
Parking lot
El dan Lisa berjalan berpegangan tangan kearah kereta mereka di parking.
" You rasa.. everything gonna be fine with them?"-Lisa.
" Who? Miya dengan Iman ke?" - El
"No no. Irene dengan Syaa. I'm just scared that... Irene still stuck dengan Dini. You know what I mean right, sayang?" Lisa berkata sambil memasuki keretanya.
El mencapai tangan Lisa lembut setelah mereka berdua menutup pintu kereta. Dia tersenyum lembut. " Yes, I understand you, sayang. I am sure dia takkan anggap Syaa tu sebagai tempat dia meluah je. There's something special about them. I boleh rasa. You jangan risau sangat, okay? They'll be fine. Trust me." El berkata lembut sebelum mengusap pipi Lisa. Dia membiarkan kekasihnya berbuat begitu seketika.
YOU ARE READING
ONE LAST TIME
Любовные романыAkibat trauma atas kejadian yang menimpa gadis bernama Miya Airyssa,hidupnya bertukar 360 darjah .Dia menyimpan perasaan terhadap kawan perempuannya namun adakah cintanya diterima? atau ditolak begitu saja? Nantikan kisah hidup dan cinta Miya Airyss...