𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

436 13 2
                                    


No one P.O.V

" Weh tangan kau kenapa? Takkan cuti dua hari bertumbuk dengan pokok",omel Irine apabila melihat Miya yang baru saja menjejakkan kaki ke dalam kelasnya dengan tangan berbalut.

Miya kemudiannya mengambil tempat disebelah Irine.

" Takde pape pon. Terseliuh sikit je.",jawab Miya acuh tak acuh.

" Alah kau ni. Pagi lagi dah takde mood......Ha, takpa lah. Time rehat kau story kat aku eh? Aku nak pergi kelas Syaa jap.",kata Irine sambil mengemas-ngemas tempat duduknya sebelum beredar.

Miya mengangkat kening sambil tersenyum.

" Cepat betul kau move on dengan Dini."
Miya berkata dengan nada mengusik.

" Wait, huh?..Move on? Aku tak faham?",Irine mengerutkan dahi.Tang mana move on nya?

" Oh-...takde papelah. Ha pergi pergi. Aku kan suka mengarut pagi-pagi ni",kata Miya sejurus itu terus memberi tumpuan pada buku teks kimia di hadapannya.

Irine menggeleng kemudian segera ke kelas Syaa.

Miya hanya melihat Irine beredar dari ekor matanya. Dia menghela nafas panjang.

" Fuhh...nasib baik tak kantoi.",kata Miya sambil menutup buku teks nya. Dia tiada niat pun nak belajar pagi-pagi buta ni.

Sebenarnya Syaa sudah lama menyukai Irine. Mereka berkawan sejak tadika lagi. Apabila dia dapat tahu yang Irine mempunyai hubungan dengan Dini, dia terus hilang harapan.Tetapi selepas dapat berita yang Irine dan Dini sudah lagi tidak bersama, ini lah peluang yang sesuai untuk dia lebih dekat dengan Irine. Oleh itu, Syaa meminta pertolongan Miya supaya Irine jatuh hati padanya.

Miya mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Angin pagi di sekolah itu meniup lembut rambutnya yang terikat rapi. Miya memejamkan mata menikmati kesejukan angin itu. Fikirannya melayang-layang. Tiba-tiba, dia terimbau semula peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas.

𝐅𝐥𝐚𝐬𝐡𝐛𝐚𝐜𝐤

" Stay here for awhile...",Miya menarik tangan Iman supaya duduk disebelahnya.

" So I just..wanna say thanks a lot sebab jaga I semalam sampai la pagi ni......"

Miya berhenti seketika sebelum menyambung percakapannya tetapi Iman memotong.

" Wait a minute. If you just wanna say thanks to me, nanti-nanti je lah. I ade banyak kerja nak buat, okay?"

"Oh come on! Duduk sini kejap je-"

Iman yang baru sahaja bangun dari tempat duduknya ditarik dengan kuat oleh Miya menyebabkan tubuh gadis yang lebih tua setahun darinya itu jatuh terduduk di atas riba.

Miya mengerang kesakitan akibat beban diatas kakinya yang masih sakit.

Batang hidung mereka bersentuhan.

Badan Iman menjadi kaku di pangkuan Miya. Mata berpaut, setiap hela nafas mereka dapat dirasai.

Sekejap sekejap Miya memandang ke arah bibir munggil Iman. Iman yang menyedari pergerakan mata Miya membuatkan dia rasa gugup tak terkata.

Seketika, Miya mengalihkan pandangannya semula ke mata Iman. Senyuman kecil terukir di bibir Miya.

satu detik,
dua detik,
tiga detik,

PANG!!!

Satu tamparan menyinggah ke muka Miya.

"What the f-- Ouwww!!! Sakitlah!", teriak Miya sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Iman.

" Ha, nak ambik kesempatan lagi. Kan dah kene. Padan muka!", kata Iman sejurus itu berlari masuk ke dalam bilik di tingkat atas, meninggalkan Miya keseorangan.

"Shit"

Miya tersenyum gembira sambil mengusap pipi merahnya.

End of Flasback

Iman.

Nama gadis itu sering bermain-main difikiran Miya sejak pertemuan kali kedua mereka. Tanpa disangka, seorang Iman berjaya menarik hati keras Miya. Ya, seorang Iman.

Miya mengusap pipinya yang ditampar oleh Iman beberapa hari lepas. Rasa sakit dipipi sudah semestinya dah hilang, tetapi memikirkan tentang Iman, membuatkan senyuman terukir di bibir Miya.

I wish I could meet her again.

___________________________________________








ONE LAST TIMEWhere stories live. Discover now