No one p.o.v"Syaaaaaa!!!!"
Irine menjerit nama Syaa sekuat hatinya di muka pintu hadapan kelas Syaa, membuatkan satu kelas memandang ke arahnya.
Syaa menutup mukanya dengan buku teks Biologi dan mengeleng-geleng kerana malu dengan perangai si Irine.
Irine dengan selambanya pergi ke tempat duduk Syaa dan mengabaikan mata-mata yang masih memandangnya kerana menganggu ketenteraman kelas sebentar tadi.
" Syaa~~", Irine dengan suara merengeknya mengambil tempat di sebelah Syaa sambil tersenyum lebar.
Gila minah ni.
"Why the fuck you scream my name like that? Kau taukan kelas aku ni penuh dengan minah yang acah-acah belajar?", Syaa memarahi Irine kerana perangai kebudak-budakkannya.
" Eleh, chill la. Salah ke aku happy nak jumpa member aku. Besides that, I don't really give a fuck dengan classmates kau ni. Asal? Kau tak suka ke aku datang sini? Takpe, aku balik dulu", Irine segera bangun dari tempat duduknya. Merajuk sebab Syaa tak nak layan dia.
"EH!! Wait wait wait!", kata Syaa seraya menyambar lengan Irine untuk kembali duduk disebelahnya.
" Ish. Jangan la macam ni. Aku gurau je la tadi, mana ada marah.", kata Syaa sambil memandang muka marah Irine, berusaha untuk memujuk gadis campuran Australia itu.
Irine masih tidak mahu memandang muka Syaa. Merajuk. Syaa hanya menghela nafas panjang.
" Aku suka la kau datang jumpa aku, jangan la merajuk. Serious aku tak marah kau.",kata Syaa lagi, ingin meyakinkan Irine.
Irine terus menoleh ke arah Syaa sambil tersengih.
" Kau suka aku datang kelas kau or kau suka aku, ha??", Irine mengangkat keningnya dengan senyuman nakal.
Syaa mengalihkan pandangannya ke buku nota biologinya semula kerana malu dengan soalan Irine sebentar tadi.
"Merepek je kerja kau.",Syaa menjawab pendek, tak nak Irine fikir bukan-bukan mengenainya. Padahal hatinya bagai nak gila berdenyut laju.
" You're lying~~ You like me don't you?? kan kann?? Kau suka akukan?~", Irine sengaja mengusik Syaa dengan mengatakan dia menyukainya berulang-ulang kali sambil menyucuk lengan Syaa.
Syaa cuba sedaya upaya mengabaikan Irine. Perangainya makin menjadi-jadi. Tak cukup dengan itu, Irine bermain dengan pipi Syaa pula. Syaa hanya memandang bukunya, berharap yang Irine akan berhenti mengganggunya, tapi hampa. Irine tetap mengacau Syaa.
"Kau suka aku kan Syaa?~ Ele cakap je laa~"
Syaa mula hilang sabar. Dia cuba menahan dirinya dan munutup mata. Tetapi tidak boleh.
Syaa menepis tangan Irine dari lengannya. Irine sedikit terkaku dan terkejut.
"Kau-"
Belum sempat Irine berkata apa-apa, Syaa terlebih dahulu memegang kedua-dua belah pipi Irine dan menariknya.
Chupp!
Syaa mengucup Irine di bahagian bibirnya. Mata Irine membuntang.
Pelajar perempuan di sebelah mejanya memandang mereke dan menggelengkan kepala. Kemudian menyambung kerja sekolahnya semula.
" I really like you... Irine. Satisfied now?", kata Syaa kepada Irine dengan nada serious. Dia memandang kedua-dua belah mata Irine, dengan harapan Irine faham dengan kelakuannya selama ini.
Setelah sekian lama Syaa memendam rasa terhadap Irine. Hari ini, Syaa sudah tidak mahu berahsia lagi. Sudah-sudah la dia tersenyum pahit setiap kali Irine dikabarkan kembali semula kepada Dini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Syaa sudah masak benar dengan perangai Dini yang suka curang dan tak menjaga hati Irine. Dia tahu yang dia boleh membuat Irine bahagia jika dia disampingnya.
Irine terpaku lama.
satu detik,
dua detik,
tiga detik..Irine menepis tangan Syaa dari pipinya. Dia memegang bibirnya. Perlahan-lahan dia bangun kemudian berlari keluar dari kelas itu.
" I- Irine!", Syaa memanggil nama Irine tetapi Irine tidak mengendahkannya.
Syaa hanya mengeluh kuat. Dia berharap tindakan yang dilakukannya betul.
___________________________________________
Author: Huh, a short chapter! IM BACK YALL,!!
YOU ARE READING
ONE LAST TIME
RomanceAkibat trauma atas kejadian yang menimpa gadis bernama Miya Airyssa,hidupnya bertukar 360 darjah .Dia menyimpan perasaan terhadap kawan perempuannya namun adakah cintanya diterima? atau ditolak begitu saja? Nantikan kisah hidup dan cinta Miya Airyss...