SALING BERTATAPAN

33 4 0
                                    

Aksi mereka berdua masih diteruskan dengan tatapan seperti mahu membunuh antara satu sama lain membuatkan kein menjadi sangat tidak selesa.

Tatapan itu pun diakhiri oleh kein yang secara tiba-tiba bertanya "asal kau datang sini?" Ucap kein yang sudah tidak tegang seperti tadi. Ren yang mendengar soalan itu mula mengangkat kening kiri miliknya "kau tanya aku asal? Kau mesti tahu alasannya~ aku terserempak dengan seseorang yang niatnya busuk seperti bangkai~" mendengar sahaja apa yang diucapkan oleh mulut ren membuatkan dirinya terkedu tidak berani memandang siapa yang sedang dia tujukan.

Perbualan mereka secara tiba-tiba menjadi sunyi menyebabkan kein semakin resah dengan situasi yang dihadapinya tapi kali ini ren pula yang bertanya kepada orang dihadapannya dengan pandangan angkuh.

"Apa tujuan kau datang ke sini?" Tanya ren tapi tidak dijawab olehnya membuat ren menyambung kembali apa yang mahu dia katakan "hah~ takkan sebab aku sebut nama kau tadi~" ucapnya membuat kein mengerutkan dahi miliknya.

Orang yang berada di hadapannya mula memandang kein dengan marah "kein? Jelaskan!" Tegasnya membuat kein semakin panik "aahh.." hanya itu saja ayat yang mampu keluar daripada mulutnya dan selebihnya seperti ada sesuatu yang menghalangnya daripada terus bersuara.

Disebabkan suasana di situasinya menjadi semakin rumit. Akhirnya,mahu tidak mahu ren pun mengeluh halus "ha~" lalu mengundurkan diri sambil memandang orang dihadapannya dengan penuh rasa jijik.

Pergi saja ren dari tempat itu,kein terus ditatap tajam oleh orang dihadapannya dengan penuh amarah dia menengking kein "KEIN! APA MASALAH DIA?" jeritnya membuatkan kein terkejut seperti telah membangunkan trauma lama miliknya.

"Rr..ren.." panggilnya dalam nada bergetar menyebabkan orang dihadapannya itu tersedar bahawa dirinya telah melakukan kesalahan.

"Ohh kein anakku,mama minta maaf..bukan maksud mama nak menakutkan kamu.." pujuknya dengan senyuman hangat tapi disebaliknya kein sudah sangat kenal dengan perangai dua muka orang dihadapannya itu.

Kein hanya diam memandang wajah orang dihadapannya itu yang mengaku sebagai seorang emak. Baginya panggilan itu tiada makna kerana selama dia hidup panggilan emak tidak pernah hadir dalam hidupnya.

Sungguh kein berasa berat hati untuk menyebut nama orang dihadapannya itu tapi demi memastikan orang lain tidak terjerat dalam masalah rumah-rumahan mereka maka kein pun terpaksa berlakon.

"Ma...untuk harini kita berbual di dalam bilik kein" senyum kein hambar berharap orang dihadapannya sedar bahawa mereka masih lagi di bilik rawatan.

Orang yang berada dihadapannya mula tersenyum melihat anaknya yang mula memanggilnya dengan panggilan yang sangat ia ingin mendengarnya.

"Baiklah" ucapnya pergi menuju ke bilik anaknya sementara kein masih menahan rasa sebak di dalam dirinya. Sungguh perit setiap kali dirinya memandang wajah orang dihadapannya itu kerana selalu membuatnya terimbau kembali kenangan lama yang menyakitkan dimana itulah hari diri lamanya menghilang.

Sedang dirinya merenung jauh secara tiba-tiba dirinya disapa oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan ren "oi~" tegurnya membuat kein mengerutkan dahi miliknya "jangan risau perempuan jahat tu ada yang perhatikan dia, jadi ambil masa kau untuk bertenang" ucap ren membuat kein berasa tidak puas hati.

"Apa masalah kau?" Tanya kein geram tapi dijawab tenang oleh ren "masalah aku adalah kau" mendengar sahaja apa yang diucapkan oleh ren membuatnya bertambah keliru.

Melihat reaksi keliru milik kein membuatkan ren berasa teruja dan senang "haha~kau tahu segila apa pun kau jangan pernah jadi kambing hitam orang lain" ucap ren tapi lebih kepada pesanan membuat kein terkejut.

Ren tersenyum sambil memandang kein yang sedang terkejut itu "kau rasa macam mana aku boleh tahu~" cabar ren membuatkan kein terleka bermain teka-teki milik ren.

"Kau bukan manusia biasa kan!" Kata kein membuat ren tertawa "sejak bila aku cakap aku ni manusia? Orang disekeliling kau yang cakap macam tu bukan aku~" ucap ren dengan nada mengejek membuatkan kein tersedar sesuatu. "Kau...abiliti kau membaca ingatan seseorang kan!" Teka kein dengan nada bersemangat membuat ren tersenyum sinis.

Senyuman sinis itu cukup mendatangkan rasa ngeri yang teramat kerana disebalik senyuman itu tiada siapa pun yang tahu apa maksud yang cuba ren sampaikan.

"Baca ingatan seseorang itu adalah sesuatu yang sangat mudah tapi aku tidak dipanggil sebagai user melainkan...." Fokus kein mendengar tapi pada akhirnya dia sendirilah yang perlu menekanya.

"Haha~cubalah cari jawapannya" ucap ren dengan senyuman sinis membuatkan kein hampir saja melupakan sesuatu yang sangat-sangat penting baginya.

Dengan cepat kein berlari pergi ke arah lorong biliknya apabila dirinya tersedar sesuatu yang pelik semasa berbual bersama ren.

Ren The Crazy DemonsWhere stories live. Discover now