TETAMU

36 5 4
                                    

Ren yang sedang berbicara pada dirinya sendiri itu mulai tertawa dan tersenyum dengan taringnya yang sangat tajam membuatkan sesiapa yang melihatnya seperti itu akan menganggapnya kehilangan akal.

Sedang dirinya terleka seketika,secara tiba-tiba kein yang tidak dalam keadaan sedar itu mula terbangun kembali dalam keadaan panik membuat ren tersentak sendirian.

"HUHH" jerit kein dengan sangat kuat semasa sedar daripada komanya. Ren yang berada di situ hanya melambai-lambaikan tangan miliknya dengan niat mahu si dark user itu berfokus pada gerakan tangannya itu sahaja.

Tidak lama kemudian kein kembali fokus lalu terus bangun dan menarik kolar baju milik ren membuatkan ren sedikit terkejut dan teruja.

"Hahah~" tawa ren bersahaja menyebabkan kein semakin marah "kau.." tapi hanya itu sahaja ayat yang selalu disebutnya manakala selebihnya perlu diteka sendiri membuatkan ren sedikit bengang.

"Kau?" Soal ren tidak puas dengan apa yang didengarinya itu manakala si dark user membalas akan sesuatu perkara lain "aku akan bunuh kau" ucapnya membuat ren terpaku sendirian dan kemudian membuat ren panik sendirian.

Melihat ren yang sedang panik membuatkan kein berpuas hati "kau dah buat aku setengah mati,sekarang kau melawat aku" ucapnya marah sambil mengeluarkan arus elektrik seperti di padang tadi.

Ren masih lagi terpaku diam apabila melihat perubahan sikap yang didapatkannya secara mendadak membuatnya semakin teruja.

Dilihatnya wajah ren yang penuh dengan senyuman puas membuatkan kein semakin bengang dengan tingkah ren yang angkuh itu.

Ren yang tadinya mendengar terus tersenyum sinis "aku menunggu hari dimana kau dapat bunuh aku~" ucapnya bersahaja sambil berbisikkan sesuatu membuatkan kein terdiam.

Bisikkan itu terus membuat kein memandangnya seperti seorang musuh yang sudah lama dicarinya membuatkan ren semakin puas "yah~ pandangan itulah yang aku mahukan" ucapnya dengan penuh teruja.

Mahu saja diteruskan tapi sayangnya pembicaraan itu harus diakhiri dengan sorotan mata yang penuh dengan kebencian dan juga penuh dengan pengkhianatan,keduanya itu tidak tahu berasal daripada mana mahupun apa yang telah dibisikkan oleh ren sampai membuat kein seperti itu.

Sebelum beredar ren sempat berpesan lagi "hehe~kau boleh cari aku kalau kau memerlukan bantuan sebab aku lebih suka orang berhutang dengan aku~" ucapnya lalu pergi membuatkan kein semakin bingung dengan apa yang diucapkan oleh ren.

Beredar saja ren daripada situ. Kein terus menghembuskan nafas lega kerana hampir saja dirinya menunjukkan rasa gementar terhadap ren. Rasa gementar itu bukan daripada serangan yang dibuat ren tapi diakibatkan daripada pandangan yang ren berikan padanya membuatnya menjadi sedikit ketakutan seperti haiwan buas yang mahu menerkam mangsanya jikalau melihatnya ketakutan.

Dirinya mula kembali duduk terbaring di atas katil sambil memikirkan suatu masalah yang entah apa itu.

Sambil dirinya mengelamun secara tiba-tiba pintu bilik rawatannya diketuk secara perlahan membuatkan fikirannya terhenti sejenak melihat siapakah gerangan yang sedang mengetuk pintu biliknya itu.

Sungguh dirinya terkedu melihat seseorang yang amat dibencinya sedang berada dihadapan matanya sambil tersenyum hambar.

Tapi tatapan kebencian itu berakhir dengan dirinya yang tidak lagi berani menatap mata ke mata dengan orang itu. Dirinya mula berasa gementar apabila tatapan benci yang dirinya lakukan tadi ditatap balik dengan sorotan mata yang penuh dengan kejahatan.

Kesunyian itu dipecahkan oleh panggilan orang dihadapannya "kein?" Panggilnya dengan lembut sambil memegang lembut bahu miliknya dan itu cukup membuat kein terkaku diam dengan tindakan orang itu.

Kein tidak menjawab panggilannya tapi sebaliknya hanya terus berdiam diri sampailah secara tiba-tiba suasana itu terpecahkan oleh ren yang secara tidak sengaja kembali ke bilik rawatannya.

Ren yang menjadi orang ketiga juga turut terdiam kaku melihat adegan dihadapannya itu sehinggalah secara tiba-tiba suara tawa seseorang keluar dan suara itu tidak lain tidak bukan adalah milik ren.

Sedang dirinya ditertawakan,ren dengan tidak tahu malunya menegur orang dihadapannya tanpa ragu mahupun berasa gementar tak seperti dirinya "hahahh,tak sangka puan ni seorang yang lembab~" ucapnya tanpa ragu membuatkan dahi orang dihadapannya itu mula berkerut.

Situasi disitu semakin bertambah berat apabila aura dari mereka berdua terlihat seperti kedua haiwan buas sedang berlawan.

Ren The Crazy DemonsWhere stories live. Discover now