KEHIDUPAN BARU

56 4 0
                                    

Ren terlihat sangat puas apabila seisi kelas dengan cepat memberikan pandangan mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Ren tersenyum sendiri membuatkan pernampilannya seperti orang gila. Lelaki di sebelahnya memandang ren dengan tatapan marah tak tahu marah apa mungkin sebab mengambil perhatian di sekelilingnya.

Sebelum terjadinya sesuatu yang dahsyat akhirnya guru kelas di situ hadir juga dengan selamat.

"Semuanya berdiri" arah guru itu dengan nada yang seakan-akan malas. Setelah memberi hormat semua kembali duduk dan guru itu hanya mengucapkan sepatah dua kata sebelum jatuh tertidur di lantai.

"Kelas ni kena belajar sendiri" lalu jatuh tertidur dengan sendirinya membuatkan kesemua anak murid yang sombong mengatakan andaian sendiri bahawa itu bukan guru mereka melainkan murid yang menyamar.

Ren secara tiba-tiba ketawa sendiri membuat semua kehairanan "cikgu~ nama cikgu masih belum disebut....atau cikgu memang tak berharap kami hidup lama mengingat nama cikgu~" kata ren secara bersahaja membuatkan guru yang tertidur pulas tadi bangun dengan serta-merta.

"Orang berlagak dan sombong macam kau biasanya mati awal~" balas guru itu dengan bersahaja membuat ren mengangkat kening kiri  miliknya. "Jangan risau~ kalau pun saya mati tak akan ada sesiapa yang bersedih sebab saya hanyalah orang yang berlagak dan sombong~" ucap ren dengan niat mahu berlawan membuat guru itu tersenyum seorang diri.

Guru itu pun mengalah tapi dengan syarat "baiklah aku beritahu nama aku itu pun kalau kau dapat mendengarnya~" ucap guru itu seperti sedang meremehkan mereka semua.

Guru itu menyebut namanya dengan suara yang perlahan tapi efek dia pada telinga seakan-akan mendengar sesuatu yang sangat kuat sehingga membuatkan telinga berdarah.

Yang lain mula berasa loya dan mual termasuk ren kecuali dark user yang sedang memandang remeh ren. Ren secara tiba-tiba tersenyum walaupun sedang loya dan mual "terima kasih cikgu sebab memberitahu nama cikgu ...." Ucap ren sambil menyebut nama guru itu tapi alangkah terkejutnya efek sampingan itu mampu membuatkan mulutnya terkeluar darah.

Guru itu membuat muka tidak percaya "kau memang cari kematian sendiri ya?" Soal guru itu lalu ren tersenyum sambil menjawab dengan menggunakan nama guru itu sekali lagi dan sekali lagi dirinya dapat merasa seakan usus didalamnya di paksa keluar sehingga menyebabkannya memuntahkan darah yang banyak sekali lagi.

Guru itu mula mengerutkan dahi "kau boleh mati!" Jerit guru itu dengan marah "jadi izinkan saya menyebut nama cikgu ...." Sekali lagi ren memuntahkan darah dan kali ini dia berasa kesal kerana dirinya sudah mencapai tahap hingga mampu kehilangan keseimbangan tapi dirinya masih bertahan.

Guru itu mengeluh "kau keras kepala!" Marahnya tapi ren dengan tenang duduk menyandarkan diri ke tubuh kerusi sambil kepala memadang siling kelas dengan tenang walaupun sedang menahan kesakitan "bukankah tugas seorang guru adalah mengenali perwatakan anak muridnya walaupun singkat~" ucap ren bersahaja dengan nafas yang kedengaran sangat berat.

Guru itu tidak bercakap malah hanya berdiam diri seolah-olah sedang menunggu ren untuk pengsan dengan sendirinya. Ren juga berdiam diri sebab dirinya betul-betul mencapai tahap miliknya dan pada bila-bila masa je dia boleh kehilangan fokus.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya ren terlelap lalu guru itu mula menyambung perbicaraannya "hah~ semua yang aku dapat semuanya keras kepala tapi kali ini dia tahu batas dia setakat mana~" keluh guru itu kepenatan melayan karenah muridnya.

Setelah beberapa waktu akhirnya ren terbangun dan berasa sangat segar tapi dilihat daripada keadaan memang hanya tinggal dirinya dan guru itu berdua di dalam kelas.

Ren memandang guru itu lalu tersenyum gila "aku harap kita berdua boleh berkerjasama M.I.R.E~" ucap ren bersahaja membuat guru dihadapannya terbeliak mata "macam mana kau.." ayat itu dipotong "pekerja musang macam kau bukan tandingan aku~" katanya dalam nada bersahaja membuatkan guru itu sekali lagi terkejut "musang maksud kau pengetua" ren mengangguk lalu tersenyum sinis "tolong jaga aku ya mire~" mendengar apa yang diucapkan ren membuatkannya sungguh tidak terkata apa.

Dia mula menyesali apa yang dibuatnya "jadi kau lah orang yang aku kene perhatikan" ucapnya tidak percaya lalu dibalas dengan sengihan jahat oleh ren.

Ren The Crazy DemonsWhere stories live. Discover now