Selesai saja bersiap-siap dengan memakai pakaian baru yang didapatkannya secara percuma itu. Dia pun mula bergerak ke destinasinya iaitu ke Academy Rise.
Di situ dia sangat berharap agar tiada masalah yang berat mahupun ringan melanda dirinya lagi kerana dirinya sudah cukup lelah mahu menghadapi semua itu.
Sesampainya di situ,dia mula mengambil nafas sedalam-dalam yang boleh lalu menghembusnya dengan perlahan. Di gagahkan kakinya untuk melangkah masuk ke Academy yang tidak dia relakan itu. Semuanya akibat paksaan dan ugutan oleh surat yang dihantar itu membuatkan rutin hariannya kini menjadi kacau.
Disebabkan hari ini adalah hari penerimaan kemasukan pelajar baru jadi mereka semua haruslah berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengarkan ucapan sepatah dua kata daripada ketua pegawas yang sedang bertugas. Mahu tidak mahu dirinya terpaksa beratur mengikut aturan Academy walaupun malas.
𝚂𝚎𝚋𝚎𝚕𝚞𝚖 𝚒𝚝𝚞 𝚊𝚔𝚞 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚛𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚙𝚊 𝚒𝚝𝚞 𝚔𝚎𝚖𝚊𝚜𝚞𝚔𝚊𝚗 𝙰𝚌𝚊𝚍𝚎𝚖𝚢. 𝙺𝚎𝚖𝚊𝚜𝚞𝚔𝚊𝚗 𝙰𝚌𝚊𝚍𝚎𝚖𝚢 𝚊𝚍𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚜𝚊𝚝𝚞 𝚙𝚎𝚛𝚔𝚊𝚛𝚊 𝚠𝚊𝚓𝚒𝚋 𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚖𝚎𝚖𝚒𝚜𝚊𝚑𝚔𝚊𝚗 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚖𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊𝚒 𝚊𝚋𝚒𝚕𝚒𝚝𝚒 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚒𝚊𝚜𝚊 𝚜𝚊𝚓𝚊. 𝙵𝚊𝚔𝚝𝚘𝚛 𝚞𝚖𝚞𝚛 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚍𝚒𝚔𝚒𝚛𝚊, 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚙𝚞𝚗 𝚞𝚖𝚞𝚛 𝚔𝚊𝚞 𝚋𝚎𝚛𝚒𝚋𝚞 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚍𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚗𝚊𝚖𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚘𝚙𝚊𝚗 𝚜𝚊𝚗𝚝𝚞𝚗. 𝙾𝚕𝚎𝚑 𝚒𝚝𝚞, 𝚔𝚎𝚋𝚊𝚗𝚢𝚊𝚔𝚊𝚗𝚗𝚢𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚊𝚖𝚋𝚒𝚕 𝚖𝚊𝚜𝚞𝚔 𝚔𝚎 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝙰𝚌𝚊𝚍𝚎𝚖𝚢 𝚋𝚎𝚛𝚞𝚖𝚞𝚛 𝚜𝚎𝚔𝚒𝚝𝚊𝚛 𝟼 𝚑𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊 𝟺𝟶 𝚝𝚊𝚑𝚞𝚗 𝚔𝚎 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚍𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚗𝚝𝚞𝚗𝚢𝚊 𝚖𝚎𝚛𝚎𝚔𝚊 𝚋𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚋𝚒𝚊𝚜𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚖𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊𝚒 𝚠𝚊𝚓𝚊𝚑 𝚝𝚞𝚊 𝚋𝚎𝚛𝚔𝚎𝚛𝚞𝚝. 𝚆𝚊𝚕𝚊𝚞𝚙𝚞𝚗 𝚜𝚎𝚖𝚞𝚊 𝚍𝚒𝚜𝚒𝚗𝚒 𝚛𝚎𝚖𝚊𝚓𝚊 𝚝𝚊𝚙𝚒 𝚋𝚎𝚛𝚑𝚊𝚝𝚒-𝚑𝚊𝚝𝚒𝚕𝚊𝚑 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝚖𝚎𝚛𝚎𝚔𝚊 𝚕𝚎𝚋𝚒𝚑 𝚋𝚎𝚛𝚙𝚎𝚗𝚐𝚊𝚕𝚊𝚖𝚊𝚗.
Berbalik kepada cerita,dengan wajah dan langkah yang sangat malas di gagahkan diri untuk beratur juga di dalam barisan yang tak berapa nak betul itu. Pada sepanjang hari dirinya itu hanya mengeluh dan mengeluh terlalu lelah entah kenapa? Sampai orang yang berada di sebelahnya berasa tidak selesa dan risau akan dirinya yang sudah mengeluh dengan sangat kuat itu seperti tidak ada niat nak cover kepaksaan itu.
Sebelum beredar untuk masuk ke kelas masing-masing pengawas di situ memandang dengan pandangan sinis dan memberi nasihat atau lebih kepada amaran mungkin.
"Selamat datang di Academy Rise! Beringatlah kepada korang semua yang baru terpilih bahawa academy ni bukanlah untuk manusia biasa~ aku harap korang tak berlagak hanya kerana dipilih~" ucapnya sinis membuat yang lain mula mengerutkan dahi manakala dirinya itu hanya mampu menguap berulang kali berharap secepatnya selesai perhimpunan pagi.
Selesai saja ucapan itu dengan serta merta barisan yang tak seberapa kemas itu bersurai seperti biri-biri terlepas kadang membuat dirinya tercengang. Mahu saja ingin pergi secara tiba-tiba dirinya dilanda masalah baru iaitu terserempak dengan seseorang yang amat dikenalinya.
"Selamat datang rei" sapanya dengan suara yang terdengar tenang dan lembut "datang apa? Tempat sampah macam ni!" Ucapnya marah membuat lelaki dihadapannya terkedu seketika lalu dibalas dengan suara yang tenang sekali lagi "kau tetap seperti dulu tak pernah berubah masih kasar dan kurang ajar~" dalam ketenangan ada juga teguran sinis "bukan macam seseorang tu sesuka hati buat-buat macam kawan rapat btw bukan rei tapi ren~" ucapnya membalas dengan bersahaja.
Pergaduhan itu diakhiri dengan senyuman sinis masing-masing "apapun aku jumpa dengan kau bukan untuk bergaduh tapi untuk minta tolong pada musuh lama~" ucapnya sambil mengeluh halus setelah memandang ren membuat ren kesal tapi dihiraukannya.
Ren yang mendengar permintaan musuhnya itu terus tersenyum sinis "musuh lama ya~" ucapnya bersahaja "kau memang tak ada rasa malu yah mintak tolong pada musuh" pandang ren seolah mencabar tapi dengan tenang perkataan yang dilontarkan tadi dibalas dengan senyuman nipis "kau tak kan mengaku kalau pun aku cakap kawan lama kan" ucapnya seperti menyoal membuat ren membuat muka "giler kau tak nak aku dengar daripada mulut musang macam kau" sindir ren membuatnya tertawa perlahan lalu kembali serius kepada topik asal yang mahu dia bicarakan.
Ren yang sedar akan perubahan itu pun mula kembali memberi perhatian kepada musuh lamanya yang kelihatannya sangat terdesak akan sesuatu perkara.

YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...