Kein terus bergegas pergi apabila menyedari bahawa dirinya itu telah dibuaikan oleh perbualan yang tiada akhirnya itu. Di dalam hatinya berharap agar dirinya tidak dimarahi oleh orang tersebut.
Setibanya dia di sana,dirinya terkejut apabila mendapati orang yang berada dihadapannya itu mula tersenyum lembut ke arahnya.
Sambil mengatakan sesuatu yang membuatkan kein terpaku diam mendengar perkara itu. Dirinya kemudian mula memaksa senyuman agar terlihat baik-baik saja tapi senyuman itu tetap terlihat kekok mahu dipandang dari arah mana pun.
Tapi senyuman kekok itu mampu membuatkan orang dihadapannya berpuas hati. Setelah apa yang mahu dikatakan olehnya sudah tercapai,akhirnya orang itu pun pergi meminta diri tanpa sempat duduk berbicara di dalam bilik kein.
Sebelum pergi,dirinya telah dipeluk erat sambil dibisikkan tentang sesuatu yang membuatnya semakin tidak tertahan untuk terus tersenyum.
"Jangan kecewakan mama.." Tegasnya sambil tersenyum sedih kerana perlu berpisah dan itu membuatkan kein berasa jijik tapi mahu tidak mahu harus dia layankan kerana itu adalah satu-satunya orang tuanya walaupun seperti begitu.
Usai saja memberi pesanan,orang itu terus berjalan pergi sambil tersenyum sinis di belakang anaknya dan kein yang tidak mempunyai pilihan itu hanya mengikut arus yang sudah emaknya tentukan.
Hilang saja kelibat orang tersebut,kein terus masuk ke biliknya dengan perasaan sedih bercampur marah. Dirinya sungguh tidak terkata apa apabila di suruh seperti itu.
"Sekarang apa?" Tanyanya pada dirinya sendiri sambil menghembus nafas berat. Kemudian,mata kein secara tiba-tiba tertumpu pada sesuatu membuatkan dirinya tersenyum sinis "academy yang penuh dengan pengkhianat~" rungutnya seorang diri sambil memeluk bantal yang ada di sisinya itu.
Sementara itu,ren yang entah daripada mana secara tiba-tiba bertembung dengan emaknya kein membuatkan suasana hati kedua orang itu terus berubah menjadi suram.
"Kau budak yang kurang ajar tu kan!" Tengkingnya marah apabila mengingati semua perkataan yang dilontarkan oleh ren kepadanya sebelum itu. "Budak? Hhahah aku rasa aku lagi tua tapi tak mengapa sebab manusia memang suka bermain umur~" ucap ren dengan wajah yang angkuh memandang tepat emaknya kein.
Emak kein mula tersenyum "kalau bukan manusia maksudnya derajat kau lebih bawah daripada binatang~" katanya dengan bersahaja membuat ren terdiam. Ren yang tadinya berlagak mula terdiam beberapa waktu sebelum akhirnya bersuara kembali.
"Hm..pemikiran manusia tetap cetek mahupun dapat hidup beribu tahun" ucap ren tapi dalam nada mendatar "sebab itulah banyak yang hancur kerana manusia tidak sedar siapa yang menolong mereka dan kemudiannya membanggakan diri mereka sendiri seolah-olah itu semua adalah hasil titik peluhnya" tapi kali ini nadanya seperti suatu makhluk yang cukup menakutkan jika suruh dibayangkan.
Ucapan ren itu tidak dapat dibalas kerana auranya itu saja dapat menekan beribu orang untuk berada dalam ketakutan yang melampau.
Disebabkan emak kein tidak dapat bersuara mahupun bernafas,ren dengan senyuman misterinya itu mula melepaskan emak kein tapi dalam masa yang sama memberi amaran kepadanya.
"Manusia tetap mudah mati~apapun kerja aku banyak yang tak terselesaikan dan sekarang layan kau" ucap ren dengan nada menyampah sambil mengerutkan dahi miliknya lalu melepaskan emak kein yang sudah pun terbatuk-batuk sakit kerana kehabisan oksigen.
Ucapan yang dikatakan oleh ren tadi membuatkan dia dipandang hairan "itu..kau akan tahu~" ucapnya sinis sambil menyeringai senyuman penuh misteri membuatkan firasat seorang emak tidak terasa sedap hati.
Sedang suasana berubah penuh dengan tanda tanya secara tiba-tiba ren terperasan ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya dari jauh membuatkan dirinya semakin teruja.
Sebelum beredar ren masih lagi memberi satu pesanan "aku bukan baik mahupun jahat tapi aku membencikan pengkhianat,apa lagi kalau orang itu aku kenali...oh dan pesan pada dia berhati-hatilah~" usai sahaja memberitahukan niatnya. Ren terus beredar pergi dari situ membuatkan orang tersebut tersentak seketika.
Mahu percaya atau tidak,dirinya tidak mahu mengalah hanya semata-mata termakan oleh ucapan seseorang yang tidak dia kenali.
Orang tersebut yang tadinya masih terkejut lantas berjalan pergi dengan hentakan kaki seperti memberontak membuatkan seseorang daripada jauh tersenyum puas.
Manakala ren yang tadinya mahu mencari tahu siapakah gerangan orang yang terus memerhatikannya daripada jauh mula membatalkan niatnya apabila tatapannya bertembung seseorang yang amat dikenalinya iaitu gurunya mire.
Ren mula tersenyum sinis sambil menatap tajam guru yang berada di hadapannya itu manakala gurunya mire membuat muka terpaksa semasa bertatapan dengan ren.
Ren yang mengetahui hal itu hanya tertawa kecil dengan nada yang sangat perlahan manakala mire yang perasan hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak tahu mahu berbuat apa.
Pada akhirnya,gurunya yang memulai pembicaraan setelah lama berdiam diri "ren,ikut aku sekejap" pintanya membuatkan ren terkedu lalu dijawab dengan alasan yang paling masuk akal "ohh tolonglah bukan aku yang suka rela nak jemput kau cuma pengetua yang suruh!" Ucapnya dengan tergesa-gesa seperti mahukan perbualan itu segera tamat kerana terlampau kekok.
Ren yang mahu tidak mahu itu pun ikut pergi ke tempat yang gurunya bawakan.

YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...