Ren yang ditinggalkan bersedirian bersama perkenalan itu membuatnya terhenti seketika menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
Dirinya hanya mengangkat bahu dan memasukkan dark user ke dalam senarai kegunaan sehariannya. Setelah berdiri diam terkaku seperti itu beberapa saat barulah ren dengan pantas terus berlari membeli makanan iaitu daging.
Ren dengan gembira terus melangkah ke meja tapi lain pula jadi apabila lelaki-lelaki tadi yang bergaduh itu datang mencampak makanan miliknya membuatnya terkedu dengan apa yang terjadi pada makanan yang dibelinya.
Lelaki tadi tersenyum puas melihat reaksi ren yang sedang terkedu itu membuatkan mereka lebih berani beraksi tapi aksi itu terhenti apabila ren tersenyum seorang diri.
Lalu tertawa kuat seorang diri membuat orang lain yang berada di situ terdiam dan melihat apa yang berlaku.
"Hahah! Makanan aku" ucapnya sedih bercampur marah tapi seorang daripada mereka mula menarik rambut ren kasar menyebabkan ren tergamam sendirian dan reaksi yang ditunjukkan itu cukup membuat mereka semua puas hati.
Tapi kepuasan itu tidak bertahan lama bila ren tidak bergerak mahupun menunjukkan sebarang reaksi lain jadi mereka beranggapan ren itu hanyalah seorang penakut jadi mereka melepaskan ren di situ sambil meninggalkan pesan amaran.
"Lain kali kitorang jumpa kau,kau tamat!" Tegas lalu berlalu pergi meninggalkan ren bersendirian manakala orang-orang yang ada di kantin hanya senyap dan terus memerhati tapi secara tiba-tiba makcik yang buat pesanan ren tadi datang memberikan 5 pinggan daging membuatkan ren terbeliak memandang makcik itu.
Makcik itu dengan tenang tersenyum "jangan risau kamu tak perlu bayar anggaplah ini ganti rugi pada kamu disebabkan pelanggan makcik yang kurang ajar itu" hulur makcik itu membuat ren terus tersenyum riang "terima kasih~" walaupun terdengar bersahaja tapi itulah ucapan paling ikhlas yang pernah dirinya ucapkan.
Makcik itu pun berlalu pergi manakala ren mula kesal memikirkan kejadian yang terjadi tadi tapi dirinya cuba menahan sedaya-upaya untuk terus bersabar.
Sementara yang memerhati mula mengerutkan dahi mereka apabila melihat perubahan sikap dan reaksi yang diberi ren sekejap tadi dan ren yang sedang kesal itu mereka semua dapat merasa bahawa orang yang sedang mereka lihat sekarang ini lebih berbahaya daripada orang yang berabiliti.
Ren yang perasan akan mata-mata yang memerhati dirinya terus menoleh dan melihat tapi pelik yang lain mula seakan panik dan terburu-buru menghabiskan makanan mereka.
Ren hanya mengeluh tidak pernah walaupun sekali orang dalam academy ini tidak membuatnya kesal setiap kali berjumpa.
Ren yang hairan itu pun akhirnya tahu alasan kenapa mereka semua terburu menghabiskan makanan itu kerana waktu rehat hampir tamat dan disebabkan itu ren mengambil semua daging yang berada di pinggan tadi dan mula menelan semua tanpa meninggalkan sebarang sisa membuat yang lain terkejut.
Mereka terkejut sebab bahkan hibrid apapun perlu mengunyah dahulu barulah dapat menelan daging yang liat itu sementara orang yang mereka lihat tadi itu hanya menelan sahaja dan itu dah sah-sah lah berbahaya.
Ren yang puas dapat habuannya hanya memandang pelik ke arah orang di sekitarnya yang secara tiba-tiba terhenti makan.
Disebabkan itu bukan urusan miliknya jadi dirinya hanya meletakkan pinggan kosong ke dalam tempatnya dan berjalan pergi seolah-olah tidak ada satu pun masalah yang terjadi.
Pulang sahaja ke kelas dirinya dikerumuni oleh orang ramai menanyakan kejadian yang terjadi di kantin tadi dan itu membuat ren semakin kesal sehinggalah dirinya tidak sengaja mencekik salah seorang di situ membuatkan dark user berserta orang lain terkejut.
Ren yang sedang mencekik orang itu mula memandang kosong sebelum akhirnya melepaskan dia apabila orang itu betul-betul hampir kehilangan nafas membuatkan orang yang kerumuninya terdiam kaku barulah kemudian berundur apabila melihat kesan yang ditinggalkan di leher rakan mereka yang memberkas berwarna biru pekat.
Kein yang disebelahnya juga terdiam seketika apabila melihat kesan yang ditinggalkannya itu memang betul mahu membunuh seseorang cuma lagi dia tak buat walaupun hampir.
Disebabkan pelik kein mula memanggilnya "kau.." walaupun ucapan yang keluar daripada mulutnya hanya sebatas tiga suku kata ren tetap menoleh dan memberikan perhatiannya kepada kein membuatkan kein sedikit terkejut dengan perbezaan sebelumnya.
"Nama kau?" Tanyanya secara tiba-tiba membuat ren tersenyum sendiri "panggil aku rei~" setelah mendengarnya kein terus terdiam kaku memikirkan sesuatu.
"Satu lagi?" Soalnya sekali lagi membuatkan rei terlepas ketawanya "hahah kau tak tahu nama aku~ panggil saja ren~" kali ini lebih kepada nada biasa yang sering didengarnya membuatnya semakin pelik.
Ren yang puas melihat kekeliruan itu mula menerangkan sesuatu "kein yang malang~ ren memang berbahaya tapi rei lebih berbisa dalam satu tubuh yang sama tapi berbeza~" ucapnya sambil memandang kein dengan bersahaja seolah-olah sedang menikmati reaksi yang didapatkannya daripada kein.
YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...