Kein yang tidak faham apa maksud disebalik ucapan ren itu hanya berdiam diri dan mula memandang ke luar jendela melihat kelas lain menggunakan abiliti mereka.
Sedang dirinya termenung secara tiba-tiba kein terfikir akan sesuatu lalu menanyakan ke ren walaupun nada biasa tapi reaksi wajah milik sungguh menunjukkan sifat ingin tahu yang luar biasa.
"Apa abiliti kau?" Ren yang mendengar pertanyaan itu mula tersenyum sinis sendirian "hmm~ kalau aku cakap tiada mesti kau tak percaya" kata ren bersahaja seperti sengaja membuatkan kein hilang sabar.
Sebelum terjadinya lagi masalah baru,akhirnya guru kelas mereka pun tiba dengan selamat ke dalam kelas membuat yang lain makin menyampah dengan kedatangan lambat guru mereka yang satu itu.
Guru yang terlihat malas itu mula mengatakan sesuatu yang cukup membuatkan orang lain berasa gementar,tak sabar dan bosan kerana perlu berkumpul di padang D untuk menunjukkan abiliti masing-masing seperti kelas lain.
Setiap kelas mempunyai padang masing-masing dan setiap kategori padang hanya boleh diberi izin masuk pada sesetengah orang seperti guru atau orang yang mahu menghalang sesuatu kejadian yang tak diingini daripada berlaku.
Mendengar saja tentang acara menunjukkan abiliti masing-masing membuatkan ren semakin tidak larat menghadap apa yang diucapkan oleh gurunya itu. Sungguh mula daripada pengumuman itu saja telah membuatkannya mengeluh entah keberapa kalinya pada hari ini.
Baginya itu sesuatu yang sangat tidak masuk akal dan membuang waktu berharga miliknya semata-mata menunjukkan abiliti kita pada orang lain.
Walaupun hanya berlawan dengan rakan sekelas tapi kelas lain juga ada di situ untuk menonton dan melihat potensi mereka dan potensi kami semua.
Semakin difikirkannya semakin berat keluhan yang di hembuskan. Guru mereka juga tidak mempunyai pilihan lain selain mengikut arahan atasan.
"Baiklah semua mari bergerak!" Tegas guru mereka walaupun jerit macam tak cukup nafas. Ren dengan malasnya bangun manakala rakan sebelahnya telah mengeluarkan aura yang tidak sabar untuk menemukan mangsa membuat ren tidak terkata apa.
Sampai saja mereka di sana,yang tadinya berlagak sudah pun menciut apabila melihat banyak orang di kelas lain datang untuk menonton.
Ren secara tiba-tiba mula tersenyum sendiri "hah~ diperhatikan oleh orang sombong rupanya" ucapnya perlahan pada diri sendiri tapi entah macam mana pun ada saja seseorang yang mendengar apa yang diucapkan oleh ren.
Mereka yang lain mula senyum jahat "good luck kelas sampah~ aku berharap sangat akan ada orang yang boleh diharapkan" ejeknya dengan sengaja membuat yang lain terdiam kecuali kein "Aku berharap sangat orang yang kuat tidak banyak cakap seperti kebiasaannya" balas kein walaupun itu seperti bercakap pada diri sendiri cukup membuatkan rakannya yang lain tertawa sedikit.
Orang yang bercakap tadi terus diam dan membuat muka angkuhnya seolah-olah menyuruh kelas kami untuk menunjukkan sehebat mana abiliti yang kami ada.
Kein memandang dengan pandangan tidak puas hati manakala ren hanya terus mengeluh membuatkan orang lain semakin risau dengan penyakit mengeluh ren itu.
"Cikgu mire boleh tak saya tarik diri?" Tanya ren dengan bersahaja membuatkan mulut yang lain terlopong besar dan reaksi itu membuatkan ren tertanya-tanya mengapa.
Nama guru yang dipanggil olehnya itu tadi hanya berpura-pura tidak melihat dan mendengarnya membuatkan ren semakin kesal dan lelah.
"Cikgu m...uhkk" sekali lagi ren memuntahkan darah yang banyak membuatkan rakan sekelas terkaku seketika "jangan panggil nama aku kalau tak ada benda yang penting untuk diberitahu!" Tegas guru itu membuat ren tersenyum sendiri.
"Kalau yang tiada abiliti masih perlu berlawan kah?" Tanya ren menyebabkan gurunya tersentak sendiri "huh!" Balas gurunya tidak percaya "lah anak murid sendiri pun tak tahu ke~" ucap ren seakan-akan mengejek membuatkan gurunya semakin ragu dengan apa yang diucapkan oleh ren.
Sebab pengetua sendiri suruh dia perhatikan si ren takut dia buat sesuatu yang berbahaya tapi bila dengar sendiri dia cakap tak ada abiliti macam bohong.
"Baiklah kalau begitu lawan fizik" setelah puas lama memikirkan solusinya akhirnya dapat juga jawapan tapi nampaknya apa yang diucapkan gurunya itu makin membuatkan ren kesal.
Ren tidak mempunyai pilihan lain selain mengikutkan apa yang disuruh oleh gurunya itu "bawahan musang tak guna" ucap ren dengan kesal pada diri sendiri sambil tersenyum paksa.
YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...