KEMALANGAN

45 6 2
                                    

Ren hanya mengikuti apa yang diarahkan oleh gurunya sambil tersenyum paksa merelakan dirinya melakukan sesuatu yang tidak di mahukannya.

Manakala yang lain sudah pun berkumpul di tempat yang telah disediakan membuatkan ren semakin lelah dengan aktiviti pada hari ini.

Kein yang sudah tidak sabar mula mengajukan perlawanan mahu melawan ren tetapi dihalang oleh gurunya. "Tunggu,ren tidak mempunyai abiliti mahupun seorang user jadi dia akan berlawan dengan kamu secara bersenjata" terang guru mereka membuat  kelas lain menertawakan ren.

Sebelum melanjutkan pelajaran,gurunya sekali lagi memberi keterangan "peraturan paling penting walau apapun yang berlaku jangan pernah cuba menggunakan sebarang abiliti mahupun kebolehan user! Jika terguna,kau akan dikeluarkan secara serta-merta daripada padang" jelasnya membuatkan para penonton dari kelas lain tidak sabar melihat perlawanan yang akan bermula sebentar sahaja lagi.

Terlihatlah kein sudah pun bersedia mengambil posisi untuk menyerang manakala ren masih lagi sedang mengeluh sambil memilih senjata yang akan digunakannya itu nanti.

Setelah sekian lama memilih akhirnya selesai juga. Namun apa yang membuat orang lain tergamam adalah suit getah yang telah dipilih ren dan bukanlah senjata yang diambil ren.

Ren hanya senyum melihat reaksi disekitarnya "okay apa getah~" ucapnya bangga membuatkan kein tergamam "kau.." tapi ayat yang mahu dilontarkan kein dibiarkan tergantung menyebabkan ren membuat muka tertanya-tanya.

Apabila mereka dua sudah bersedia,akhirnya dalam kiraan 5 detik pertarungan dimulai dengan kepantasan kein dalam menyerang membuatkan ren terkejut dan terus mengelak dan mengelak membuatkan kein semakin hilang sabar.

Disebabkan ren asyik mengelak dan menjaga jarak,kein terus menghancurkan tanah dengan niat mahu membuat ren sukar untuk melarikan diri. Setelah  apa yang dirancangkannya berjaya menghalang ren daripada terus mengelak dengan cepat dirinya memegang dan menarik tangan ren dengan kuat tapi tidak dia sangka,ren tidak berganjak daripada tempatnya membuatkannya terkejut lalu dengan cepat berundur menjaga jarak.

"Kau!" Marahnya membuat para penonton menguap akibat terlalu bosan "oi,cepat sikit boleh tak!" Marah mereka membuat kein semakin kesal "senyap lah!" Dengan secara tidak sengaja arus elektrik berwarna ungu hitam keluar menyambar di sekeliling tanah membuatkan ren tidak sempat mengelak.

Kein terkejut lalu terus berlari ke arah ren dengan niat mahu menolong tapi secara tiba-tiba dirinya terasa seakan sedang dicucuk oleh sesuatu yang sangat tajam membuatkannya terbeliak sedirian.

Mire yang sedang melihat juga terus terpaku dan terus berlari masuk dengan pantas menyuruh unit perubatan segera membawa kein ke hospital manakala yang lain juga turut terkejut dengan apa yang telah berlaku.

Ren yang sudah melakukan satu kesalahan besar itu dengan tenang tersenyum gembira dengan taringnya yang tajam itu membuatkan yang lain berasa seram sejuk.

Gurunya yang sedang terburu-buru itu terus menampar pipi ren membuatkan ren tergamam tapi kemudiannya tersenyum sekali lagi.

"Kau masih boleh senyum!" Marah gurunya itu membuatkan mata ren memandang ke arahnya "hahah,cikgu tak memberitahu peraturan lain tentang dilarang membunuh~" tegurnya bersahaja membuat gurunya itu terdiam.

Disebabkan tidak mempunyai apa-apa perkara yang perlu dibicarakan lagi,dengan perasaan kesal gurunya itu berlalu pergi. Ren yang masih tersenyum itu mula melihat darah yang ada di tangannya lalu dijilatnya dengan tenang.

Sedang dirinya menikmati waktu bersediriannya secara tiba-tiba kelas lain yang menjadi penonton mula menegur cara yang digunakan ren ketika berlawan dengan kein.

"Kau manusia tak tahu malu! Guna cara kotor!" Marahnya membuat ren tersenyum sendirian "tapi tak ada dalam peraturan yang mengatakan cara kotor tidak boleh digunakan~" ucap ren "dan satu lagi perkara,dia salah sebab tak berwaspada dengan lawan yang ada meski pun itu kawan kau sendiri~" terang ren lagi tapi kali ini lebih kepada dalam nada sedih.

Ren yang terlihat sedih tadi secara tiba-tiba tersenyum ceria kembali "dan salah kau si penonton sebab suruh aku cepat menyelesaikannya~" kali ini mereka yang lain terdiam membuat ren tersenyum puas sambil memulangkan segala kelengkapan dan senjata yang dipinjamnya tadi.

Sebelum beredar pergi,ren meminta izin gurunya untuk pergi melihat bagaimana keadaan kein membuat gurunya mengerutkan dahi "kau dah bahaya kan nyawa dia dan sekarang kau nak pergi melawat dia?" Soal gurunya marah tapi dijawab tenang oleh ren "semestinya saya perlu~" jawapan yang diberi oleh ren sungguh membuat gurunya tidak habis fikir.

Barulah dirinya sedar bahawa apa yang diucapkan oleh pengetua adalah benar tentang ren adalah berbahaya. Sekali saja terlepas pandang huru-hara akan dengan serta-mertanya berlaku.

Ren yang telah mendapat izin daripada gurunya itu pun terus berlari pergi ke tempat kein dilarikan seakan ada sesuatu yang tidak kena.

Sesampainya di sana,dirinya terus masuk melihat luka yang tertusuk di jantung kein membuat dirinya terdiam seketika "aku memang tak sangka luka tusukkan yang aku buat dalam tapi lagi aku tak sangka kau ni mempunyai luka di seluruh tubuh seperti...." ucapnya sendiri sambil dengan cepat mengalihkan tangannya pergi daripada terus memegang bahagian jantung.

Ren masih lagi berdiam diri dan pada akhirnya mengeluh lagi "jangan mati,ini baru permulaan" ucapnya sambil ketawa sendirian.























Nota:
Jangan percaya pada ren! Hanya ren sahaja!

Ren The Crazy DemonsWhere stories live. Discover now