TEMPAT DUDUK

64 8 0
                                    

Ren mulai kembali memberi perhatian dan mula mendengarkan apa yang membuat musuhnya bimbang.

Musuh lamanya itu memandang tepat ke mata ren seperti mahu memangsanya "tolong aku perhatikan siapa pengkhianat di dalam academy ini!" Katanya dengan muka dan suara yang tegas tapi ketegasan itu diambil mudah oleh ren.

Ren tertawa kecil "kau mintak tolong aku semata-mata nak cari dark user je?" Tanyanya dan dibalas dengan anggukan kepala tapi ren masih lagi tidak berpuas hati "kau cipta academy ni tak boleh ke kau mintak tolong pada anak murid kau yang hebat dan berlagak kuat tu" sinis ren sambil menjeling ke arah sekitarnya yang terasa seperti diperhatikan oleh seseorang.

Ren mula memandang ke arah musuh lamanya dengan senyuman manis sehabis boleh "maaf lah musang kau lebih berbahaya daripada dark user tu~" ucap ren "berbahaya?" Tanyanya bingung "bukan bahaya apa cuma lidah kau tu cukup untuk dibuat jadi senjata~" akhir daripada perbualan mereka membuatkan sang musuh terdiam bisu.

Sebelum beredar dia sempat menjerit "memang aku musang tapi aku tak menipu macam rubah!" Ren yang mendengar hanya tersenyum "fikirkanlah pengetua tentang beza kau dan rubah berekor sembilan itu~" ucapnya lalu berjalan pergi daripada tapak perhimpunan itu.

Setelah perbualan itu dia pun pergi melihat-lihat suasana Academy barunya dan menuju semua lorong juga arah di Academy itu. Setelah puas melihat barulah dia bergegas pergi ke kelas barunya.

Ren terkejut melihat kelas yang didapatkannya dan mula merungut-rungut seorang diri sambil menendang dinding yang berwarna oren di hadapannya.

Ketika ren sedang merungut-rungut seorang diri ada beberapa orang di belakangnya sedang menertawakan dirinya entah apa alasannya mungkin sebab kelas yang dia duduki.

Salah seorang daripada mereka sengaja melanggar ren dengan kuat membuat ren dan orang itu terjatuh ke atas lantai yang emm yang tak berapa nak bersih abad ke-21 punya.

Ren mula memegang pinggang belakangnya yang sakit akibat terjatuh tadi. Orang itu mula memarahi ren "Woii! Mata mana buta ke?" Ren yang sedar ada orang yang memarahinya tanpa sebab mula memandang lelaki itu dengan pandangan bombastic side eyes.

Ren hanya diam malas melayan karenah dorang dan terus masuk ke dalam kelas manakala mereka mula terdiam seketika tapi salah seorang daripada mereka bersuara.

"Ahh.. dia penakut rupanya" katanya walaupun itu hanyalah andaian sendiri. Ren yang mendengar apa yang dikatakan orang itu mula mengeluh sekali lagi seperti pagi tadi tapi kali ini lebih berat seberat tanggungjawab orang lain.

Ren yang mengeluh mula melilau mencari tempat duduk kosong lalu matanya tertumpu pada seseorang sebab banyak-banyak tempat kosong sebelah orang macam tu tak ada sapa yang mahu duduk di sebelahnya.

Ren mula tersenyum gembira kerana akhirnya kakinya yang penat itu dapat duduk berehat. Baru saja mahu melabuhkan punggung dirinya terasa di tatap tajam oleh orang sekitar dan dugaannya benar kerana orang yang berada di sekelilingnya melihat dirinya seperti berbuat sesuatu kesalahan besar.

Sedang mereka semua memandang ren secara tiba-tiba orang yang berada di sebelah ren mula memandang seisi kelas dengan aura yang cukup mengerikan seperti aura dark user.

Ren yang tidak tahu apa yang sedang berlaku hanya meneruskan aksi yang mahu dia lakukan iaitu melabuhkan punggung. Ren yang akhirnya dapat duduk mula merengus perlahan sebab secara tiba-tiba berasa kesal dengan apa yang berlaku padanya pada hari ini. Wajah lelaki yang disebelahnya mula di tatap olehnya dan tindakan itu secara tiba-tiba membuat ren ketawa kecil.

"Betul-betul dark user~" ucapnya sendiri dengan bersahaja tapi didengari oleh orang di sebelahnya dengan tatapan terkejut "kau..." Ayat yang cuba disampaikan itu dibiar tergantung membuat ren mengerutkan dahi lalu mengeluh dengan sangat kuat membuatkan seisi kelas melihat ke arah ren dengan pantas.

Ren yang mengeluh kuat itu mula tersenyum sinis seolah-olah puas dengan reaksi yang didapatkannya.

Ren The Crazy DemonsWhere stories live. Discover now