Sengihan jahat milik ren membuatkan guru dihadapannya mengeluh sekuatnya "tahu tadi aku tinggalkan je kau! Mati pun bagus!" Ucap guru itu dengan sangat marah.
Ren ketawa "tapi efek samping tu betul-betul menyakitkan bahkan racun aku pun tak berkesan lawan kau punya abiliti~" kata ren dengan nada seakan memuji "memanglah aku seorang user manakala kau ....." Ayat guru itu tergantung kerana tidak tahu ren itu apa membuatkan ren menahan reaksi mukanya daripada terlihat seperti mengajuk.
"Selama aku di sini cuba cari tahu dan teka~ kalau tak dapat tanyakan aja pada si musang licik itu" ucap ren sambil memberi teka teki miliknya sendiri.
Guru itu menjeling ke arah jam dengan niat mahu mengubah topik "apa-apapun kau tak lapar ke lebih baik kau pergi rehat sebelum habis waktu~" katanya seolah-olah sedang menghalau.
Ren yang sedang tersenyum sendiri mula menjeling arah jam juga dan terus melangkah keluar dengan huru-hara sambil menyalahkan guru yang bersamanya itu tadi "oh noo salah kau kalau aku tak sempat nak isi tenaga!"
Guru yang bersamanya itu tadi hanya mengerutkan dahi sambil merungut seorang diri "dah tu aku tak yah makan?" Tanyanya seorang diri dengan nada seakan kecewa kerana tiada siapa yang mahu mengambil tahu tentangnya.
Sedang ren tergesa-gesa bergegas ke arah kantin secara tiba-tiba dirinya dengan tidak sengaja telah merempuh seseorang.
Orang yang dirempuh itu tak lain tak bukan adalah dua orang monyet yang kacau ren waktu nak masuk kelas tadi.
Dua orang yang sedang menikmati indahnya berjalan secara tiba-tiba dirempuh daripada belakang membuatkan mereka berdua terus bad mood.
Akibat perbuatan seseorang itu,habis semua makanan yang dibelinya telah kotor akibat jatuh ke atas lantai koridor. Ren yang tak sengaja langgar itu hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Disebabkan dua monyet tu sangat kecewa mereka mula memandang ren dengan pandangan seakan mengejeknya membuat ren terdiam lalu tersengih sendiri.
Mereka berdua hanya mengeluh kasar sambil mata tetap fokus memandang ren dengan dendam "macam budak kecil! Lari sini lari sana kau fikir academy bapak kau!" Marahnya geram atas perbuatan si ren.
Ren yang dari tadi mendengar secara tiba-tiba tersenyum jahat "sebab bapak aku punyalah aku berani buat~" katanya dengan muka bangga membuatkan mulut mereka dua terlopong sendiri.
Oleh sebab mereka dua terus terlopong sendiri maka ren dengan sendirinya mengundurkan diri untuk menunaikan hajat yang lagi penting daripada melihat mereka terlopong.
Sesampainya di sana dirinya terus mengeluh berat apabila melihat pertempuran seseorang di area kantin. Niat tak nak masuk campur tapi dorang gaduh betul-betul dekat tempat beratur nak beli makan.
Apa lagi ren dengan sebaik dan sesopan yang mungkin cuba meminta izin untuk mereka yang bergaduh beralih ke tempat lain "maafkan aku untuk menegur tapi boleh tak tolong beralih ke tepi sedikit sebab susah nak beli makanan~" pinta ren tapi tidak dilayannya.
Disebabkan tidak dilayan oleh gengster jalanan dirinya mula melilau kan matanya mencari seseorang yang mungkin berguna.
Setelah sekian lama akhirnya seseorang yang familiar terlihat disitu lalu ren yang tidak tahu malu itu menjerit seperti orang gila.
"Oi,si pendiam! Di sini tolong aku" rayu ren berharap dark user tu menolong dan hasilnya membuatkan ren tergamam sebab dark user tu betul-betul datang menolong dirinya.
Dia memandang ke arah ren seolah-olah menanyakan apa yang perlu dibantunya dan ren dengan pantas mengadu "ouh hah ni,dorang ni dah lah tak beli apa-apa tapi nak gaduh juga kat sini bila ditegur dia pulaukan!" Aduh ren geram membuatkan dark user itu terus memandang tajam ke arah orang-orang tersebut dan dengan serta-merta mereka semua menciut mungkin naluri mengatakan bahawa lawan dihadapannya itu betul-betul bahaya.
Ren yang melihat mereka pergi terus senyum kegirangan sambil mengucapkan terima kasih atas jasa baik si dark user.
Sebelum dark user itu beredar dirinya mula secara tiba-tiba mengenalkan diri "jangan panggil aku pendiam,nama aku kein" ucapnya lalu pergi meninggalkan ren bersendirian.
Ren hanya menggaru kepala miliknya kerana tiada niat pun mahu mengenali atau berkenalan dengan seseorang yang asing dan muda tapi dirinya hanya membiarkan kerana mungkin akan berguna kelak nanti.
YOU ARE READING
Ren The Crazy Demons
FantasyPernahkah kau terfikir kenapa ular seperti dia sanggup keluar dari sarangnya dan menimbulkan huru-hara? Ren ular yang berbahaya tapi Rei lebih berbisa~ Satu ular yang sama tapi berbeza nama~ Alasan dia dimasukkan ke dalam Academy untuk mencegah keha...