PERTEMUAN semula keluarga mertua aku dengan suami Mama Habibah memeranjatkan suami dan anak-anak aku. Mama Habibah turut terkejut, namun dia bijak menyembunyikan perasaan. Azhar dan Rafiq pula tidak tahu Datuknya itu telah lama menghilang kan diri. Mereka tidak mengenalinya, aku menarik nafas lega. Sekurangnya, aku tidak perlu menerangkan kat diorang siapa lelaki tua itu. Zarina memandang Papanya dengan tajam. Entah apa perasaannya bila jumpa balik dengan ayah yang tak pernah muncul selama 25 tahun. Alih-alih, datang menayang muka pengemis.
" Papa minta maaf... . Papa dah tak ada sesiapa.... . Papa rindu kamu semua" Katanya dengan nada sedih. Zarina dan Zaril hanya mendengar. Perasan mereka membuak-buak menahan dua perasaan. Marah dan kecewa. Kalau dia ayah kandung aku sendiri, tentu aku sudah amuk. Mana Ayah mertua aku pergi?. Masa nikah dulu, tak ada pun. Saja nak cari balik kitorang, lepas tu?. Aku dah rasa panas dekat sini. Lebih baik aku bagi peluang kat suami dan adik ipar aku tu. Ni hal keluarga diorang. Aku hanya menantu. Tak boleh over.
" Rindu?. Papa pergi mana 25 tahun lalu?. Papa berfoya dengan perempuan lain kan?!. Atau Papa hisap dadah, mintak duit Mama sampai kitorang kelaparan!. Sudahnya, Zaril terpaksa berhenti form 6, cari kerja sara Mama dan Zarina!. Papa cuma habiskan duit Mama!. Sedar diri tu dah tua!" Sindir Zaril. Terkejut aku. Tak pernah tengok Zaril macam ni.
Datin Habibah menegur Zaril lembut.
" Aril.... jangan lah marah Papa. Dia baru balik. Kesian"
Aduh Mama!. Nak kesian kan orang tua ni pasal apa?!. Sebab dia lah kita hidup susah!. Mama bangkit sorang-sorang bina empayar kek dan pastri!. Bila Mama dah kaya, tahu pulak dia cari kita!.
" Mama jangan bagi muka sangat lelaki tua ni!. Esok-esok dia pijak kepala kita lagi!"
Datin Habibah mengurut dada. Benar kata Zaril. Dia tak boleh mudah dipengaruhi "suaminya" itu. Zarina daripada tadi diam.
" Abang, ini menantu kita. Ini pula cucu-cucu kita. Diorang handsome kan bang?. Sama macam waktu abang muda-muda" Datin Habibah memperkenalkan cucu-cucunya pada Izham. Izham tidak mengendahkan cucu dan menantunya itu. Baginya, mereka bertiga penyibuk. Dia hanya mahukan isteri, dan dua anaknya saja. Kehadiran Aina, Rafiq dan Azhar menggangu rancangannya merampas kemewahan Datin Habibah.
" Habibah... sudi lah maafkan abang. Abang takkan tinggalkan Habibah, Zaril dan Zarina" Izham menggenggam erat kedua belah tangan Datin Habibah. Datin Habibah bingung. Dia melihat dua anaknya. Zaril memberi pandangan pada Mamanya agar jangan mudah tertipu.
" Habi... Habi boleh maafkan abang... tapi kita tak boleh sebilik. Kita dah bercerai. Abang ceraikan Habi dulu sebelum abang menghilangkan diri"
Izham seperti cacing kepanasan.
*******
KAMI pulang ke rumah selepas berbuka puasa di rumah Mama. Zaril tidak bersuara sejak balik dari rumah. Papa sudah tinggal semula di rumah Mama. Sedikit kebimbangan meninggalkan Mama dan Zarina bersama orang itu.
Aina berbaring sambil berpakaian baju tidur merah jambu lembut berbunga kuning kecil. Rambut panjang ikal mayangnya dilepas. Dia melihat suaminya menyandar di kepala katil, seolah sedang memikirkan sesuatu. Haih... kesian suami aku. Aku tak boleh tolong dia sebab ni hal keluarga dia.
" Abang belum tidur lagi?. Esok dah last kita sahur tau. Baju raya dah siap. Eeii... tak sabar nak pakai" Walaupun puasa kali ni dia cuti hari wanita, Aina tetap bersemangat menjalani Ramadan bersama keluarganya. Zaril menggeleng. Aina mengambil sebelah tangan Zaril, dibawa ke pipinya. Aina mengusap-usap tangan Zaril itu di pipinya. Gebu tak pipi aku?. Haha.
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...