PEN DAKWAT biru dicapai. Zaril menulis sesuatu pada sekeping sticky note merah jambu. Sekilas Zaril tersenyum. Tiga tahun berlalu, baru sekarang nak tulis nota cinta buat isteri?. Apa dia buat selama tiga tahun yang lalu?. Adakah masa bahagianya diisi dengan kesibukan kerja di hospital?. Sehingga kan Mak Habibah mengambil alih menjaga Aina sewaktu dia baru melahirkan anak. Keadaannya masa itu masih lemah. Namun, apakah daya. Zaril terpaksa tinggal di hospital kerana ada kes pesakit kencing manis kronik, yang memerlukan khidmatnya segera. Masanya tidak menentu sebagai doktor. Adakalanya malam, pagi, tengah malam, subuh. Kesian Aina....
Aina faham situasi aku. Kami berdua sama-sama faham kerjaya doktor. Aina pula, sudah mahir menjalankan perniagaan Bakeri atas talian. Maka, Aina ada duit sampingan belanja keperluan sekolah Azhar dan Rafiq." Hei, Aril !. Tulis surat cinta untuk Aina?" Zawani merampas sticky note.
Abang sayang Aina. Aina syurga abang, anak-anak tempat curahan kasih abang. Mereka penyambung warisan kita. Terima kasih hadiahkan dua putera dalam hidup abang. Aina selamanya milik abang ❤️
Tengku Zaril Ar-Rasyid
Aina?. Dia betul-betul sayangkan Aina?. Erm, dia tak nak aku ambil Aina. Sebab tu kut Zaril cepat-cepat nak kahwin dengan Aina. Takut aku nak Aina balik. Aku mengaku aku simpan sikit perasaan pada Aina. Tapi itu dulu. Masa ada Arwah Tok Ghaffar. Lepas mereka kahwin, aku diamkan. Tak nak hancurkan rumah tangga mereka.
" Cemburu?. Kau yang rugi" Sticky note disimpan dalam kocek kot putih. Matanya tertancap pada Alisa, yang sudah berubah menjadi lemah-lembut, sopan dan ayu. Alisa melayan pesakit dengan baik. Senyuman Alisa mekar. Zaril segera mengingatkan bahawa diri ini sudah berkahwin. Mata tengok Alisa kenapa?. Aku dah ada isteri. Pipi montel lagi tau.
" Tengok apa tuu?. Main mata dengan Alisa!"
" Tak lah!. Aku ada mata. Aku punya suka lah. Datang sini takkan saja-saja cari aku nak lepak?"
" Oh, aku nak buat majlis hari jadi abang sepupu aku. Kau datang eh?" Buat muka comel, mata bersinar-sinar. Zaril buat aksi muntah.
" Kau buat aksi loya ni----. Aina mengandung lagi?" Tekanya. Zawani kadang boleh jadi ahli nujum pak belalang (?).
" Alhamdulillah. Kalau betul?. Aku menang lah" Sekali lagi Zaril sengaja membuat Zawani cemburu. Dah ada anak dua, Zawani ada apa?. Masih bujang terlajak. Membujang lah sampai umur 30 tahun?
#jodohketentuantuhan
#janganmarah
#anakduadah********
ALISA tidak sengaja terlanggar bahu Zaril. Sikap cuainya susah nak dikawal. Langgar sana, langgar situ. Haishh.
" Minta maaf, Doktor. " Alisa menundukkan badan. Silap dia pergi langgar suami orang.
" Hati-hati sikit. Bukan awak sorang saja pernah "sengaja" langgar saya. Saya kan kacak. Ramai nak buat-buat langgar"
dia membidas!
" Hahah... pandai doktor buat lawak. Erm, memang bukan saya sorang terlanggar doktor" Bila nak habis topik siapa langgar siapa?. Okey anak-anak. Kak Alisa nak buat silibus baru. Jangan langgar sesiapa di sini. Terutamanya Doktor Zaril. Garang macam singa!.
" Okey...." Zaril beredar. Dari menunggu gadis itu berdiri ibarat patung, Zaril mahu ke kafeteria. Sudah tentu makan.
" Doktor!"
Terganggu apabila gadis itu memanggil. Niatnya nak cepat sampai kafeteria. Makanan di sana bukan banyak mana. Lima belas minit lambat, tinggal sisa. Redha?. Bungkus sebiji karipap, bawa balik makan. Belum lagi Azhar atau Rafiq nampak Papa mereka bawa balik makanan hospital. Pantang nampak, cepat saja kena bahagi tiga orang.
" Awak nak apa?. Tak nampak saya sibuk?" Perut aku sibuk minta diisi.
" Boleh saya teman doktor?"
Huh?. Temankan?. Lebih baik tak payah. Mengundang fitnah. " Terima kasih. Saya dah biasa makan sorang". Tawaran Alisa ditolak baik tanpa melukakan hatinya.
Alisa terus mengekori Zaril. Zaril berhenti, dia berhenti.
Dia jalan, Alisa jalan. Halau?.
Zaril berhenti, keluarkan telefon pintar, dail nombor Zawani. Alisa masih di belakang memeluk fail pesakit baru.
" Wan, kau datang sini. Aku berada di koridor depan bilik ubat". Harap Zawani cepat sampai ke sini. Hanya aku, Alisa, berdua di koridor.
" Doktor........... doktor garang sangat. Macam mana nak berkawan dengan orang lain?". Jujur. Zaril membisu.
" Perlu ke saya ada kawan?. Aku ada Aina, Zawani, Gadafi. Aku perlukan kawan untuk apa?. Mereka bertiga sudah cukup. Tak payah susah-susah nak tolong saya carikan kawan". Mata berpusing atas. Nafas Zaril dihela kasar.
" Doktor ni........."
Aduh, perempuan ni nak apa?. Tak faham aku dah kahwin?.
Tong sampah di pintu lif dikotori pembalut gula-gula Mentos, tanpa sesiapa mengutipnya. Alisa kutip, buang dalam tong sampah. Satu sikap terpuji tak semua orang ada.
" Awak kutip sampah?"
" Tak ada orang kutip, saya tolong buang . Doktor ada empat mata pun tak nampak"
Zawani !!!!!!. Kau buat apa ?!!!. Datang sini cepat !!!!
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...