BULAN Ramadhan, hari ke - 25
" Azhar, Rafiq bangun!. Dah pukul 4.30. Nanti imsak, tak boleh makan!". Dah besor pun masih liat?. Umur-umur belum baliqh tu okey lagi. Sekolah menengah, liat juga?. Ikut Papanya lah tu. Aina gigih mengejutkan anak-anaknya.
" Erm..., dah sahur ke, Ma ?" Soal Azhar mamai. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum. Rafiq mengesat-ngesat matanya, menguap dikejutkan sahur. Dah hari ke - 25 anak-anak ku. Minggu depan dah raya. Suka?. Puasa penuh baru berkat.
" Dah dah. Jom sahur. Papa dah tunggu"
" Okey... Mama..." Balas Azhar.
*******
SEORANG lelaki berhoodie coklat tanah, berdiri seperti tunggul di depan pagar rumah Datin Habibah. Janggut panjangnya menutupi separuh wajah, hampir tidak dapat lihat bagaimana rupa sebenar. Pengawal keselamatan Datin Habibah menggaru kepala. Lelaki itu sepertinya bukan jiran kawasan perumahan mereka atau kenalan Datin Habibah.
" Encik buat apa di sini?. Macam mana Encik boleh masuk?". Pengawal keselamatan sudah bersedia menghubungi pihak polis, andai lelaki tidak dikenali itu bukan kenalan Datin Habibah.
" Saya... nak jumpa isteri saya..."
Pengawal sekadar mengangguk. Menghubungi Datin Habibah bagi tujuan mengenal pasti identitinya. Isteri?. Maknanya..., Datin Habibah isteri kepada lelaki kotor ni?.
"Assalamualaikum Puan Habibah. Ada lelaki mahu berjumpa Puan. Dia dekat luar rumah. Puan mahu benarkan dia masuk?". Interkom dihubungi melalui antara pagar utama dan dalam rumah Datin Habibah. Keselamatan mengelakkan membenarkan orang tidak dikenali masuk begitu saja.
Tidak tahu apa tujuannya datang ke rumah Datin Habibah. Mungkin dia ada niat tak baik.
****
RAFIQ mencengkam kolar leher seorang murid tingkatan 1. Memeras ugut memberinya duit. Ni semua salah Abang Azhar!. Bocorkan rahsia aku pecahkan pasu kesayangan Mama, Papa sekat duit poket aku!. Mereka pilih kasih!. Abang Azhar dilayan bak Raja!. Aku pulak orang gaji!.
" Bagi aku duit, budak lembik!"
"Aku... aku tak ada duit!". Budak serupa Nobita itu memendekkan leher diugut Rafiq. Bulan-bulan Ramadhan macam ni, perbaiki akidah masing-masing. Rafiq menyua penumbuk, guru Disiplin menghalang perbuatannya bersama Azhar dan Edrina. Siapa Edrina?. Crush si Rafiq. Uwu. Edrina pula crush dekat Azhar.
"Tengku Rafiq Bin Tengku Zaril!. Ini apa kamu buat selama ni?!. Pandai kamu berlakon!". Cikgu Saiful bercekak pinggang, muka bengisnya jelas nampak begitu kecewa dengan perangai adik Tengku Azhar. Mereka seperti langit dan bumi.
" Cis!. Puas hati abang?!. Abang sengaja nak buat Afiq nampak jahat?!. Memang!. Memang semua orang sengaja nak buat Afiq nampak jahat!. Abang je lah yang baik sangat!. Sampai Mama dan Papa ketepikan Afiq!".
Apa dia merepek?. Terpengaruh drama dah adik aku. Azhar mendekati Rafiq, memujuk tidak terlalu mengikut emosi. Edrina mencatat kesalahan displin Rafiq. Mengugut murid, memberontak. Lawan cakap cikgu. Apa lagi?. Ha... cari gaduh dengan abang sendiri.
" Afiq, tu semua khayalan Afiq je. Mama dan Papa sayangkan kita berdua. Mereka tak pernah pilih kasih. Nenek dan Aunty Zarina pun sayangkan kita. Apa lagi Afiq nak ?. Bagitau Abang". Tangan Azhar letak atas bahu Rafiq.
"Arhhh!. Semua tu tipu!. Abang sengaja curi perhatian semua orang!. Semua orang nampak Abang je!. Abang dapat nombor satu, Mama Papa bagi hadiah!. Bila Afiq dapat nombor satu, Mama Papa marah Afiq suruh belajar rajin-rajin!. Abang tak nampak ke semua tu?!". Rafiq meluahkan apa yang terpendam sekian lama, malah mungkin sudah dipendam bertahun-tahun. Siapa tahu kan?.
Itu apa dia fikir pasal aku?. Aku sengaja curi kasih sayang Mama Papa?. Edrina yang menyaksikan pergaduhan adik-beradik itu hanya mendiamkan diri. Azhar dan Rafiq menakutkan juga bila bab-bab bergaduh. Lelaki pantang kalah dalam pergaduhan. Ada saja nak menang. Rafiq menyua penumbuk, Edrina menggunakan dirinya melindungi Azhar ditumbuk Rafiq.
Edrina ditumbuk Rafiq. Dia pengsan atas tubuh Azhar. Azhar menyambutnya, lalu menyandarkan Edrina di dada Azhar.
" Edrina?!. Edrina?!. Please wake up!".
Kejadian itu disaksikan murid tingkatan 1- 6 yang melihat dari kelas mereka. Rafiq serba salah tertumbuk crushnya. Penyibuk betul Azhar!. Kalau bukan sebab Azhar, aku takkan tertumbuk Edrina!.
****
ZAWANI menggoncang Zaril. Dari tadi termenung. Dah sampai Perlis agaknya tenungan Zaril ni. Berpada-pada kalau merenung kehidupan. Jangan sampai abaikan dunia sebenar. Binasa diri tu nanti.
" Aril.... . Amboi kau. Kau dah sampai mana?". Zawani menyekeh siku Zaril asyik duduk termenung. Jealous pulak kalau dia cakap dia rindukan isteri dia. Tak boleh jadi ni. Asyik rindukan bini, aku pulak masih single. Tak ada siapa aku nak rindukan. Peluk bantal busuk adalah.
" Tak ada apa lah. Aku cuma rindukan---".
Nampak?. Dia rindukan Aina!. Aina bukan duduk dekat Afrika sana!. Rindu memanjang!. Pergi je lah duduk dengan bini kau tu. Tak payah kerja. Hospital ni takkan lingkup kalau kau tak ada!. Makin berganda-ganda pendapatan hospital bila Zaril tak ada!.
" Balik je lah kalau dah rindu sangat kat bini. Mentang-mentang aku masih bujang. Kau sengaja nak buat aku jealous!". Zawani menyilang tangan, muka pandang tempat lain. Eh-eh. Bila aku cakap aku rindu Aina?. Suka cakap benda belum berlaku. Dulu Tok Ghaffar suruh kahwin dengan Aina, jual mahal. Aku ambik dia jadi isteri, tahu pulak nak cemburu.
" Jealous?. Padan muka kau"
Kepala Zawani berasap
" Bukan lah!. Aku belum ada rasa rindu bunga-bunga lagi. Hahah. Aku teringat kat Papa aku". Ingatan Zaril samar-samar mengingati wajah Papanya. Papanya tinggalkan keluarga diorang masa dia kecil. Pernah juga ada simpan rasa dendam sebab dah kena tinggalkan macam tu je?. Zawani duduk kembali di kerusi.
" Papa kau?. Cuba citer kat aku"
Zaril, Papa kamu dah balik
- Mama
Zaril tersentak. Papa mana?. Papa aku dah mati!. Rasa nak campak-campak je handphone aku ni!. Mama nak gurau agak-agak lah!. Papa aku dah mati!.
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
Storie d'amoreSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...