IZHAM berasa sungguh marah. Anak perempuannya memberi salinan geran tanah, bukan yang asli. Buang masa saja dia pergi pejabat tanah mahu menjual bakeri milik bekas isterinya itu. Satu sen tak dapat!. Namun, dia boleh meneruskan rancangan jahatnya. Budak bernama Alisa itu, boleh digunakan mengaut keuntungan dari anak lelakinya!.
Iphone dikeluarkan dari kocek seluar lusuhnya. Bertahun-tahun meninggalkan anak dan isterinya, gaya hidup juga terumbang-ambing. Ketika datang beraya di rumah Habibah, sempat meminta nombor Alisa. Begitu rapat gadis tersebut dengan Zaril. Ini membuka peluang lebih besar menghancurkan kebahagiaan Zaril. Rumah tangga you hancur, I suka. Merasakan Aina, menantu dia seperti menyedari agenda rahsianya, menantunya itu kena dihapuskan.
" Helo Alisa. Kau mahu Zaril?. Kau dengar cakap aku"
Bip!
Sejurus panggil itu ditamatkan, Izham tersenyum sinis.
*****************
TIDAK sangka Rafiq boleh berubah menjadi lebih baik, selepas mengahwini aku. Rafiq dicemur jiran-jiran bermulut celupar, sanggup mempertahankan diriku yang sangat muda ini, berkahwin muda. Aku silap besar sepanjang bergelar isteri Tengku Rafiq. Manusia boleh berubah kan?. Rasa serba salah mengingatkan suami ku dihalau ayah mertua aku.
Rafiq bekerja keras membanting tulang di Kafe Ayie Ilham, sebagai tukang masak. Gaji ditawarkan pihak kafe juga agak lumayan. Mungkin itu rezeki perkahwinan?. Tuhan takkan membiarkan umat-umatnya kesusahan. DIA selalu ada pada waktu yang tepat.
Edrina terasa agak sunyi apabila Rafiq bekerja. Kadang pulang lewat malam. Ibu mertuanya lama tidak bertanya khabar. Ayah mertua tidak membenarkannya melawat dirinya?. Benci sangatkah ayah sendiri terhadap anak lelakinya?. Selepas mereka berkahwin, mereka tinggal jauh daripada semua orang termasuk Tengku Azhar. Bertapa rindunya dengan jejaka itu. Jejaka pertama yang berjaya membuat hati berdebar kencang.
Dari sudut lain, dia ke sudut lain pula. Rumah mereka besar. Rafiq begitu bekerja keras mendapatkan rumah yang selesa demi mereka berdua. Edrina tersenyum kecil. Suaminya itu sudah diberikan hidayah. Tangan disilang, diletakkan atas kepala sofa. Merenung ke arah tingkap menyaksikan keindahan pemandangan rumah. Suasana yang aman ini, sudah jarang berada di muka bumi akibat ketamakan manusia, menebang pokok-pokok demi kepentingan diri. Natijahnya, haiwan-haiwan kehilangan tempat tinggal, malah pemanasan global meningkat.
" Rafiq... awak berubah kerana Tuhan. Saya tersilap menilai awak begitu cepat. Awak menjadi insan lebih baik, sejurus menikahi aku" Terima kasih Ya Tuhan. Memberi nikmat hidayah untuk suamiku. Bimbingilah suamiku ke arah kebaikan. Jangan lah Engkau membiarkannya sesat dalam kemungkaran lagi.
******************
ALISA terdesak menginginkan Zaril. Zaril makin tak layan dirinya. Dia kan suka Doktor Zaril?. Apa salahnya ambil tempat isterinya itu?. Alah, ramai aje kan suami ceraikan isterinya, lepas tu kahwin lagi satu?. Dah jadi trend kot. Zaril tak cuba trend baru ni?. Sebotol minyak pengasih dikeluarkan. Aku akan buat kau tunduk pada aku, Doktor Tengku Zaril!. Semalam, aku dah letak dalam minuman Zawani supaya dia tergila-gilakan Aina!.
Aku dapat tahu Zawani pernah berkawan dengan Aina kerana arwah Datuk Ghaffar. Namun, hubungan mereka kian menjauh selepas Aina berkahwin. Jadi, aku ada peluang 'merapatkan' Aina dan Zawani!.
Alisa ke pantri. Pura-pura membuatkan air diminta Zaril. Yes!. Aku ada peluang!. Kau akan jadi boneka aku, Zaril sayang!. Tiga titis minyak pengasih dititis dalam kopi. Kemudian, dia membaca ayat-ayat pengasih. Terima kasihpada Dato Izham sebab membawanya berjumpa bomoh paling kuat di Kuala Lumpur!. Bomoh-bomoh masih wujud meskipun teknologi kian moden.
" Alisa?. You buat kopi untuk Doktor Zaril?. I ingat dia tidak sukakan you rapat sangat dengan dia. Well, dia hampir bergaduh dengan wife dia sebab mempertahankan you" Ujar Doktor Mei Lan, pakar bedah. Gaduh dengan isteri dia?. Heheh. Makin i suka!. Sikap Alisa makin menggedik.
Walau apa pun cara, aku tetap nakkan Doktor Zaril yang tampan dan kaya tu."Kau cakap lah apa-apa kat aku, Doktor Mei. Doktor Zaril, akan jatuh ke tangan aku juga" Alisa tersenyum sinis. Semua doktor dan jururawat di hospital ini akan sedar, aku bukan perigi cari timba seperti mereka katakan pada aku!.
Mug berisi kopi pekat berkilat, Zaril tidak mencurigai apa-apa. Kopi biasa kan?. Aku percaya Alisa takkan buat apa-apa padanya. Alisa buat muka suci. Dalamnya, licik!. Dia tidak sabar tunggu Zaril ting tong.
" Rajin pula awak buatkan kopi untuk saya. Tapi, saya takkan terpikat pada awak, semata-mata nak tunjuk baik depan saya" Zaril senyum sinis. Bibirnya mula menyentuh permukaan mug, dan meneguknya. Tak ada rasa apa-apa yang pelik. Rasa kopi biasa.
" Sedap, Doktor?. Haa... tu lah jangan pandang saya sebelah mata"
" Ya lah. Awak pandai buat kopi" Zaril meneguk lagi. Semakin sedap tegukkan kedua. Sebelum Zaril pengsan disebabkan kesan minyak pengasih tambah ubat tidur dicampur dalam kopi itu, Alisa pura-pura meminta diri. Tak lah kena tuduh dia yang buat Doktor Zaril yang handsome ni, pengsan?.
" Saya minta diri ya, Doktor Zaril"
Zaril mengangguk. Dia menghabiskan baki kopi. Beberapa saat kemudian, sekelilingnya berpusing-pusing. Zaril cuba menstabilkan dirinya. Dia akhirnya jatuh pengsan akibat kesan ubat tidur yang banyak, dan minyak pengasih itu mula bekerja dalam tubuhnya.
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...