BAB 7

60 6 0
                                    

Seminggu kemudian

AINA terkesima. Majlis hari jadi sepupu Zawani begitu meriah dengan kehadiran tetamu bukan calang-calang. Zaril juga tidak terlepas ditegur tetamu Zawani. Anak mata para gadis saling memandang. Tidak nampakkah aku yang berdiri di samping jejaka ini?. Kerana tubuhku besar, gadis-gadis muda itu pasti menyangka aku orang gaji.

" Sayang gloomy je. Ceria sikit. Hari ni tak boleh masam-masam. Mujur Mak boleh jagakan Azhar dan Rafiq. Kalau tak----, abang tak dapat berdua-duaan dengan Aina" Senyuman nakal singgah di bibirnya. Aku menghela nafasku. Selain duduk makan hidangan disajikan katering, aku cuma boleh melihat apa tetamu buat. Mereka bukan orang biasa-biasa. Dato, Datin, Doktor. Aku?. Gadis biasa, bekas pelajar sekolah menengah yang pernah crush dekat Doktor Zaril.

" Aina tak biasalah..... . Takut nak bergaul. Abang mungkin rasa biasa sebab, abang Doktor. Bukan macam Aina"

Zaril berhenti menyuap nasi beriani, anak matanya tertumpu padaku. Senyuman dilakar. Mengerti akan status aku tidak sehebat Zaril, dan Zawani.

" Tak perlu fikir semua tu. Aina cukup cantik dengan baju kurung moden abang belikan. Makan lah. Nanti Zawani tahu kita tak makan, mulalah dia ungkit"

" Ungkit?. Amboi. Tak dapat jadi isteri dia, dah pandai ungkit-mengungkit pula?" Aku melihat kiri kananku. Bimbang tuan punya badan terdengar aku sedang menyebut namanya tanpa izin. " Isteri siapa?. Zawani pernah lamar Aina ke sebelum abang?". Wajahnya tegang, serius. Aina sedikit cuak. Berpada-pada jika hendak menyebut benda lain!. Terlepas bicara, sukar diundur kembali!.

" Tak pernah lah abang. Ai... Aina cuma suka abang sorang je" Sumpah ku separuh mati.

Mendengar aku berkata sebegitu, Zaril menggangguk kepalanya. Mulut kau, Aina!!!!. Berbisa bak ular!. Jangan kau sakiti hati suami kau ni!. Kau bermati-matian memenangi hati Doktor Zaril dulu!.

" Sayang menung apa lagi?. Makanlah. Nak abang suapkan?"

Uhuk!

Jus fresh orange ku tersembur. Agak-agak lah.......

Mukaku merona merah. Ketawa Zaril meletus. Dia kenakan aku!!!.

" Alahai.... comelnya. Mari abang lapkan. Sayang makan sikit je. Tak sedap ke makanan ni?. Rezeki ni, sayang. Tak elok membazir". Nasihatnya separuh memperli, separuh mendidikku agar tidak membazir.

Tangan sasa Zaril menari-nari mengelap bibirku separuh basah. Sekumpulan gadis-gadis itu sedang melihat ku tajam. Mata mereka memberi isyarat jauh-kan-diri-dari-lelaki-tu. Aina menolak perlahan tangan Zaril. Jelas keintiman kami tidak disenangi gadis-gadis itu. Mereka tak tahu ke kami pasangan suami isteri?. Aku girl friend Doktor!.

" Abang, Aina nak ambil cendol. Abang nak?. Aina boleh ambilkan"

" Boleh sayang "

Aku melintasi kumpulan gadis-gadis itu. Booth cendol terletak tepi kolam renang. Uwu.... idea siapa letak minuman kegemaran aku dekat kolam?.

" Hoi, si gemuk!. Kau tak payah nak tunjuk bagus sangat!. Majlis ni tak sesuai dengan kau!" Lily menghalang aku. Aku nak ambil cendol saja. Tak sesuai ke aku minum cendol?. Ada peraturan orang bernama Aina tak boleh minum cendol?. Kalau ada, tunjuk lah bukti!. Cakap pakai air liur, siapa takut?. Aku cuma takut Tuhan.

" Kau jangan dekat dengan lelaki tu!. Dia , kitorang punya!!" Suhaida memberi amaran. Korang nak halang aku?. Haih... aku isteri dia. Nak takut pada korang buat apa?. Aku memekakkan telinga, meneruskan niatku mengambil minuman kegemaran tersedap aku!. Layan sangat budak-budak tu, aku pula yang weng nanti !. Suhaida tetap mahu menghalang. Bersama 3 lagi sekutunya, mereka berpakat membenci aku. Selagi aku dengan Zaril, diorang akan menggangu ku.

DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2Where stories live. Discover now